Tuesday, June 10, 2014

Soon to be Our Crib - Taman Salak Perdana (formerly known as Taman Kenanga)

Salam,

Sebenarnya this entry sepatutnya tak nak di publish lagi. tapi sebab tak tahan ada problem sana sini. nak luahkan la jugak. sy ni first time beli rumah. tak dak pengalaman langsung. so memang rasa complicated sangat. end up jadi sangat stress. hahaha.

ok ni chronology cerita nak beli rumah ni.

1. Project Taman Kenanga ni adalah projek terbengkalai dari tahun 1999. Projek ni diambil alih oleh developer lain pada tahun 2010 dan mula dibuka jualan pada tahun lepas. FYI projek ni sangatla besar dan macam-macam akan naik di area situ. Sy tengok dalam Mudah.my (bulan June 2013) rumah ni dijual pada harga sangat murah RM 185,000.00 untuk rumah teres dua tingkat. Sekarang nama Taman dah ditukar ke Taman Salak Perdana.
Mana nak dapat harga camni dekat sini oi. Disebabkan area Sepang ni dah macam-macam kemajuan duk naik sana sini (eg. klia2, Tabung Haji, Premium Outlet, shopping mall, KIP mart, universiti dan sebagainya) menjadikan area sini sangat diingini. Banyak projek-projek perumahan naik mencanak-canak. dan harga untuk teres dua tingkat RM450k++ dan harga teres setingkat RM250k++. kawasan Bandar Baru Salak TInggi ni dah jadi kawasan hot area sampai ramai jugak yang kerja di Putrajaya / Cyberjaya semua pun datang sini beli rumah. Penat sangat mencari rumah dengan harga yang dalam bajet. Sekali bila dah keluar iklan, terus kitorang pergi jumpa agen tersebut.


 Ni gambar masa terbengkalai


2. Masa jumpa agen tu, ramai sangat nak beli. Agen minta deposit RM5000 untuk booking rumah. kitorang time tu dah la baru je start hidup dekat sini. mana nak cekau eh duit. so suami cakap takpela hold dulu beli. Tapi kalau hold kang habis rumah sebab ramai betul pembeli dah bayar duit booking. kitorang try usaha nak dapatkan RM5000 kalau tak dak so memang kitorang memang tak ambik. redha jela kalau xdapat beli rumah pun. mungkin bukan rezeki kami.
and bila kitorang dah dapat duit RM5k tu, hati tak sedap nak beli pakai agen. so kitorang try call developer. developer cakap, dorang tak pernah appoint mana-mana agent untuk jual rumah tu. wtf betui rasa. developer katanya belum bukak pun lagi jualan rumah tu. so sy pun ok xpela biar jela mungkin tak dak rezeki kami nak beli rumah ni.

3. Selepas 4 bulan, bulan October 2013, tetiba dapat panggilan dari developer dorang dah buka jualan rumah tu. dan mintak bayar deposit RM5000. terus bergegas pergi bayar sebab tak nak terlepas. mujur rumah masih ada. dah la tengah pregnant. time tu 8 bulan preggy.


 Yang ni Phase 3A. Besar and sangat cantik. Harga RM 284k tapi bajet lari sikit. hehe

 Progress rumah. ni Phase 5A. kecik sikit dari Phase 3A.

4. Lepas dah bayar, kena bayar pulak RM900 lawyer fees dekat Khor & Rafidah untuk keluar kan SNP. Time ni betul2 dorang call masa 25 November 2013. time tu sy dalam labor room nak beranak Helena. Mujur husband ada mintak tolong dia g bayar kejap. Ok setel dah part ni.



5. Bulan January 2014 lawyer call cakap SNP dah siap dah boleh proceed untuk bayar 10% deposit. time ni rasa nak marah. mana nak cekau duit 10% deposit tu? Loan bank pun tak buat lagi. tak buat loan bank sebab yang developer ni pun satu, semua bank tak confirm lagi jadi panel time tuh. yang confirm MBSB sahaja. kau gila nak ambik MBSB dengan interest mahai nak mampus tu. dahla dalam pantang lagi time tu. ada dekat Penang. semua benda tak boleh nak buat. nak keluarkan KWSP kena ada loan agreement dari bank. dah stress lagi pasal hal rumah. developer tiap-tiap hari call mintak 10% deposit. Lepas tu mujur ada bantuan dari mak mertua. pinjam duit dia dulu untuk bayar 10% deposit. kalau tak memang xdak lagi rezeki untuk beli rumah ni.


