Monday, November 2, 2015

Diari Dapur : Carrot Walnut Cake with Cream Cheese Frosting

Assalamualaikum semua.

Last update blog ni bulan Ogos. lama betul tak update. jangan kata update, nak baca blog orang lain pun tak menyempat. patutla tak dak sapa menyinggah. dah sepi sendu blog ni. kikiki.

Okelah malas nak taip sangat. nak share resipi Carrot Cake je pun. Buat untuk birthday husband 16 October lepas. Sebenarnya dia tak request pun nak Carrot Cake, bini dia ni haa yang teringin nak makan. hehehh. Sebab sy ni tersangatla cerewet dalam bab Carrot Cake ni. Kalau pergi kedai kek mana2 mesti Carrot Cake dia tak menepati tekak sy ni.
Kalau ikut tekak sy mesti nak yang kurang rasa cinnamon, nak walnut banyak2, tak nak ada kismis, nak topping cream cheese. Tu yang merajinkan diri untuk buat sendiri.

Resipi ni macam biasa lah. Google banyak2 resipi pastu combine sana sini. So ni la final resultnya.
Sedap jugakla di tekak sendiri. Hihi


Ni sebelum sapu cream cheese kat tepi2. 

Carrot Walnut Cake Recipe:

2 cups All Purpose Flour ---> Aku pakai tepung gandum biasa jek
1.5 cups Sugar
1 tsp baking soda
1 tsp baking powder
1 tsp salt
1 tsp cinnamon
3 cups Shredded Carrot ---> Kena parut 6 batang carrot tapi aku tak larat dah aku parut 5 batang jek
1 cup Vegetable Oil ---> Cari Vegetable Oil kat supermarket x jumpa so aku pakai 1/2 cup Olive Oil, 1/2 cup minyak masak biasa tu. haha
4 Eggs
1 Cup Walnut ---> Bakar dulu bagi garing
1/2 Cup Almond Flakes ---> Bakar dulu bagi garing

Cream Cheese Frosting Recipe:

1 Packet Cream Cheese Tatura yang kecil tu
1/4 cup Butter (room temperature)
1 tsp Vanilla
1 Cup Icing Sugar

Cara-Cara

1. Pukul Gula, Vegetable Oil dan telur sekali. (Adunan A)
2. Pukul tepung, baking soda, baking powder, garam, serbuk kayu manis sekali. (adunan B)
3. Combine adunan A + B.
4. Masukan carrot yang dah diparut, walnut dan almond flakes (tinggal sikit untuk hiasan)
5. Panaskan Oven selama 10 minit.
6. Tuang bahan adunan semua dalam loyang dan masukan dalam oven. Bakar dalam 45 - 50 minit dengan suhu 160 darjah Celcius
7. Untuk Cream Cheese, pukul semua bahan sekali dan sapu atas kek. Tapi sapu selepas kek dah siap dibakar dan biar dalam suhu bilik. Jangan sapu masa kek tu tengah panas2.
8. Lepas tu korang boleh ngap dah. Nak lagi sedap masuk dalam peti ais. nyum3.

Selamat mencuba!

Love,

Rina Hamid

4 comments:

  1. rina rajin! dah 2 resepi saila try dari dapur rina hehehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. xdela rajin mana. paksa jugak ni sbb dah birthday husband kan. haahaha. try la saila!

      Delete