Friday, April 15, 2016

Miss You My Darling Muhammad

Assalamualaikum.

Dah terlalu lama tak update blog ni. Harini rasa nak cerita balik kejadian pada 7 Februari 2016. Rasanya tak ramai yang tahu. Untuk pengetahuan semua saya dah kehilangan seorang bayi pada usia kandungan 34 minggu.

7 Februari 2016 lahirlah anak kami bayi lelaki yang diberi nama Muhammad bin Mohamad Hanif dengan berat 2.34kg dan panjang berukuran 47cm.



27.01.2016 (Rabu)

Lebih kurang 2 minggu sebelum bersalin, sy pergi check up di Sime Darby Medical Centre Subang Jaya under gynae Dr. Tang Boon Nee. Dulu masa Helena pun bersalin dengan dia. Repeat dgn dia lagi sebab memang dah selesa dan sangat berpuas hati dengan Dr. Tang. So far untuk pregnancy kali ni Dr. Tang cakap memang sy takdak langsung masalah apa2. meaning semua pun cantik. test darah, gula cotton swab test semua ok. macam pregnantkan Helena jugak. semua ok. So balik dengan hati gembira.

06.02.2016 (Sabtu)

Pagi sabtu macam biasalah baby gerak macam biasa. Kebetulan hari tersebut family dari Penang semua datang rumah sebab Ahad (07.02.2016) ada kenduri cousin. So Sabtu mmg busy nak kemas rumah siapkan makan semua untuk family nak datang. masa ni baby masih gerak. Dalam pukul 2pm family pun dah sampai. So bermula la masa busy sebab hidngkan makan pastu sembang2 sampai lebam. pukul 5pm mak ajak keluar pergi rumah sepupu di Bangi. Lepas asar pun pergilah. duk borak2 beramai2 sampai lepas maghrib baru balik rumah. dah sampai rumah siap makan pastu solat isyak semua lebih krg pukul 9 lebih mak ajak jom kemas barang baby. so malam tu barula duk kemas2 beg baby dan sy untuk bawak ke hosp in case bersalin awal, nak pasang katil baby, cuci2 baju baby bagai. sambil2 syok sembang dengan mak. pukul 11pm, baru tersedar yang baby macam tak gerak. tapi positif kan diri maybe bby penat kot sebab harini seharian busy. lepas tu tertidur sebab mmg betul2 penat.

07.02.2016 (Ahad)

Pukul 2am, terjaga dari tidur. pregnant kali ni mmg sy tiap2 malam terjaga. dah tau timing akan terjaga pukul 2am dan 4am. sebab time ni biasanya terjaga sebab baby aktif gerak. tapi kalini terjaga tapi bby tak gerak. dah rasa macam pelik masa ni. tapi cuba tak nak pikir bukan2. pukul 4am terjaga lagi sekali pun tak rasa pergerakan. masih lagi cuba taknak pikir bukan2. lepas tu bangun pukul 6am pun masih tak rasa pergerakan. masa ni cakap dalam hati tak boleh jadi ni. kena pergi check jugak. cakap dengan mak dan husband. husband suruh bertenang, mak dah kalut2 dah. so ajak pergi check kat klinik berdekatan dulu. bila sampai klinik, tak dela ramai orang. tp sorang yang masuk punyalaahh lama. dekat 30min masuk. kita dah la tengah nervous. lepas tu doc klinik panggil masuk. mesin scan pun dia tak on lagi. tunggu mesin scan tu nak on and ready pun rasa dalam 15min. pastu doc ni duk buat kerja punyalah slow. geram pulak rasa. pastu bila dia scan cari heartbeat memang tak jumpa dah. doc try tolak2 perut kejutkan baby pun tak dak pegerakan apa2. doc suruh pergi terus hospital untuk check lagi sekali. masa ni dah menitis2 air mata. teketar2 tangan semua. tunggu dia buat refer letter ke hosp dulu. sementara tunggu tu memang dah rasa macam nak pengsan je. tapi duk tahan jugak. duk doa banyak2 bagila doc ni silap check. Lepas dah dapat refer letter, balik rumah jap dan terus pecut pergi Sime Darby Medical Centre.