 Tengok dalam ni kan main nampak cantik siap tangga pun ada tiles padahal tengok betul tak macam ni pun. huhu

6. Lepas masuk kerja bulan February 2014, developer call cakap panel bank yang confirm boleh buat ialah Bank Rakyat, Affin Bank, Public Bank dan BSN.
  • Bank Rakyat - Loan lulus tapi bulan-bulan bayar RM878. lawyer fees kena bayar asing
  • BSN - loan lulus bulan-bulan bayar RM818. Lawyer fees dan semua fees dah termasuk dalam sekali
  • Affin Bank - Tak boleh bagi 90% loan pada rumah bawah RM200k. Boleh bagi 80% jek.
  • Public Bank - Pun sama macam Affin Bank
So dari sini korang dah boleh agak sy pilih BSN. Lepas dah setel, dah sign loan agreement semua, sy pun proceed dengan pengeluaran KWSP. Lepas keluarkan terus bayar balik semua hutang kat mak mertua.




7. Bulan may 2014, dapat berita tak baik sekali lagi, semua pemohon-pemohon loan BSN kena hold pemohonan disebabkan ada masalah komunikasi between BSN HQ, BSN Melaka, lawyer dan developer. masalah besar untuk semua pemohon-pemohon BSN. time ni betul-betul mood down dan , stress. asyik bermasalah je nak beli rumah ni. kes ni sebenarnya sangat panjang, complicated dan serabut untuk sy ceritakan. serius malas nk cerita. cukupla yang sy katakan memang ada masalah besar. SNP nak expired 23 June 2014, dan masalah ni masih belum selesai.
  • NCT Development Sdn Bhd - Developer (bahagian Sales) suruh semua pemohon BSN pergi apply bank lain secepat mungkin kalau tak nanti dorang akan caj LPC pada pembeli (tak paham betul padahal bukan salah kitorang)
  • Lawyer Khor & Rafidah - Dorang cakap tak payah buat apa-apa. masalah ni antara BSN, Lawyer dan Developer. bukan salah pembeli so dorang kata tak payah risau bab LPC tu memang tak kan berlaku since ni bukan salah kitorang. 
  • BSN - Pun cakap benda yang sama macam Lawyer. sekarang update terbaru dorang cakap so far dah setel. dan keep on cakap tak payah risau. yela tak payah risau tengkorak kau. nanti SNP expired LPC bukan caj kat kau pun. dan-dan la cakap SNP date tu akan extend dan pihak Developer (bahagian Finance) akan usahakan. Lawyer pun cuba sehabis baik untuk tolong pembeli2 ni. *ok aku cuba hadam benda ni dalam kepala otak tapi kau tau la nasib korang kalo kitorang kena byr apa2 extra. biar masuk tv3 satu malaysia tau cerita semua*
8. Sekarang ni sy dan a few pembeli yang pakai loan BSN dah siap sedia nak report if  apa-apa terjadi. Mujur ada Facebook Group khas untuk pembeli taman ni. dari group ni banyak maklumat kitorang dapat dan discuss. apa-apa progress mesti update dalam tu.

Sekarang ni kitorang tunggu je masa untuk dapat update dari BSN / lawyer. Harap-harap lepas ni dengar good news la pulak. dah penat sangat stress pasal isu rumah ni.

Inilah nasib yang kitorang kena terima sebab beli projek terbengkalai ni. memang ramai dah cakap beli rumah projek terbengkalai ni proses dia lain sikit dari beli rumah baru. memang akan ada hiccup. tapi sy cuba positifkan diri. berdoa dan terus berdoa semoga ada rezeki kami nak duduk rumah sndiri ni.

Serius dah penat sangat-sangat handle isu rumah ni. kawan-kawan doakan la semoga dipermudahkan proses kitorang ni.

BTW baru-baru ni pergi tengok rumah dengan mak. Ni rumah yang bakal (insyaAllah) kitorang duduk hujung tahun ni.

 Rumah kitorang ni sebenarnya kecik. tapi tanah belakang besar dan depan besar. tengah gigih kumpul duit untuk extend belakang buat dapur





 Rumah ni tak dakla design cantik pun. design tak modern. ya la sebab ni rumah terbengkalai kan. design ikut tahun 1999 punya. tapi tak kisahla kan. asalkan duduk rumah sendiri pun dah bersyukur.
harap sangat2 loan dapat setel dengan segera.

