Saturday, October 20, 2012

Serbuk Kacang Hijau sebagai Masker

Salam,

Harini nak share sedikit info kecantikan... bagi sesiapa yang nak mencantikan wajah the old fashion way...
Pernah dengar pasal kacang hijau? Kacang hijau ni selalu dijadikan bahan makanan... memang banyak khasiat kacang hijau ni... kalau anda semua nak tahu lebih khasiat tentang kacang hijau ni boleh la ke lama web ni ---> http://www.ibnuhasyim.com/2009/12/kacng-hijau-untuk-cantik-dan-seribu.html

sy baru sahaja tahu pasal khasiat kacang hijau ni...kesian kan? itupun seorang rakan saya yang berbangsa India yang suggest...kalau nak tahu serbuk kacang hijau ni adalah amalan kaum India dari dahulu lagi selain kunyit dan pelbagai lagi lah... salah seorang rakan ofis sy ada masalah kulit, jerawat, parut dan kulit berminyak...lepas tu bila rakan ofis kami berbangsa India cadangkan untuk pakai serbuk kacang hijau, dia tolong belikan dan alhamdulillah muka rakan sy tadi dah berkurangan jerawat dan kulit muka dia jadi lebih cerah dan mulus..siap nampak pipi blushing2 gitu...jadi sy pun turut nak mencuba...price pun murah..hanya RM2.50 sahaja...kalau di Penang anda semua boleh beli di Little India...kedai2 runcit India banyak ada...

Serbuk kacang hijau ni sangat bagus untuk mengeringkan / mengecutkan jerawat, menghilangkan parut, mencerahkan kulit, mengurangkan minyak di muka dan macam2 lagi.. kepada bride to be tu mungkin boleh amalkan sebelum hari bahagia anda :)

Now sy nak tunjuk cara2 nak pakai...

bekas sebesar ni dengan harga RM2.50


letak dalam 2 teaspoon serbuk kacang hijau

campur dengan air sikit

sebatikan sampai jadi macam ni

Then ratakan kat seluruh muka

jangan terkejut tengok muka dah jadi Hulk :p

Selepas tu korang biar kat muka sampai jadi kering...sampai rasa muka dah mengeras tu pastu letak air kat muka nak bagi mask tadi lembap balik...baru basuh... bagi korang yang kulit muka jenis berminyak, boleh amalkan 2 kali seminggu...kalau kulit korang jenis kering, seminggu sekali pun dah cukup...

muka sy tanpa mekap...tanpa edit gambar...kulit berminyak kat T-Zone dan ada bekas2 jerawat...

Pasni kalau korang nak mencuba, sangat highly recommended oke...lagipun bahan natural tak yah risau tak ada chemical bagai... selamat mencuba di rumah ya!

Have a good weekend!

15 comments:

  1. menarik :) terima kasih berkongsi :)
    harga pun murah dan mampu milik.
    atas diri sendiri je nak cuba ataupun tak. ini lebih baik sebab asli dan tanpa campuran bahan kimia.

    ReplyDelete
  2. wow.. nice tips.. pas ni nak pakai mask kacang hijau jugak la :) thanks 4 the goods info :)

    ReplyDelete
  3. Wah nak try la...sy mmg suka cube masker dr bahan2 semulajadi nie.hehehe

    ReplyDelete
  4. Nk try jgk la rinusss

    ReplyDelete
  5. macam bestttt jee..hehehe...

    harga pun affordable :)

    ReplyDelete
  6. member penah suggest gak..wat skali je..pemalas kannn.. ade jual kt kedai india eh serbuk die..lg senang..sbb tqah ritu rendam..lambat nk watt

    ReplyDelete
  7. Wahhh...cam best je ni....sgt semulajadi...kat supermarket xde jual ke ea...

    ReplyDelete
  8. sis..btl taw serbuk ni sgt berkesan :) ika pon guna jg tp wat sendiri ja serbuk 2 :P
    P/S:sis,ary 2 ika jumpa sis kt Qbay,tp malu nak tgur :P

    ReplyDelete
  9. eika- nmpak sy ktne kt qbay tu? hahaha..malu plak..time tu sy ngn sape eh?

    ReplyDelete
  10. sis tgh mkn kt deli ^_^ klu xsala ika sis ngan mak sis KOT :P

    ReplyDelete
  11. kak tak jual ke.susah lha nk dapat area saya ni.

    ReplyDelete