Monday, June 29, 2015

Diari Dapur : Shepherd's Pie Mudah dan Sedap

Assalamualaikum,

Lama tak bersiaran. Time bulan puasa ni bukan sahaja penat bercakap, nak taip entry kat blog pun tak larat. over kan?



Masa sebelum puasa haritu husband baik hati dah hadiahkan oven sebijik. happy la jugak. happy sebab boleh baking. I love baking. tapi yang tak happy tu, husband dah request buat macam-macam. erkkk. terus rasa malas. wahahaha.



first rasmi masa minggu pertama puasa. buat apple crumble pie. tapi tak sedap! hahaha. so tak mau share resipi. gila maneehhhh baq ang! dah macam makan gula perisa apple. padahal resipi dah kurangkan gula.

OK berbalik pada tajuk entry, 2nd menu pakai oven ni ialah shepherd's pie. Biasala da duk lama sangat kat negara omputih tekak ni lalu makan western sajaa. haha.

Resipi ni asalnya kena pakai daging lembu or kambing, tapi aku ni tak berapa suka kambing dan lembu so tukar pakai ayam. ikotla nak pakai daging apa pun asalkan bukan daging babi. harrooommm.

Resipi Shepherd's Pie:

Bahan A:

5 biji US russet potato 
2 sudu besar butter
Susu 
Garam
Lada Sulah

Cara: Rebus kentang sampai empuk. Buang air rebus tu. Lenyek kentang-kentang tu semua dengan butter. Lepas tu masukan sikit susu. Susu ni agak-agak je nak letak byk mana. tapi jangan terlampau banyak nanti lembik sangat. sekadar cukup untuk pukul rata. pastu gaul sekali garam dan lada sulah.
Letak tepi dulu.

Bahan B:

1 biji bawang Holland
4 ulas bawang putih
400 - 500 gram daging cincang (boleh pakai ayam / lembu / kambing. ikut tekak korang)
1 cawan stok ayam / lembu
1 batang carrot potong dadu
Mixed Veggie (sy tak pakai pun)
2 sudu besar tomato puree
2 sudu besar Sos Cili (kalau korang suka rasa pedas-pedas)
Garam
Lada Hitam
Mixed Herbs

Tumis bawang-bawang sampai lembik, masukkan daging cincang, masukan stok ayam dan semua bahan-bahan di atas. masak biar sampai hampir kering. jangan terlalu kering dan jangan terlalu basah.
dah siap boleh preheat oven. suhu 180 darjah Celcius.

Sementara tunggu oven panas, masuk dalam pan semua bahan B, pastu letak mashed potato (bahan A) kat atas.

akhir sekali, letak shredded cheddar cheese atas mashed potato tu.

Bila oven dah panas, masukan dalam oven dan masak dalam 30 - 40 minit.

Selamat mencuba!

 sorry aku tak pandai potong carrot dadu. 





Love,

Rina Hamid

17 comments:

  1. nampak sedap sgt ni. nak try la nanti.

    ReplyDelete
  2. menarik. dan nampak sedap dan yg penting bahan2 mudah...thanks ye share resepi..boleh try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mudah je. dan plg penting sedap. kekeke

      Delete
  3. senang ja rupanya!
    ni makan 2orang ka? byknyaaa...
    hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaa. suriaa ni buat byk. tp bwk g rumah pakcik laki skit pstu bg kt staf2 ofis skit. so cepatla abes. nak makan berdua mau sebulan xhabeh.

      Delete
  4. i pernah buat ni.tak sedap haha! atau maybe i tak minat. hehehe. next time pi rumah u ja la kalau nk mkn ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa u bole la geng ngn laki i. dia pun tak suka. i ingtkan tak sedap ka apa. tp bg kt org lain org ckp sedap (haha perasan).

      Delete
    2. chip kata sedap ja. hahaha entahlah i xminat kot kentang2 lecek buat ceni. last2 dia sorang mkn hahaha

      Delete
  5. WAH..sangat menyelerakan. i ll try. :)

    ReplyDelete
  6. Sedapnya. Lama tak buat. I skrg takde mood nak masak haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. paham sgt u. mst sbb pembawakan budak.kikiki

      Delete
  7. part tabur2 chese tu macam dalam food network haha

    ReplyDelete