Monday, June 6, 2016

Rainbow Marble Cake

As Salam all,

Dah lama tak bersiaran. Sebelum tu nak wish selamat menunaikan ibadah puasa ya kawan-kawan sekalian. Semoga Ramadhan kali ni lebih diberkati dan sy doakan korang semua dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna.

Ok back to the topic, sapa suka butter cake? Butter cake ni is actually my all time fav! Dahla senang nak buat pastu sedap pulak. Sy dan keluarga sy dari kecik memang suka butter cake. Bau dia je dah boleh buat orang kelaparan. Ingat masa kecik2 mak selalu buat butter cake ni makan panas2. Sekarang dah turun ke anak dan cucu2 semua pun hantu butter cake.

Lepas dah selalu sangat makan plain butter cake, then sy suka pulak buat marble cake. Marble cake sama je resipi cuma bahagikan to two portions. satu portion untuk plain color lagi satu portion letak serbuk koko. then buat la swirl untuk jadikan marble cake.

Tapi saya dan bosan jugak then saja nak buat kek mengada-ngada untuk my 4th year anniversary. Kek mengada-ngada nak paling simple dan senang buat tapi result kebabooom. hahaha. ada ke camtu? Butter cake lah jawapannya! so nak jadikan dia over2 sikit so I can upload it on social media, maka terhasil lah Rainbow Marble Cake nih.

Sorry malas nak decorate lebih2 sebab dah malas

Senang sangat nak buat cake ni. Resipi as per below:

Rainbow Marble Cake 

250gm Butter (sy pakai SCS, kadang2 pakai Anchor. Pls do not use Buttercup ya)
200gm Plain Flour
200gm Sugar (sy reduce 150gm sebab nak buat cream cheese frosting, kalau tak nak buat frosting boleh letak 200gm)
1 teaspoon Baking Powder
4 Eggs (refrigerated)
1/2 teaspoon Salt
5 tablespoon Fresh Milk / Full Cream Milk
1 teaspoon Vanilla Essence
Bahan pewarna

Pukul butter, gula. Masukan telur sebijik dan pukul, masuk sebijik pukul, buat sampai habis. Masukan campuran tepung, baking powder dan garam dan adunan butter tadi.
Masukan susu dan vanilla essence gaul sebati.
Untuk warna, asingkan ke 4 atau 5 bahagian (ikut suka korang) dan masukan warna apa-apa pun boleh. (sy pakai pewarna merah, biru, kuning, hijau dan ungu)

Siapkan dulang pastu masukan satu-satu layer. dan bakar dalam oven. dah siap!

Sedia untuk dimakan panas-panas. kalau sy memang suka makan butter cake masa suam-suam. Tapi kalau nak buat frosting. kena tunggu sejuk dulu. 








Nanti bila nak raya bolehla jamu kat tetamu ni yer. muah ciked!

p/s: jangan terliur bulan2 puasa nih.

Love,

Rina Hamid


1 comment:

  1. waaaaa tempting nyaaaaa. tq share resepi. sy pon minat butter cake

    ReplyDelete