Wednesday, March 25, 2015

Projek DIY : Part 1 - Spray Perabot

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Last weekend agak meriah di rumah sebab family dari Penang semua turun sini. dapat jumpa mak bapak abang dan anak-anak. rumah kecik yang sunyi sepi terus jadi macam pasaq malam.

So hari sabtu pagi tak dak benda nak buat mulala cari kerja-kerja. Dah mak ada so dia in charge dapur. wakakaak koang ajaq punya anak. so sy ni bosan-bosan terus cari spray cat tu. dah beli hari jumaat konon nak buat weekend ni tapi dah bosan terus buat sabtu lepas.

Ada 3 perabot kecik yang aku spray. kabinet kecik laki aku, kerusi makcik aku yang dia dah xmau dan dressing table.

Ok start satu-satu,

Ingat lagi tak alkisahnya aku menyampah tengok cabinet laki aku ni sampai rasa nak buang. so sementara menunggu duit jatuh dari langit untu beli tv cabinet baru, so aku pun plan spray jugakla cabinet tu sebab mata dah sakit tengok kehodohan meja tu. hahah. Kecik ati laki aku cakap macam ni.

Friday, March 13, 2015

Breastfeeding Journey : Half EP Mum

Assalamualaikum,

Kesinambungan entry Breastfeeding Journey : Exclusive Pumping (EP) Mum yang lepas, sy masih lagi meneruskan usaha mengepam untuk mencukupkan stok Helena.

Tapi, ada cerita sedeh. start pertengahan bulan Jan baru ni, tetiba puting sebelah kanan merekah dan luka. tapi sy still insist on pumping. so far takdelah sampai darah masuk dalam susu. sebab bahagian luaran je. memang hazabb sangat time pam. sampai tekopek2 kulit dan nampak isi. haaaa scary tak? padahal dah pakai segala macam krim dan ubatan. tapi yela kalau pakai krim pun, lepas tu pam balik getah kat pam tu duk bergesel dekat bahagian luka tu and jadi makin teruk.

Masa dekat ofis, cerita la kat geng2 mengepam ni. semua cakap jangan la pam. depa nasihat suruh stop pam kejap. sebab takut nerebak pulak luka tu. mula-mula degil la jugak teruskan jugak pam. tapi makin lama makin pedih dan tak lama lepas tu almost nak bernanah. waaaa!

lepas tu kena sound dengan mak, tak risau ka kalau virus2 nanah tu masuk dalam susu pastu bagi Helena? hisshh kat situ dah mula tersedar. dan terima jugakla nasihat untuk stop pam sebelah buat sementara waktu. bila tak pam mak aiii bengkak susu pulak. rasa macam nak meletop haaa. terpaksa keluarkan susu tu secara marmet. sy sangat2 tak pandai marmet. try picit keluar sikit2 saja. Ambik masa sejam jugakla nak keluarkan susu supaya kurangkan sikit bengkak tu. dan lepas 3 hari, production susu sebelah yang luka tu makin merudum. dan hari keempat dah tak dak susu keluar. sedih sangat masa tu. so tinggalah sebelah lagi je untuk mengepam.

so start Helena setahun dua bulan pam sebelah saja untuk susu. dan sebelah saja mana cukup. Helena pulak jenis kuat minum susu. kiranya production drop 50%. jika selama ni dua2 breast boleh dapat 35-40oz sehari, lepas kes luka tu, dapat sebelah lagi hanya 15-17oz je sehari. memang tak cukup.
so dari situ terpaksala mula campur dengan susu lain.

Mula-mula sy banyak buat research. Nak bagi formula atau fresh milk. lepas dah tambah tolak bahagi apa semua, sy decide nak bagi fresh milk. sy taknak komen apa2 pasal formula sebab tu hak masing-masing nak bagi apa kan. bg pendapat sy sendiri, biar dia minum fresh milk berdasarkan apa yg sy baca dan bertanyakan pendapat.

Mulanya sy try dengan susu kambing Farm Fresh, tapi Helena tak berapa suka, lepas tu sy cuba bagi fresh milk Farm Fresh ni. dia memang suka sangat.


Susu ni pun beli jugak time duit lebat. Biasanya masa dapat gaji dan awal bulan. 
sebab susu ni mahal.
masuk tengah bulan sampai gaji pakai susu Farm Fresh jek. hahah

So far penerimaan dua susu ni je yang ok. mak sy selalu bising, suruh sy bagi formula dari bagi susu fresh. tapi tahla lepas dah baca macam-macam pasal formula. memang taknak ler bg. tapi xdela sampai melawan mak. hhuhu. susah nak educate orang yang susu fresh ni sebenarmya lagi ok dari formula.

