Thursday, April 24, 2014

Helena's OOTD

Salam,

Sebut pasal baju baby ni memang takkan habis sampai bila-bila. sebab sy ni seorang yang gila membeli baju Helena. almaklumla dapat baby girl. konon azam tahun ni taknak bazirkan duit beli baju Helena. sekali dah masuk kerja tiap2 bulan mesti shopping baju Helena sampai 20-30 helai. apa punya azam daaa tak menjadi langsung. bisikan syaitonnnn betoi. tapi lepas tu sy fikir balik tak pa beli pastu boleh jual balik jadi preloved.

Tapi jangan tertipu. walaupun sy beli sampai 30 helai, tapi baju-baju Helena ni semuanya murah-murah tahap cipan. mostly berharga dari RM5 sahaja. dan baju-baju special sikit paling mahal pun RM20 kot. yes sy dah terhadkan harga baju Helena sy takkan beli lebih dari RM20 sehelai. sebab tu sy boleh beli banyak-banyak. Lagi satu budak kan cepat besar. pakai 3/4 kali dah tak muat.

Jualan bawah ofis sy lah penyumbang sy membazirkan duit membeli baju Helena. Seriously murah nak mampos tahap dewa. nak pergi cafe wajib lalu area lobby. asal lalu mesti mata teertumpu kat baju budak. lepas ni nak kena ikat mata dengan kain macam orang buta supaya tak beli baju lagi.

 Romper: FOS
Headband: Instagram - fizza1387

Lagi satu sy juga pembeli tegar baju preloved. Baju-baju branded baby yang RM50++ tu memang tidaklah akan ku beli. so dekat group bila ada orang nak letgo baju Guess, Gap dan sebagainya memang akan rembat cepat2. sampaikan baju yang untuk baby 9bulan or setahun pun dah beli siap-siap. padahal sekarang Helena nak masuk 5 bulan (esok cukup 5 bulan) pun masih lagi pakai baju bayi 3 bulan.

Selalu beli baju / pants / headband. 3 benda ni memang sy gila beli. baju sendiri kalau pergi shopping dah tak pandang. sebab lagi best shopping barang anak. siapa alami masalah yang sama? sy rasa semua ibu-ibu ni pun macam sy kot especially yang ada baby girl. hehehh

and baru perasan yang Helena tak dak dress! hahakkk. iols tak tau kenapa tak berminat nak pakaikan Helena dress. rasa serabut. lebih prefer rompers kot. huuuu

Dahla panjang pulak bebelnya (harini hujan sejuk kat ofis terasa lemau sangat). mehla layan gambar OOTD Helena yang latest and my favorite Helena's outfit (sebelum ni pernah letak kat entry lain)

 Denim Romper: Bawah Ofis (kalau cakap harga mesti tekejut)
Headband: Instagram - fizza1387
 
  Romper kiri: Preloved dari group Preloved di Facebook
Romper kanan: FOS
Pants: Orang bagi
Kasut: Preloved dari group Preloved (Facebook)
Headband: Both from Zara Little Boutique (instagram)


 
 Romper: FOS
Pants: Bawah ofis (bawah ofis sy ni macam-macam pants cute and abstract dan extreme murah, kalau pandai cari ada from H&M, Guess dan other brand)

 Rompers: Bawah ofis (brand H&M)


 Pants: Bawah ofis (Brand H&M)

 Top & Pants: Preloved from kawan Blogger and geng mommies, Nurazreena dari Life is a Big Canvas
Headband: DIY

 Top to Toes: Preloved except the crochet cap. tu beli bawah ofis


Ada banyak lagi baju yang malas nak tempek gambar dalam nih. dan ada jugak yang belum pakai. Lepas ni kalau nak tengok OOTD dia dah ada label khas iaitu Helena's OOTD. korang boleh view semua OOTD Helena di link tu nanti. 

BTW, insya Allah tak lama lagi sy akan join one flea market in Shah Alam. Details coming soon ya. time tu sy akan jual baju-baju sy (jubah / maxi dress / baju kurung and many more). Barang-barang Helena pun akan dijual. Baju-baju dia yang dah tak muat sy akan letgo dengan harga serendah RM1. rugi sapa tak mai woooo. details lebih lanjut sy akan post di entry lain ok!

Rina Hamid

16 comments:

  1. Ni rasa nk ank permpuan jgk ni.

    Comel lah..suka sgt lsh headbend helene.

    Helena tak cabut ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe takpe insyaAllah nanti dptla bby girl pulak. hehe.
      die cabut gak. tp lama-lama dia xprasan dia biar la.

      Delete
  2. hehe..amboi..baby pon ber ootd..comelsss bebeno..tang headband tu gram nyeee..
    hehe..anyway salam perkenalan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe baby lg over dari mak nye. padahal mak die yg pakaikan. hahahaha. salam kenal jugak ye :)

      Delete
  3. alaaaa..homeinye..mok2...geram nak gigit....

    ReplyDelete
  4. baju2 helena sume nya comel2..jeles lah tgk baju baby lagi comel dr baju org dewasa..hehehehe! harap dpt baby girl jugakkkk :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg baju bby lg cute dri bju kita. hahaha. saila dah scan ke belom?

      Delete
  5. dah scan utk 5 bulan td..tp doc ckp x clear lah..next check up pulak lah doc kata..huhuhu! dah lah tak sabar nk shopping baju baby nih :P eh, saila dah follow ig fizza tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa kalau xnmpak tu slalunye girl la kot. hehehe. sabar ye saila. mmg sonok soping brg baby. psni dah xdenye nak soping brg sndiri. smua utk anak je. hehehe

      Delete
  6. Betul! Apa2 mesti brg anak..


    Helena! Kenapa awk comel sgt

    ReplyDelete
  7. Waaahh...helena mcm mommy dia laa...kecik2 dah bergaya ni.....comel betul baju2 dia...Zuhayr pon lebih byk romper dari baju pattern lain....senang pakai kot...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sng pakai romper kan. baju xdela ternaik atas. rimas la baju gelebeh2. dress pun xsuka bg pakai. huhu

      Delete
  8. Comelnyaaa... btw boleh sy tau di mana sis beli headband2 tu? Geram la..

    ReplyDelete
  9. Salam sis. Office dekat mana tu? Berminat pulak nak tgk barang baju baby kat bwh office sis

    ReplyDelete