Sampai2 je terus pergi wad bersalin, kebetulan masa tu memang tak ramai orang bersalin. dan kebetulan jugak Dr Tang ada pagi tu sebab dia baru je lepas deliver sorang patient. So midwife terus hantar masuk bilik dan Dr. Tang datang check. bila Dr. Tang check memang heartbeat tak de. masa tu macam nak luluh jantung. dah nangis2 depan husband dan Dr. Tang. Dr. Tang dengan nurse2 dekat situ (ada 3 org nurse masa tu datang bilik sekali) semua duk suruh sabar dan bertenang. semua pun terkejut sebab memang selama ni tak dak masalah. since tak boleh detect kenapa tetiba no heartbeat melalui scan, nak tak nak Dr Tang suggest induce. dia bagi 2 pilihan, samada nak induce hari ni atau tunggu dia balik dari Chinese New Year. Kebetulan masa kejadian sehari sebelum CNY. Dr Tang patutnya start cuti Ahad sampai Rabu tapi dia sanggup cxl cuti if sy nak induce hari ni. tapi dia cakap serviks masih lagi tebal so kemungkinan untuk bersalin mungkin maximum 2 hari. dan kalau ubat induce tak berkesan kena buat lagi sekali. So dia tanya ok tak if lets say sy bersalin Isnin atau Selasa tapi gynae yg deliver bukan dia. sebab Isnin dengan Selasa dia akan balik kampung. kalau sy xkisah dia aka proceed terus induce pagi tu. atau kalau still nak dengan dia, dia akan induce hari Rabu. Sy cakap bagi masa sikit nak discuss dulu dengan husband dan mak.

Lepas berbincang, mak cakap baik buat je harini sebab buat apa nak tunggu2. nanti lagi sedih. sy pun pikir benda yang sama. so sy pun inform Dr. Tang nak teruskan induce pagi ni. Dia pun terus prepare apa2 yang patut. dalam 10.30am sy pun dimasukan ubat induce. tak sakit pun rupanya masa masukan ubat. Dr. Tang suruh tunggu sejam nak tengok berkesan tak ubat tu. Pukul 11.30am dia datang balik dan check. yes its working katanya. dah buka 1.5cm masa tu. So Dr, tang akan cxl cuti dia hari tersebut. Dia pecahkan air ketuban sekali untuk cepatkan bukaan. sementara tunggu tu sy pergila duduk dengan mak kat luar. semua jadi sayu haritu. masa yg paling tak leh tahan tiap kali tengok Helena. Helena tak tau apa2 dia asyik main je. siap mintak dukung, siap gelak2, lari2. dia tak tau apa2. terus menitik2 air mata tengok dia. husband dgn parents sy duk tenangkan sy banyak kali. mujur ada husband dan family kat sisi masa tu. husband sgt tenang. walaupun raut wajah memang berubah. dia cuba control sebab tak mau tengok sy sedih2. dia cuba senyum dan buat lawak tapi tak jadi.

pukul 1pm, sy cakap kat dorang semua suruh pergi makan. kesian semua dkt hospital tunggu mesti bosan dan lapar. semua pun taknak sebab dah tak dak mood. dahla patutnya hari ahad kenduri sepupu kan. kebetulan dewan sepupu kahwin dekat dengan hospital. sy cakap kat husband bawakla dorang ssemua pergi kenduri. kesian pulak duk melengung kt hospital. so dorang semua pun pergi kejap. sementra tu sy dapat layanan terbaik dari SDMC. Nurse2 memang kejap2 datang jenguk sy. bawak makan, sembang2, dorang cuba untuk bg sy happy. memang terharu sangat.

Pukul 2.30 Dr. Tang datang lagi check bukaan, masa ni baru 3cm kot. dia tnya rasa sakit tak. sy cakap tak. rasa mild cramp je. dia tnya ok tak if dia kuatkan drip utk bagi cepat bukaan. sy pun ok je. lepas dia kuatkan lagi drip tu, adala rasa sakit sikit2. bukaan pun dah cepat jugak. tapi still mild cramp je.