Tak sabar nak masuk pindah nak deco-deco rumah. huhu

Daaa~

Rina Hamid

44 comments:

  1. Alhamdulillah kak dah ada rumah dah. Bestlah Helena ada rumah baru. Hihihi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah semoga dimudahkan smua. hrp2 proses ni berjalan lancar. hehe

      Delete
  2. Scarynya masa terbengkalai...huhu...dapoq kami pun kicik. Dapoq besaq la best hahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mmg scary. tp skng tgk semua dah clear.

      Delete
  3. Kiranya Rina beli rmh ni dgn harga brp....? 185k tu ke....emm mcm2 masalah pulak kan kalau beli rmh terbengkalai gini....cuma harga tu mmg jauh lebih murah la dari harga rmh sbnr....kdg2 benda ni nasib kan...ada org bernasib baik.....senanglah urusannya...sabar rina...kuatkan semangat, doa2 supaya semuanya dipermudahkan..... :)

    Berapa bilik ni rina...rasa tanah belakang tu boleh xtend 10kaki lg tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah liza. beli rm185k je. skng hrg rumah ni dah RM200k++. mmg masalah skit beli rumah tebengkalai sbb proses die lain skit. hrp2 proses dah kambali ok. doakan eh liza :)

      Ada 3 bilik + 2 bilik air. tanah belakang 10 kaki lg. tula sblm masuk nak kena renov dlu sbb kecik sgt dapur dia. haha

      Delete
    2. Haah klu ada duit lebih boleh je xtend sikit dapur tu....tp tula, kos extend pon x murah.....rasanya kalau dalam nk extend dalam 10ft ke belakang tu makan dlm 20k-30k+ gak kan.....kt pon plan mcm nk extend blkg rmh tp rasa mcm out of budget pulak....sobss...

      Delete
    3. hehe asben sy ckp klo xtend bwh je mau dlm 15k. kalo atas bwh rm30k. tula xtau nak cekau mana duit. hahaha.

      doa2 smoga ada rzki kita utk extend. hhehe

      Delete
  4. haah liza. beli rm185k je. skng hrg rumah ni dah RM200k++. mmg masalah skit beli rumah tebengkalai sbb proses die lain skit. hrp2 proses dah kambali ok. doakan eh liza :)

    Ada 3 bilik + 2 bilik air. tanah belakang 10 kaki lg. tula sblm masuk nak kena renov dlu sbb kecik sgt dapur dia. haha

    ReplyDelete
  5. Boleh dapatkan no telefon dan alamat office developer?
    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.

      NCT GROUP OF COMPANIES Menara NCT, No.2, Jalan BP 4/9
      Bandar Bukit Puchong,
      47100 Puchong, Selangor D.E.

      Tel: (603) 8064 3333
      Fax: (603) 8064 3388
      Email: info@nct.net.my

      Delete
  6. alhamdulillah..untungnya rina dpt rmh atas tanah dgn harga rm185k..mmg dah x dapat harga mcm tu kt kl..lg2 atas tanah..sobs!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu saila. skng rumah mahal sgt3! ni pn sebab projek terbengkalai. kalau x area sini rumah stingkat pun rm250k+. rumah teres dua tgnkt dah rm450k+. mmg xmampu. sbb tu trus rembat rumah ni. hrp2 smua ok.

      Delete
  7. puan hazrina, sy pn tgh progress nk beli rumah ni.tp harga sgt beza laa dgn yg puan beli walaupun fasa yg sama a.k.a fasa 5a...
    sy bru byr book masa cuti sekolah..
    walau beza byk dgn harga yg u beli,mana nk dpt rumah dgn harga less than 300k kt kawasan tu kan...
    moga dipermudahkan ye puan rina

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah berjiran la kita nanti. puan unit brp? mmg mana dpt dah harga mcm ni di kwsn selangor. tmbh2 kwsn salak tinggi ni dah makin membangun. mcm2 projek dah dekat area klia tu. so mmg berbaloi sgt nak ambik.

      semoga proses pembelian puan pun dimudahkan ok :)

      Delete
  8. Asslm puan Rina,
    Loan da approve ke belum?Dari bank mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. alhamdulillah dah setel. loan dah approve pakai BSN. u pembeli salak perdana jgak ke?

