Monday, July 22, 2013

Diari Dapur: Cream Caramel Accident sangat Mudah lagi Lazat

Salam,

Boleh pulak tak perasan entry ni tak publish dah seminggu lebih. Rupanya terlupa set schedule date and time. Bila tengok blog-blog lain up entry puding caramel, check blog sendiri baru perasan entry ni tak publish. Biasalah puasa ni otak jadi lembap sikit T_T

Haa nak tau tak kenapa sy namakan resipi ni cream caramel accident? memandangkan ni 1st attempt sy, rupanya baru tau yang resipi kawan sy bagi ni untuk diletak dalam loyang jek. Bukan resipi untuk tuang atas pinggan. Kalau nak makan kena cedok masuk dalam gelas. Kalau nak lebih cantik pakai la cup kecil-kecil tu. tak payah susah-susah nak cedok bagai.



Cream Caramel Recipe:
1 1/2 cawan Gula Halus
1 1/2 cawan Air
* Masak atas api yang slow, kacau sampai larut kekuningan. Tuang dalam loyang / cup dan biar sejuk

3 biji Telur Ayam
3 sudu besar Tepung Kastad
1 tin Susu Cair 
Esen Vanilla
* Pukul sebati semua bahan di atas. Dah puas pukul, masukkan dalam loyang berisi gula hangus yang dah sejuk tadi
* Kukus selama 40 minit
* Biarkan sejuk dulu baru masukkan dalam peti ais

Okeh tu saja resipi budak ofis sy bagi. Senang sangat. Tapi sy buat letak la hiasan kat atas-atas tu dengan Strawberry dengan Peach. Tak letak pun tak pa.

Tapi ingat pesan sy jangan tuang dalam pinggan. sy tuang atas pinggan konon nak jadi macam dekat bazar ramadhan tu, tapi terus kelepek semua. hahaha. mujur rasa sedap.

bila call tanya mak macam mana nak bagi berdiri tegak atas pinggan, mak cakap selalunya orang letak tepung kastad tu lebih. sebab tu boleh mengeras dah berdiri dalam pinggan. huhu. tak pa lah nanti nak try lagi.


ok bai.

Rina Hamid

5 comments:

  1. kita rasa sebab rina letak buah so air buah tu telah menyebabkan tepung kastard tidak berfungsi so kena tambah lagi tepung kastard tu...hahahaha... dah mcm penganalisa lak...tapi mmg cantik puding rina ni tak pun kukus dlm cawan...lagi cantik sebab tak payah telangkup dah...makan pulak dengan buah-buahan memang terangkat la

    ReplyDelete
  2. memang kena letak tepung kastad sikit, supaya puding tu keras. hehe apa2 pun nampak sangat menyelerakan.

    ReplyDelete
  3. tiap2 tahun time puasa kalau aku kt rumah parents,mmg 2,3 kali wt pudding nie! mmg aku la tukang buat sbb aku suka hahaha... dh 2thn xwt sbb dh kawen n rmh skrg xde pengukus huhuhu... wt pun komfem xkn abes :(

    ReplyDelete
  4. nape accident?hahaha..lucu la kau ni rina.

    ReplyDelete
  5. Ala kesian u takpe sebab ni 1st attempt kan. Nanti tryla lagi u hee resepi lebih kurang i cuma gula hangus tu i tak buh air

    ReplyDelete