Pukul 4pm camtu family sy sume datang balik. So pergila sembang-sembang dengan dorang lagi. Mak cakap masa kat kenduri semua family datang dekat dia. dia mintak semua orang doakan bagi saya dipermudahkan bersalin. masa tu nangis lagi. husband temankan. Helena macam biasa main2. kitorang cuba tak nak sedih2. dalam pukul 5pm Dr Tang panggil nak check bukaan. masa ni baru 5cm. Dia cakap dia nak balik rumah kejap untuk makan besar dengan family dia. dia cakap nampak gaya macam malam baru akan bersalin. masa ni agak cuak sikit. macam mana kalau tiba2 nak teberanak masa dia tak dak kat situ. tapi sy pun cuba buat rilek lagi cakap takpela pergi dinner dulu. padahal dalam hati tak tenang bila Dr. Tang xdak. Tapi alhamdulillah sy tak beranak masa dia xdak. Elok pukul 8pm dia dah datang balik kat hospital. Masa ni check lagi bukaan baru 7cm. Time ni dah mula rasa sakit. dah tak boleh bangun dari katil. masa ni sakit sampai kejap2 panggil nurse sbab tak tahan. tapi bukaan masih sama.

Bila dah pukul 9pm baru lah terasa sakit brsalin maha dasyat. Tapi bukaan baru 8cm. lambat betul nak tunggu 10cm. rasa nak terberanak sangat2 ni. Dr. Tang pulak memang tak bagi meneran lagi. dalam pukul 9.45pm baru lah beranak dan lahirlah bayi lelaki yang sangat comel. keluar2 je tali pusat terbelit di leher. memang cekang tali pusat di keliling leher. masa tu hanya Allah je tahu perasaan sy. Dr. Tang letak Muhammad atas badan. Sy tak tahan sebak terus nangis. Husband boleh tahan nangis lagi tapi boleh tengok muka husband sayu. Dr. Tang masa tu teruskan jahit. sy dah tak sedar apa2 sebab duk tengok Muhammad je. Peluk cium belek kaki tangan badan semua perfect. tak dak cacat apa2 pun. kulit putih merah cuma ada kesan biru2 sebab dah meninggal. hidung mancung, rambut tebal, bibir merah. muka iras2 Helena jugak. Masa ni Dr. Tang suruh panggil mak sy masuk sekali. So mak dan husband temankan. Tapi Helena buat perangai sikit so husband keluar kejap. Lepas dah setel jahit, Dr. Tang pegang tangan sy dan bagi kata2 semangat. suruh sabar n so on. nangis sama2 dengan Dr. Tang. Dia mintak permission nak ambil gambar Muhammad sebagai kenangan. Dia pesan suruh sy pun ambil gambar Muhammad banyak2. So saya mintak husband ambik gambar. Kemudian Dr. Tang keluar nak siapkan report dan nak setel borang kematian semua. Masa ni nurse pulak ambil alih datang dan bersihkan Muhammad depan mata sy. sedih tak terkata sebab dia bersihkan depan kitorang. lepas Muhammad dah dibersihkan nurse bagi suruh sy tengok puas2. Dia tanya nak simpan dulu kat hospital tak. Tapi husband decide bawak balik rumah malam tu jugak sebab nak tanam lepas subuh. so duduklah kitorang bersama Muhammad dari lahir sampai setel semua. Nurse datang mandikan sy. maksud sy cuci2 lap badan sy semua sebelum nak hantar ke bilik. Lepas dah siap masuk bilik, duduk dulu kejap dengan Muhammad. Masa ni Helena dah tidur tapi dia terjaga pulak pastu mengamuk2. Husband dengan parents sy pun dah nampak penat sangat2. so sy suruh dorang semua balik rumah je. sy oke boleh duduk kat hospital sorang2. lagipun kejap2 nurse datang tengok sy. Dr Tang pun sebelum dia balik dia datang tengok sebelum nak bercuti. Syukur sangat2 sebab bersalin hari tu jugak under Dr. Tang. Allah betul2 permudahkan semuanya. Lepas husband dan family balik, memang sy pun dah penat sy pun tertidur.

