Masih dalam mood beraya? atau mood bekerja? so far sy masih dua-dua. tapi apakan daya weekend saja boleh mood beraya. Weekdays feeling-feeling kerja menimbun.
Semenjak balik bercuti mood masak masih kelaut. tapi dengan adanya pemanggang ajaib, semuanya menjadi sangat mudah dan memasak tak perlu lama. heheh.
Semalam dengan semangatnya masak kambing bakar sebab kambing memang favorite suami. dari minggu lepas duk teringin kambing. so apa lagi, pergi tesco beli daging kambing.
Ni dah siap dibakar.
Nampak macam berminyak tapi sebenarnya tu madu dan olive oil tau.
Hasil perapan seharian
Resipi untuk perapan Kambing Bakar:
1 biji Bawang Putih (sebiji tau bukan seulas)
1/2 inci Halia
2 sudu besar Chilli Powder (ikut nak kepedasan camna)
2 sudu besar Madu
Lada Hitam (ikut suka nak letak banyak mana)
Steak Mixed Herbs (boleh beli kat kedai)
Garam secukup rasa
Olive Oil
Cara-Cara:
* tumbuk sampai lunyai semua bahan di atas. pastu gaul dengan madu dan olive oil sekali
* Kalau nak lebih sedap letak la rosemary, dijon mustard, thyme, parsley dan sebagainya (semua rempah-rempah ni boleh didapati di pasaraya-pasaraya berdekatan)
* perap semalaman
* Time nak bakar dalam pemanggang ajaib letak la sikit olive oil untuk mengilatkan dan mecantikan kambing tersebut.
* Bakar 10 minit api paling perlahan. kemudian terbalikan lagi 10 minit. sy tak terbalikan magic pan tu tapi buka penutup dan pusing sendiri.
* Sedia untuk dihidangkan dengan potato wedges dan coleslaw. Jangan jadi macam suami sy pulak. sy buat ala-ala western dengan coleslaw dan kentang tapi dia nak makan dengan nasik. suami sy memang tak boleh hidup tanpa nasik T_T
Sebab tu sy malas ambil gambar santek-santek letak dalam pinggan ala-ala makan steak tu. sebab awal-awal dah diletakan nasi dalam pinggan. huhu.
So pada peminat kambing yang tegar boleh la mencuba resipi ni okeh!
Selamat menjamu selera!
Love,
Rina Hamid
yum2...sedappppnyeeeeeeee...
ReplyDeletetapi sayang sy kurang makan kambing...
maybe ikot keturunan kot..hehehe..
anyway nice pic...likeee itttt =)
sedapppp~ tp rara kurang mkn kambing.t sakit kepala.mkn mmg sedap.hehehe
ReplyDeletesedapnyaa..sy pon peminat kambing klu grill mcm ni..hihi
ReplyDelete