Wednesday, March 25, 2015

Projek DIY : Part 1 - Spray Perabot

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Last weekend agak meriah di rumah sebab family dari Penang semua turun sini. dapat jumpa mak bapak abang dan anak-anak. rumah kecik yang sunyi sepi terus jadi macam pasaq malam.

So hari sabtu pagi tak dak benda nak buat mulala cari kerja-kerja. Dah mak ada so dia in charge dapur. wakakaak koang ajaq punya anak. so sy ni bosan-bosan terus cari spray cat tu. dah beli hari jumaat konon nak buat weekend ni tapi dah bosan terus buat sabtu lepas.

Ada 3 perabot kecik yang aku spray. kabinet kecik laki aku, kerusi makcik aku yang dia dah xmau dan dressing table.

Ok start satu-satu,

Ingat lagi tak alkisahnya aku menyampah tengok cabinet laki aku ni sampai rasa nak buang. so sementara menunggu duit jatuh dari langit untu beli tv cabinet baru, so aku pun plan spray jugakla cabinet tu sebab mata dah sakit tengok kehodohan meja tu. hahah. Kecik ati laki aku cakap macam ni.


Dalam gambar ni nampak sama ja pun before dan after. Sebabnya sebelum ni terlupa nak ambik gambar dekat meja tu sebab terlalu hodoh. dengan segala macam tulisan marker, liquid dan sebagainya tak sanggup nak ambik gambar. since laki aku sayang sangat dengan meja ni, aku decide takmau spray putih dan ambik color yang almost sama dengan color sebelum ni iaitu Gold. That's why kalau korang tengok macam sama ja gambar sebelum dan selepas.




Terpaksa biar togel dulu sebab ada budak kecik ni. Letak apa barang mesti nak main2 so buat sementara biar dlu camni sampai dapat idea nak buat camna. mungkin nak beli kotak2 ala ikea buat jadi macam laci lagu mana ka.

Benda kedua spray ialah meja console yang aku convert jadi dressing table. Cerita pasai meja ni, owner dia punyalah takmau juai sebab meja ni ialah original Christian Dior. Owner dia ni sorang bekas interior designer butik2 high end. mungkin dari situ dia dapat beli sekali perabot2 ni semua. kalau p rumah dia ada sofa Fendi, meja Dior dan macam-macam lagi. dia pulak kaki jual beli perabot vintage dan klasik. bila tengok meja ni selalu pujuk dia untuk jual. wakakakaa.

Tak sangka satu hari memang dia betul-betul nak jual dengan harga sangat murah. terus rembat. kalau tengok meja ni ada la sikit terkopek dan sebagainya. tapi meja ni sangat kukuh dan kualiti kayu sebenar. hahaha

Since meja ni dah original kaler putih, so tak banyak sangat la aku spray. just touch up bahagian yang terkopek. Tapi deco meja ni tak habis lagi. akan bersambung di next entry.


 Halfway done

Last benda spray ialak kerusi ni. Asalnya kerusi ni jenis tinggi untuk pakai di kaunter bar dapur. Kerusi ni makcik aku dah xnak dah so dia bagi free jek. Kebetulan dressing table tadi tu takdak kerusi dan kebetulan jugak dressing table tu memang jenis tinggi, so sesuai sangat la pakai high chair ni.

Dah elok-elok duk spray boleh plak spray tu abes. tak ckup pulak dekat bahagian kaki. So terpaksa la stop jap projek DIY ni.

Abaikan rumput2 tu. ikutkan hati nak je simen semua ni. tapi hold dlu.

Kesimpulannya projek DIY ni baru siap 80% dan akan bersambung tak lama lagi.
Banyak lagi nak betulkan ni. nak buat kena ada mood. kalau tak dia automatik jadi malas.

Pfftt.

Entry bersambung ke part 2.

Jumpa lagi.

Rina Hamid

17 comments:

  1. Wahhh ! Rajinnya akak main spray. Kalau kita , memang tidaklaaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha akk mmg suka diy ni. tp kdg2 tu mls ahahha

      Delete
  2. kak rinaaaa. hanger tudung tu beli manaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt fb ada huda. rm20 saja. xpun huda p gm klang rm18 pun boleh dpt.

      Delete
    2. lah xperasan huda ada tanya hahhaa. fb apa nama tu rina?

      Delete
  3. cantik2 akak dapat barang.. bagus2 kak diy sendiri je.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe akk mmg suka diy tp ikut mood. dtg mood malas apapun xjd. hehe

      Delete
  4. lama tak singgah sini :D
    lawanyaaa .. kalau kita benda dah taksedap mata memandang terus buang sebabnya tak pandai nak DIY balik * hakikatnya malas .. hagagaga ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kite pun ikotkan nak buang. tp laki xbagi. so nak elak dari sakit mata tengok tu yg spray tu.

      Delete
  5. Ala jangan la simen T_T Haha. Takut dah lama sikit nanti sure menyesal psl time tu la rasa perlunya ada rumput sikit or garden ni hehe. Well, coming that from a garden lover, no surprise pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha org green finger ni okela. aritu tanam pokok pandan layu je. hahahaha. pastu malas nak cabut rmput. waaaa.

      Delete
  6. rina rak tudung tu beli mana..?
    hahah mcm larik tajuk pulak

    ReplyDelete
  7. spray tu li kat aman...bp hage...if u don't mind share pic spray tu plzzz

    ReplyDelete
  8. Nk tnye Kak..akk bli spray ape brand ek..mmg nk bt

    ReplyDelete