08.02.2016 (Isnin)

sy terjaga masa subuh, masa ni bangun2 je terus tengok gambar Muhammad dalam hp. dahla sorang2 memang menangis tengok. pastu sy cakap dekat husband mintak dia tolong ambil lagi gambar Muhammad. rindu nak peluk cium dia. husband hantar. husband, bapak sy dan abang2 sy masa tu dah ada kat rumah. dorang dah bersiap untuk pergi masjid. pagi tu memang sayu sangat. nurse datang bilik tanya sy macam mana dan suruh sy banyakan bersabar. Pukul 8am, husband hantar gambar dia mandikan Muhammad, gambar dia cium Muhammad, gambar Muhammad dalam kain kapan. masa ni memang sebak sangat. husband cakap dia pun masa tu menitis air mata masa bersama Muhammad. sampai dah tanam, husband send gambar. rasa macam nak jugak ada kt situ.
Lepas dah selesai semua, dlam pukul 10am, husband plan nak datang ambil tapi pihak hospital suruh keluar dalam tengahari. So tunggu kejap, lepas tu ramai family datang melawat sy kat hospital. Semua pakcik makcik sepupu sepapat datang. dah setel semua husband pun bawak balik ke rumah.
Kat rumah pun ramai datang melawat. family sebelah husband dan kawan2 ofis. semua datang bagi kata2 semangat. sy nak ucapkan terima kasih kat semua sebab banyak doakan sy masa tu.


10.02.2016 (Rabu)

Pagi rabu bila dah stabil sikit, kitorang gerak balik ke Penang. Pantang di penang. Sebelum balik baru ada peluang nak melawat kubur. tupun tengok dari jauh sebab mak tak bagi turun. masa melawat cuaca sejuk je, tak panas tak sejuk. Selesai semuanya dan sy pun start pantang di Penang.

Sy nak ucapkan terima kasih banyak2 dekat Dr Tang Boon Nee dan semua midwives dan staff nurse Sime Darby Medical Centre Subang Jaya yang banyak bagi kata2 semangat, jaga sy sepanjag sy di hospital walaupun hanya sehari je.
Terima kasih jugak dekat nurse KK yang datang melawat sy tiap2 hari untuk check kesihatan sy masa pantang. walaupun ada nurse jugak nurse KK yang mulut boleh tahan puaka (nurse yang tua).

Untuk Muhammad, mama nak mintak maaf tak dapat nak jaga Muhammad sekarang. nanti tunggu mama aboh dan Helena kat syurga tau. Mama rindu sangat kat Muhammad. hari-hari mama tengok dan tatap gambar Muhammad. mama redha pemergian Muhammad. semua orang cakap mama beruntung sangat ada anak syurga macam Muhammad. Muhammad mesti ada ramai kawan2 dekat sana. Mama gembira sebab Muhammad dijaga baik oleh Nabi Ibrahim as dengan isterinya Siti Sarah. Mama gembira sebab Muhammad dapat pakai pakaian cantik2, dapat makan makanan paling sedap, dapat tinggal dalam istana dan macam-macam lagi kelebihan Muhammad dapat di sana yang mama dengan aboh sendiri belum tentu dapat bagi dekat Muhammad. mama redha Muhammad pergi. InsyaAllah kita mesti jumpa kembali satu hari nanti. Mama nak peluk cium Muhammad macam mana mama peluk Muhammad masa Muhammad lahir kat dunia ni. Mama rindu bau Muhammad :'(

Dalam smua entry, inilah entry paling sedih dan paling sukar untuk nak taip sebab air mata tak henti2 menitik. Ya Allah sy memang tak kuat. Tapi sy cuba sebaik mungkin untuk tak bersedih. Helena banyak hiburkan hati sy. Mujur jugak dia ada. kalau tak tatau lah sy ni macam mana.

We miss you my darling Muhammad~

P/S: tolong jangan tanya sy sebab apa atau macam mana baby boleh terbelit masa dalam perut. atau jangan tanya macam mana nak elak bg baby tak terbelit. ini semua kuasa Allah. even Dr. Tang sendiri cakap semua ni kuasa Tuhan. kadang2 dari segi medical pun tak dapat nak explain sesuatu kejadian. sekian.

