Friday, September 20, 2013

Diari Dapur: Homemade Meatballs / Burger Patties

Salam,

Kelass tak resepi kali ni? Seperti dijanjikan dalam entry lepas nak bagi resepi ni kan. Lepas ni tak perlu lah nak bersusah payah ke Ikea makan meatballs (padahal diri sendiri tak pernah makan meatball Ikea) or pergi mana-mana kedai burger bakar. Sebab semuanya boleh dibuat dirumah hasil air tangan sendiri. lagi best sebab boleh ikut tekak masing-masing nak pedas ke, banyak daging ke, bawang ke. huhu

Sorry lah roti burger lupa nak beli. Sayur pun tak letak sebab lupa keluarkan dari peti ais
*penyakit nyanyok makin terok lani*

Tapi tak menyempat nak ambil gambar from scratch. Yelah dah tangan belengaih duk gentel takkan nak pegang camera pulak kan.

 Ni sebelum bakar

 Selepas bakar

Actually resepi ni nak bakar boleh nak goreng pun boleh. Tapi sy pilih untuk bakar. 

Resepi Meatballs / Meat Patty:
* Prep: 10min
* Cook: 8-10min

250-300gm Daging Cincang (Ikut suka nak letak banyak mana. Sy beli yang da siap cincang tu. Kalau korang ada mesin cincang daging pun boleh buat sendiri)
3 ulas bawang putih (potong kecik-kecik sehalus mungkin)
1/2 biji bawang merah (potong kecik-kecik sehalus mungkin)
1/3 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1/4 cawan fresh milk
1 sudu besar cheese powder (tak letak pun takpa)
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil mixed herbs (campuran oregano / parsley / thyme / rosemary dan sebagainya)
1 sudu kecil chilli powder 
Garam
1 sudu besar Olive Oil
3/4 Bread Crumb (actually ni patut letak tapi sy tak letak pun sebab tak dak kat rumah. Tapi kalau tak nak letak pun tak pa. Just untuk kekentalan dan senang nak bentuk)

Gaul semuanya sampai sebati. Sy buat adunan jadi macam adunan cekodok sikit sebab tak letak bread crumb. Dia jadi lembek2. Kalau letak bread crumb senang la nak bentuk kan.

Panaskan pemanggang ajaib dengan api paling slow, letak olive oil sikit pastu baru letak dalam pemanggang ajaib. Biar masak 5minit lepas tu buka dan pusing kan meatball / patty tersebut.

Lepas dah siap bolehla hidangkan. Untuk kuah dia sy tak buat pun. Makan dengan sos saja. Kalau korang nak buat boleh jugak. Makan dengan fries ke. Nyum3. 

Selamat mencuba!

Rina Hamid

7 comments:

  1. yummy yummy!!! teringin nak buat tapi badan masih tak larat.... sihat nanti insyaALLAH beli daging dan buat.....

    ReplyDelete
  2. cedapnye m2b ni buat. nk try la nnt.

    ReplyDelete
  3. Sedapnye. Terliur terus. Thankz rina share. Harus buat ni. Hehe.

    ReplyDelete
  4. Sedapnye. Terliur terus. Thankz rina share. Harus buat ni. Hehe.

    ReplyDelete
  5. ok fine....time kasihla buat saya lapar..muahaha. ni kire macam sandwic/beger homemade terbaik ni. harus cuba sebab saya pon ade pemanggang ajaib camtu :)

    ReplyDelete
  6. Nyum nyum... Shud try this resepi.. Mmg tingin nk buat meatball sendiri... Tp big M selalu bertandang.. Hahaha.. Tq rina for sharing.. Xoxo..

    ReplyDelete
  7. sedapnyaa rina! tak sabar nak bis pantang makan sedap2..hehe

    ReplyDelete