Wednesday, January 30, 2013

Jalan-Jalan Cari Makan

Salam semua,

selamat hari Rabu...seronok sangat minggu ni sebab cuti lebih-lebih sampai sekejap je dah Rabu...esok Khamis then Jumaat then cuti balik...bahagia hidup noksss..

so Sabtu lepas ambil kesempatan cuti pergi jalan-jalan di Sogo / Jalan Tar dan makan kat Restoran Hyderabad Recipe (review makan sila baca sampai bawah)...

dimulakan hari dengan pagi yang hening, terima whatsapp dari si comel Rina Ellisa... Rina Ellisa ni dah lama kenal di alam maya sebagai kawan blogger...sekali masuk kerja tempat baru, rupanya sama company...tapi sampai sekarang tak sempat jumpa dengan dia sebab sy kerja kat KLIA, dia kat HQ...

so nak dijadikan cerita dia ajak sy ke Jalan Tar...tapi sebabkan sy memang dah awal-awal lagi plan nak ke Sogo dengan suami, so terpaksa menghampakan Rina...takpela next time okeh!

Semangat nak posing dalam kereta..huhu

Tuesday, January 22, 2013

Mencari Tukang Jahit Tudung

Salam,

Entry yang pendek je...sy sekarang tengah mencari tailor yang boleh jahit tudung syria, tudung CT dan tudung awning...

kalau boleh tu nak cari yang boleh jahit kemas dan murah..heeee...kalau ada tailor yang masih baru berjinak2 dalam bidang menjahit sangat dialu-alukan...tapi mestilah menjahit dengan kemas dan konsisten...

sy mencari tailor sekitar area Sepang, Salak Tinggi, Kota Warisan, Nilai, Putrajaya, Cyberjaya ataupun mana2 area berdekatan sini boleh la...sy seboleh2nya tak nak yang jauh2..sebab sy nak jumpa orang tersebut depan2 (macam gangster plak)...

kalau ada boleh la email kepada sy riena1986@gmail.com...

Thank you so much!

Rina Hamid

Sunday, January 20, 2013

The Hijabi Doll Custom Made Order

Salam semua,

Just to update my latest work...Sy ada ambil order untuk custom made Lace Shawl...boleh dipakai untuk tunang, nikah dan ke majlis2...kalau berminat boleh terus email ke riena1986@gmail.com ya...tapi order sebulan sebelum nak pakai ya...kalau last minute tu mintak maaf tak dapat dilayan...buat masa ni rate sy memang masih murah berbanding butik2 online lain...

so apa tunggu lagi :)



Tuesday, January 15, 2013

Diari Dapur: Popiah Fusion Homemade

Salam,

Phewww! 2nd post untuk tahun ni..nampak sangat lemaunya untuk blogging...plus my super hectic day in the office...Kerja baru agak mencabar but now going on smoothly...

So last Saturday, memandangkan tak ada apa-apa aktiviti di rumah, sy plan with my BFFs nak buat mini potluck...sy tak hidangkan banyak makanan pun...cuma spaghetti carbonara and popiah fusion. Sebab itu saja benda paling senang nak dimasak..haha...

So untuk entry kali ni nak tunjuk macam mana nak buat popiah fusion ni...kenapa nama popiah fusion? Sebabnya selalu inti popiah ni kita letak sayur-sayur / inti karipap / inti kentang dan sebagainya...

saya pulak pakai inti tuna dan cheese...so dah westernized sikit popiah ni sebab tu jadi popiah fusion...hahaha

Tak susah pun buat popiah ni...so lepas ni tak dak la korang asyik minum petang makan cucur saja kan...sekali sekala tu tukar la selera...

Thursday, January 3, 2013

The Dot Doll Shawl by The Hijabi Doll

Salam semua,

macam mana sepanjang permulaan 2013? sy tak sempat nak buat entry pasal azam tahun baru...heee...sebab busy kerja...

now sy dah update shawl terbaru dari The Hijabi Doll..masih suka tak shawl polkadot? kalau berminat jangan lupa untuk beli sehelai ya...ada 10 warna2 polkadot ni...boleh tengok dekat fanpage The Hijabi Doll untuk warna-warna lain...kalau beli dua helai ke atas boleh diskaun lagi okeh :)

Click sini ----> THE HIJABI DOLL