Rina Hamid

48 comments:

  1. assalamualaikum... sy melalui perkara yg sama macam awk..sy pun bersalin masa kandungan 24 minggu pada 5hb Feb 2016. baby saya pun Allah simpan. nama baby sy Muhammad Farhan. Masa baca awk punya cacatan mmg sy sebak sbb melalui sama seperti awk.. semoga anak2 kita bahagia di sana.. Insyaallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. takziah utk awk jugak ye. insyaAllah ganjaran yg lebeh baik Allah bagi nanti. semoga kita dapat bertemu semula dgn anak2 kita di sana.

      Delete
  2. Ya Allah rina...suria menangis, menangis x berhenti²..
    rina dgn husband sesungguhnya tabah, terpilih utk diduga.
    klu suria pengsan dh rina.

    sedihnyaa...
    wlupn x duduk tempat rina tp dpt rasa apa yg rina rasa cuma x melalui saja.

    utk Muhammad..Allah dah tempatkan awak ditenpat yg paling terbaik, tunggu mama, abah dan kakak helena.

    rina kuat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu tq suria. mmg sedih. tapi rina cuba la utk x sedih. duk buat2 happy bg lupa skit. hehehe.
      InsyaAllah doakan rina kuat ok. muaaahhh

      Delete
  3. sedihnyaa kisah rina ni.. bersabar lah banyak2 ye... pasti ada hikmah disebaliknya. be strong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis. insyaAllah sekarang dah ok. cuma rindu je kat Muhammad.

      Delete
  4. awk...sebak sgt hati ni. apetah lg awk yg melalui. sabar ya rina.. kuatkan semangat. muhammad dah happy2 di sana. awk jaga diri ye..

    salam takziah. al fatihah buat anak syurga, muhammad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear. skrg ni dah ok. cuma bila teringat balik ni jadi sebak. huhu. awk pn tc ye.

      Delete
  5. Subhanallah..orang yang kuat je Allah bagi ujian macam ni. Tapi ganjaran pun besar jugak. You both are one lucky parents. Dah ada harta yang tunggu dekat syurga. Saya doakan Allah swt ubat kesedihan dengan kurniakan adik kepada Muhammad secepat mungkin. InsyaAllah. Al Fatihah untuk anak syurga, Muhammad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sis. mmg berat dugaan ni. tp sy terima dgn redha. aamiin. sy pn tgu rahim kuat balik nak bg dpt bby blik hehehe

      Delete
  6. ya alllah rina.
    takziah..semoga rina dpt bertemu dia disyurga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear. insyaAllah semoga dpt bertemu dgn Muhammad nanti di sana.

      Delete
  7. rina.. tqah da nanges kt meja opis ni... :( strong sngat rina bleh taip cmni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu rina pn masa taip nangis non stop tqah. tp gigih jgak nak habiskan :'(

      Delete
  8. semoga akak sentiasa tabah tempuh dugaan ini. faham sangat perasaan ni.. anak akak sedang menanti di syurga

    ReplyDelete
  9. allhuakhbar sedihnye..semoga akk kuat hadapi ujian ni..muhammad dah bahagia di syurga, insyaAllah dia tggu akk disana..

    ReplyDelete
  10. AlalahuAkbar, i was crying like crazy kat opis tak henti-henti since shida tau pasal ni. langsung tak sangka tapi betullah mati itu rahsia Allah.

    please be strong rina

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula shida. mmg terkejut sgt. sbb baru pg trasa gerak2 skali dah xde. sedeh sgt. tq shida insyaAllah kena kuat tempuhi semua ni :)

      Delete
  11. Allahu. Tabahla wahai saudari. Sesungguh jika terjadi pada saya pun. Tak tertanggung kesedihan itu. Anda sgt beruntung. Salam sayang pada anak syurga. Muhammad

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqsm waa. itula dugaan yg berat tp gembira sbb ada anak yg trus dpt masuk syurga.

      Delete
  12. Ya Allah rina. Sedihnya. Pagi2 mengalir air mata ni x henti2. Kuat sungguh rina. Sabar byk2 tau. Hugs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq zimie. trpaksa kuatkan diri. mujur ada helena jgak penghibur hati.

      Delete
  13. rina kuat... sabar ye.. alfatihah utk baby muhammad...