      Delete
  9. Salam Pn.Rina,

    Sya kwn pd mbe ats ni. Kami dlm process bt loan utk rmh salak perdana fasa 5. Boleh kami dpt contact bsn x? Thanks. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.

      boleh ni no dia. Puan Norliza BSN - 017 383 8144 :)

      Delete
  10. Salam pn rina. Sy pun pembeli salak perdana ni. Mcm mana? Dh dpt kunci?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. oh u pembeli fasa brp ye? kunci belum dpt lg. katanya bln sept taun ni. tp duk rs2 mcm ujung taun jek. huhu

      Delete
    2. kenape fasa ade A kat depan? Fasa 3a, Fasa 5a.. ade fasa B ke in future?
      Thanks

      Delete
    3. I beli fasa 3a. Btw dlm mudah dah org iklankan utk sewa fasa 5a ni. Kemasukan oct & u know what..... rental 1.1k tu....

      Delete
    4. wow rumah kecik mcm 5a pn sewa rm1.1k? mngarut btul. huhu. btw u da join group taman ni di fb? ni link nye.

      https://www.facebook.com/groups/622591021111377/

      kalau nak update pape yg latest boleh tau dlm grp ni.

      Delete
  11. salam puan,

    rumah dah bole pindah masuk ke? saya perasan kat mudah dah ada org iklan kan nak sewa kan ruma?

    btw, kat mana sebenarnya jalan nak gi kawasan ni ek? saya tinggal kat kota warisan tapi tak perasan langsung jalan masuk ke kawasan ni?

    tq puan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, rumah xdpt lg kunci, ni kwsn dkt dgn taman seroja / taman mawar salak tinggi. kota warisan dkt sgtla dgn salak tingi ni.

      Delete
  12. area malay reserver area atau freehold

    ReplyDelete
    Replies
    1. non-malay reserve and freehold interest

      Delete
  13. salam puan, bole bagi tak facebook group tu...sy baru downpayment booking 5k tu utk fasa 3a

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. ni link nya.

      https://www.facebook.com/groups/622591021111377/

      Delete
  14. rumah nie terbengkalai dulu kenape ye?sy mcm berminat nak beli..tapi tgh cari sebab ape dia terbengkalai dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Developer asal takde duit. Saya pembeli asal phase 5a

      Delete
    2. oo sy pun baru tau psl info ni. trima kasih utk info ni. encik still continue beli rumah tu ke or dah jual semula?

      Delete
  15. TQ for info ya,,bru tgk rumah area situ nak beli,skrg harga dah rm300k utk Phase 5A

    ReplyDelete
  16. salam sis,
    skg sis da duduk umah tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. belum dpt kunci lg. tgh tgu bank disburse dlu.

      Delete
  17. Assalamualaikum puan dah masuk, ke, saya penduduk taman bawah.seroja.jgn terburu buru buat renovation, selidik dan fikir siapa kontractor, takut kerugian melampau.hati hati.

    ReplyDelete
  18. Asslmkum Puan...alhmdullilah...tahniah dapat umah baru...lama betul projek tu terbengkalai...sy baca nst tadi.
    Projek tu sama mula ngan sy , tmn seroja. Umah sy Alhmdulillah , delayed gak tapi ok, kejap jer.
    Hati hati ngan contractor renovation.

    Cari yg ada good track record. Ramai gak orang kita Melayu yg bagus...

    InsyaAllah sy doakan..Puan tak di bebankan lagi...Aameen

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Pn Rina. sy pun pembeli umah di Salak Perdana. Puan dah dpt kunci ker..? baru2 ni kan penyerahan kunci oleh PM.. sy masih belum dpt..ada masalah skit..stress btl.
    apa2 boleh whatspp sy 012-9172940 eina

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. ni eina yg dalam group taman kenanga kt facebook jugak ke? sbb kt group tu ade gak name eina. kang tkut org sama plak. hehhe

      Delete
  20. Sy pon mmg nk beli rmh ni...tgh survey2 mse Okt 2013..jmp dlm mudah.kol agen..mtk booking 5k.time tu tvh sarat tggu hari nk bsalin..mne la nk cekau duit..lps tu kol developer utk kepastian tntg agen..dorg xda upah agen...so was2 nk beli..ape pon tahniah puan..dpt jugak beli rmh...sy bknan sgt2 area situ..tp xda rezeki..

    ReplyDelete
  21. Hi, Sekarang ada rumah baru di salak perdana. Hanya RM 5k booking. call saya Joe 016-215 6627

    ReplyDelete