Thursday, May 22, 2014

Cameron Highland Family Gathering - Part 2

Salam,

Susulan selepas entry Cameron Highland Family Gathering - Part 1.

Baru hari ni mampu nak sambung part 2. Biasa lah busy kan. Lepas tu every weekend mesti ada aktiviti macam-macam. Dah berapa minggu tak dapat rehat secukupnya. Hishh penat-penat. Sampai pernah terfikir nak apply cuti sehari, lepas tu hantar Helena kat pengasuh dan balik rumah tidur untuk seharian. Tapi bila nak buat camtu, tak sampai hati nak tinggalkan Helena kat bs. nak tengok dia sendiri. hihi.

Okela bersambung entry yang lepas, 2nd day bangun dan terus siap. Plan nak pergi awal ke Strawberry Farm. tapi masing-masing bangun lewat. dahla nak tunggu sorang-sorang siap. Last-last pukul 10am jugak la keluar. Keluar je terus jem. arghhh stress betul pagi-pagi dah jem. potong mood.
Since Cameron banyak sangat Strawberry farm, kitorang decide nak cari paling dekat jek. sebab tak mau buang masa atas kereta.

 ni je satu2nya gambar full family yg ada. Terpaksa buat black n white sebab gambar ni over exposure. geram kat orang yang tolong ambil gambar tu sebab lepas ambil takde pun nak tanya oke ke x gambar. terus blah je. sekali tengok muka semua cerah melampau. edit camni baru ok sikit.


Kitorang decide nak pergi Big Red Strawberry Farm since tengok kat Google yang tu salah satu farm yang terbesar plus ada cafe macam-macam makanan ada strawberry (terliur tengok strawberry jek).
Agak jem nak sampai ke situ. Bila dah sampai parking memang seluas-luas alam tapi tinggi gilosss. Nak turun senang nak naik mau patah pinggang jugak la.

Elok sampai dengan muka semangat nak strawberry picking tapi frustrated sebab strawberry dah habis. dah xboleh nak petik-petik dah. sebab orang ramai sangat. Memang kawan-kawan pun dah pesan jangan pergi time cuti-cuti ni sebab memang banyak aktiviti tak dapat nak buat.

Bila dah tak dapat strawberry picking, terus pergi cafe dia. memang ramai orang. lepas tu beratur panjang pulak. lagi panjang dari nasik kandar beratoq. lepas dah sampai order macam orang gila untuk 9 orang makan. RM100+. macam what the fishhhh betoi. dahla order makan waffle / pancake / ice cream camtu jek. pergghhh memang mencekik betul. dahla rasa biasa2 jek. cheesecake pun tak rasa cheese. pancake sy buat jauh lebeh sedap. tapi tak pa lah sekali sekala kan. dah masuk perut jadi tahik dah pun.
 









Lepas habis makan mula lah sesi fotografi. Pergi cari port. nak ambil gmbar dekat dengan pokok strawberry pun tak boleh sebab strawberry tak dop.





Lepas dah setel dekat Strawberry Farm, baru gerak ke ladang teh. since banyak sangat ladang teh kitorang hentam je pergi Bharat Tea Plantation. sebabnya kitorang suka sangat teh strawberry dia dalam kotak tu. heeee. tapi apakan daya hujan lebat turun.lebat yang betul-betul lebat. sampai Bharat Tea Plantation tak boleh nak gerak. sempat beli teh je. lepas tu terpaksa balik apartment sebab lebat sangat dan buang masa jek nak tunggu.

Lewat petang camtu pergi market dia tu. sempatla beli barangan cameron highland. tu jela tak dak benda menarik pun. beli souvenir untuk kawan2. lepas tu balik dan rehat jek. Malam dinner pun dah malas nak keluar. Abang ipar tolong keluar beli makanan. balik terus ngap. pastu tidor.

Esok pepagi masa hari sabtu, mak mertua, family abang ipar dengan adik ipar kena balik terengganu awal. sebab ada hal. so tinggal lah sy, suami, helena dan adik ipar suami yg lagi sorang je. kitorang sebelum gerak balik singgah di Butterfly Farm dan Tea Plantation. Since kitorang nak balik lalu Simpang Pulai, so kitorang pergi Boh Tea Plantation.

Ni gambar-gambar kitorang masa sebelum balik KL. 














Berakhirlah perjalanan kami di Cameron Highland. Nak kata best tu tak dak la best sangat. sebab penat duk dalam kereta. agak frustrated and sangat penat.

Dialog husband "Ni last kita datang Cameron, lepas ni jangan mimpi nak datang dah"
Ayat ikhlas dari suami yang stress akibat jem teruk.

Sekian.

Rina Hamid

4 comments:

  1. CH mmg sesuai la dgn baby2 ni..sejuk nyaman..next time nk p lg..kena paksa la lambok tu..p weekdays plk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambok ckp mmg xkan p dah. weekdays pun same. huhu

      Delete
  2. kena datang waktu bekerja je Rina... cuti sekolah, public holiday memang tak boleh naik atas tu...sayang la kalau pergi lagi.,....best kot tmpt sejuk mcm tu

    ReplyDelete
  3. hihi...bila dtg jauh2 penat tp xleh wat byk bende dan buang masa sana sini mesti frust....tp at least ok la dpt spent time ngan family.....kt pergi hari weekdays, sempat lah pergi MARDI, makan2 sana sini, strawbery farm, market, tp x gi pun BOH...gi Bharat jgk.....hahaha... :D
    *comel sgt gambar helena ngan butterfly tuuuu....!!!

    ReplyDelete