Tapi malas nak explain panjang berjela kat orang. so ambik pendekatan berdiam diri. kalau dorang rasa nak tau kenapa susu fresh lagi bagus, silalah ke group-group dekat facebook tu pasal penyusuan oke. ramai pakar explain kat sana. sy explain kang salah bagi info pula. hahahah

oke tu jela nak sembang.

Rasa sedih jugak bila tak dapat teruskan fully BF sampai 2 tahun. Tapi redha jugaklah.
Next baby sy harap sgt dapat berjaya direct feed. 

dah takmau jadi EP mum. Penat weh. unless ada duit bekepok nak beli Medela Freestyle. hahaha

Rina Hamid

Thursday, March 12, 2015

Tuesday, March 10, 2015

Our Crib: Berangan Sajalah Dulu

Assalamualaikum semua.

Well. Sy ni kategori yang kuat berangan. Kat mana-mana saja bole berangan. Dalam meeting dalam kereta sambil masak dan sebagainya. dari kecik lagi.

hahaha. kalau korang sembang dgn aku ni, mata tengok korang angguk angguk tapi kadang2 kepala dah melayang tah ke mana. hahahaahah.

Kali ni topik nak story berangan hal rumah. Semua benda nak buat. itu nak pasang ini nak pasang. nak beli itu ini. bajet macam orang kaya. lepas tu bila tersedar dari lamunan, habuk pun takdak. hahah

Al kisahnya aku ni dah berangan nak pasang kitchen cabinet. dh lama dah berangan sebelum pindah masuk lagi. konon nak semua pun putih. orang cakap putih susah jaga. tapi aku nak jugak putih. wakakaka dasar degil. tapi aku berjanji akan menjaga sebaik mungkin. tiap2 hari nak ngelap supaya putih berseri. haa tengok berangan lagi.



Monday, March 2, 2015

Adakah Masih Copy Paste Aboh?

Assalamualaikum.

Kan main tajuk tu. Semalam ada share gambar Helena di FB dan whatsapp group. Ada beberapa orang cakap muka Helena dah berubah sikit. Dan sorang cousin ku cakap sekarang ni dah nampak macam muka maktok dia (mak sy). Sy perhati lelama sikit tak dak pulak sama. hahaha.

Tah ler. selama setahun 3 bulan+ aku tengok memang sebijik dan sejibik copy paste aboh dia. memang tak dak sekelumit pun muka aku ni. lama-lama dah boleh terima sebab tak dak ropa aku. wakakaka.

So nak tanya korang pulak. betul ka sama dengan mak aku? cer komen sikit.



Pic ni orang cakap ropa mak aku


Ke masih lagi copy paste muka aboh? T_T

P/S: malas nak upload pic laki nak compare dengan mak. heheh

Rina Hamid

Friday, February 27, 2015

Our Crib : Mencari Tukang Tukar Kulit Sofa

Assalamuaikum,

Selama ni ingatkan tukar kulit sofa ni murah je, sekali survey2 mau jugak dekat RM400-RM500 untuk kulit PVC.

cessss.

Bajet RM200 ke bawah jek. Hahahaha. Boleh dapat tak?

Nak tukar kepala katil ni. Sapa ada kontek sila drop number fon kat ruangan komen.

Nak plain white / cream color. tak kisah PVC or Baldu janji murah. hoohoohh

Kalau boleh nak nearby to Salak Tinggi / Nilai. Jauh dari tu tak payah bagi pun tak pa kot. hehehe


Thank you people!

Love,

Rina Hamid

Monday, February 23, 2015

Projek DIY : Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum.

Dah lama x menaip. rindu sangat kat blog. apatah lagi nak blogwalking. aktiviti harian memang tak mengizinkan nak buka blog ni selalu. haha. alasan yang sama asyik busy dengan kerja / anak / urus hal rumah.

tu baru satu anak. kalau dua? tiga? empat? alamatnya tak bukak terus dah blog kot. heee.

Curi2 masa sikit nak update. supaya masih ada orang ingat diri ni. tu pun kalau ada orang ingat la. hahah.

Long weekend yang lepas, family dari Penang semua turun sini. Memang best sangat. penat tapi best. part tak best semalam bila depa dah gerak balik. Ai is sad. huk huk.

Antara salah satu aktiviti masa cuti raya cina ialah DIY home deco. Tak banyak pun sebenarnya. benda2 kecik jer.

Rumah aku ni kecik jer. nak DIY lebeh2 pun tak boleh. pastu barang nak beli kena sikit-sikit. tak boleh terus mendadak. golongan marhaen jelah katakan.