    ReplyDelete
  14. takziah rina...memang sedih kot baca setory ampa...yes memang rasa sedih tka semua orang boleh tahu dan boleh rasa perasaan tu...Apa pun Allah memang lebih sayangkan dia..mungkin n1 hari Allah akan berikan penganti Muhammad untuk ampa dan husband...luv u rina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sue. tula kami trima dgn redha. bkn rezeki kami kali ni tp ada hikmah semuanya. insyaAllah. luv u too sue!

      Delete
  15. sedihnyee.. Allah swt uji sebab Dia tau kamu mampu lalui.. semoga terus kuat ye dear...

    takziah.. al fatihah utk Muhammad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear. itula Allah xkan bebankan kita semua dgn bnd yg kita xleh lalui. insyaAllah sy dah ok skrg ni.

      Delete
  16. Salam sis... Sy mengalami situasi yg sama dgn sis.. Bby tbelit tali pusat dlm perut.. Mmg kuasa Allah.. Ank sulung selepas 3thn bkahwin.. 37 minggu.. Bby boy 3.2kg.. 14mac2016.. Bsalin normal.. Sempurna semuanya.. Anak kita bahagia di syurga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah. sebak dgr. sabar ye sis. insyaAllah sama2 kita berjumpa dgn anak kita di syurga kelak.

      Delete
  17. Being a mom, losing your precious one tu mmg terkesannnn bila baca niee... i cant imagine let alone u sendri yg went thru all this.. sedih sgttt22.. u takecare mommy, be strong. insyallah segala kejadian ada hikmahnye.. takziah to u and family dear.. sebak right now sambil typing comment ni.. :( :( :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq renee. kite pun jadi sebak. tq cuz memahami. doakan rina ok.

      Delete
  18. Kak rina. Kita di uji kan sebab Allah syg tp ujian akak lagi besar. Kita sama2 kuat balik k. Lepas ni kita dapatkan lagi baby.

    Kak rina kuat sgt mampu habiskan entry ni walaupun dalam keadaan sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq huda. tula kita dua pernah lalui benda yg sama. insyaALlah lepas ni kita pregnant lg ok. huhu

      Delete
  19. Allahuakbar. Besarnya dugaan akak. Kuat ye kak. Entry ni dah buat orang sokseksoksek kat ofis ni ha. Al Fatihah untuk baby Muhammad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear. tula akk pun cuba utk kuatkan diri. tp mmg tiap2 ari rindu. tq mendoakan akk.

      Delete
  20. Allahuakbar! Salam takziah rina. Lama xsinggah sini..tiba2 air mata kita pun jatuh. Sebak sedih. Alfatihah utk baby muhanmad. Syurga tempatnya bersama2 pari2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear. tula mmg lama pn x updateblog ni sbb masa pregnant muhammad prngai malas kuat. huhu. insyaAllah tq mendoakan ye.

      Delete
  21. Rina.salam takziah lg skli.stiap ayar rina fa menitis air mata.fa fhm perasan darah dging sndri.yg kita bwk dlm rahim kita. Fa yg bru 8 weeks pun sdih kehilangan baby. Rina dan fmly antara org paling kuat yg Allah duga dan dia tahu korang kuat utk hadapi dugaan dia. Subhanallah indah ada anak syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq fa. takziah jgak utk fa keguguran. itula sedih mmg sedih. tp dah takde rezeki. InsyaAllah perancangan Allah nanti lbh baik. rina doakan fa akan ade rezeki lg lepas ni ok.

      Delete
  22. This is too overwhelming. Saya masih menangis,,, tak tahu mcmana kalau jadi kat diri sendiri.

    ReplyDelete
  23. InsyaAllah rina. Allah uji krn tau kita mampu hadapinya.

    ReplyDelete
  24. rina,i hilang anak first i sama mcm u cuma beza yea anak i meninggal masa 36 minggu.i paham apa u rasa. klu ada masa u visit blog i http://aidarozani.blogspot.my/2014/10/ayra-mikayla.html

    ReplyDelete
  25. Allah....sedihnya rina....sambil baca, sambil membayangkan, mmg x blh tahan sebaknya...Allah uji hambanya berpatutan dgn kemampuannya rina...Allah tahu rina n husbnd kuat....semoga roh arwah Muhammad tenang dlm Syurga....Alfatihah...

    ReplyDelete