Monday, June 6, 2016

Rainbow Marble Cake

As Salam all,

Dah lama tak bersiaran. Sebelum tu nak wish selamat menunaikan ibadah puasa ya kawan-kawan sekalian. Semoga Ramadhan kali ni lebih diberkati dan sy doakan korang semua dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna.

Ok back to the topic, sapa suka butter cake? Butter cake ni is actually my all time fav! Dahla senang nak buat pastu sedap pulak. Sy dan keluarga sy dari kecik memang suka butter cake. Bau dia je dah boleh buat orang kelaparan. Ingat masa kecik2 mak selalu buat butter cake ni makan panas2. Sekarang dah turun ke anak dan cucu2 semua pun hantu butter cake.

Lepas dah selalu sangat makan plain butter cake, then sy suka pulak buat marble cake. Marble cake sama je resipi cuma bahagikan to two portions. satu portion untuk plain color lagi satu portion letak serbuk koko. then buat la swirl untuk jadikan marble cake.

Tapi saya dan bosan jugak then saja nak buat kek mengada-ngada untuk my 4th year anniversary. Kek mengada-ngada nak paling simple dan senang buat tapi result kebabooom. hahaha. ada ke camtu? Butter cake lah jawapannya! so nak jadikan dia over2 sikit so I can upload it on social media, maka terhasil lah Rainbow Marble Cake nih.

Sorry malas nak decorate lebih2 sebab dah malas

Monday, April 18, 2016

Preloved by Rina Hamid

Assalamualaikum korang,

Nak minta jasa baik untuk yang ada Instagram tu follow ler IG sy yang khas sy jual barang-barang preloved sy dan Helena. Kalau tak nak beli pun tak per. support kawan-kawan sikit. kekekeke.

preloved_byrinahamid 


Ok sape dah follow tu meh nak muaaahhh sikit. 

hahaha.

Bye.

Rina Hamid

Friday, April 15, 2016

Miss You My Darling Muhammad

Assalamualaikum.

Dah terlalu lama tak update blog ni. Harini rasa nak cerita balik kejadian pada 7 Februari 2016. Rasanya tak ramai yang tahu. Untuk pengetahuan semua saya dah kehilangan seorang bayi pada usia kandungan 34 minggu.

7 Februari 2016 lahirlah anak kami bayi lelaki yang diberi nama Muhammad bin Mohamad Hanif dengan berat 2.34kg dan panjang berukuran 47cm.


Thursday, November 5, 2015

Current Updates

Assalamualaikum,

Gigih nak update jugak kejap walaupun busy. Apa khabar semua? ada orang tak ni? muehehehe.

Dah lama sangat menghilang dalam ni sebab dah lebih aktif kat Facebook dan IG. Kawan2 blogger pun ramai dah jadi friend kt sana so malas pulak rasa nak update benda yang sama je kan. Cuma taknak bagi blog berhabuk, meh ler update apa2 yang patut pulak.

1. Pasal diri sendiri.

So far alhamdulillah sihat walafiat. lama menghilang sebab mungkin pembawakan budak dalam perut. jadi tak lalu tengok laptop ni lelama. Sy dah lebih kurang 22+ weeks preggy. Pregnant kali ni beza sikit dengan yang dulu. pregnant kali ni sy jadi pemalas yang amat, asyik nak tido, dan lemau sepanjang masa. tak macam masa mengandungkan Helena dulu, sangat aktif, rajin masak rajin kemas rumah, aktif berjalan sana sini. Tapi sekarang dah slowly merajinkan diri balik. cuma part rajin masak tu still belum ada sebab sampai sekarang tak tahan bau masa tumis bawang or bau goreng apa2.

Monday, November 2, 2015

Diari Dapur : Carrot Walnut Cake with Cream Cheese Frosting

Assalamualaikum semua.

Last update blog ni bulan Ogos. lama betul tak update. jangan kata update, nak baca blog orang lain pun tak menyempat. patutla tak dak sapa menyinggah. dah sepi sendu blog ni. kikiki.

Okelah malas nak taip sangat. nak share resipi Carrot Cake je pun. Buat untuk birthday husband 16 October lepas. Sebenarnya dia tak request pun nak Carrot Cake, bini dia ni haa yang teringin nak makan. hehehh. Sebab sy ni tersangatla cerewet dalam bab Carrot Cake ni. Kalau pergi kedai kek mana2 mesti Carrot Cake dia tak menepati tekak sy ni.
Kalau ikut tekak sy mesti nak yang kurang rasa cinnamon, nak walnut banyak2, tak nak ada kismis, nak topping cream cheese. Tu yang merajinkan diri untuk buat sendiri.

Resipi ni macam biasa lah. Google banyak2 resipi pastu combine sana sini. So ni la final resultnya.
Sedap jugakla di tekak sendiri. Hihi

Wednesday, August 19, 2015

Diari Dapur : Easy Bake Chocolate Swirl Cheese Cake

Assalamualaikum,

Wow lama betul tak berupdate. Hihi sorry. Harini baru mood datang. Sikit jela tapi. Dah alang-alang ada mood kena up jugak ler satu entry.

Since dah ada oven, husband request buat cheese cake yang dibakar. sebelum ni asyik No Bake Cheese Cake je. Dia tak suka sangat. So mintak buat cheese cake betul. So layankan jela. 

BTW, kalau nak resipi No Bake Cheese Cake sila ke link ni --->  


Ok sekarang back to Swirl Cheese Cake Recipe.


Chocolate swirl cheesecake

Crust:
Beberapa keping cookies (tak kisah cookies apa-apa) --- Crushed
Choc Chip --- Blend sampai halus
2 Tablespoon Melted Butter

** gaul melted butter dalam crushed cookies and choc chip then tekap kuat-kuat kat dalam loyang (refer pic below). masukan dalam freezer dan bekukan dalam 15-20minit.

Filling:
2 Packets Cream Cheese --- Sy pakai Tatura
1/2 cup Thick Cream --- Sy pakai Pauls
1/2 Cup Castor Sugar
1 Tablespoon Lemon
4 Eggs
Vanilla Essence
Cooking Chocolate / Choc Chip --- dicairkan untuk buat swirl 

Steps:
1. Preheat oven 160 darjah celcius selama 10 minit
2. Pukul Cream Cheese, Castor Sugar sampai kembang.
3. Masukan telur sebijik sebijik (masuk sebijik pukul, masuk sebijik pukul sampai habis empat bijik)
4. Masukan thick cream. air perahan lemon, esen vanila dan pukul sampai sebati
5. Tuang adunan dalam loyang berisi biskut tadi
5. Cairkan cooking chocolate dan tuang sikit2 pastu pakai lidi sate untuk buat swirl.
6. Masuk dalam Oven dan bakar selama 40 minit. (make sure pakai cara water bath yer)

Selamat mencuba!

Love,

Rina Hamid

Monday, June 29, 2015

Diari Dapur : Shepherd's Pie Mudah dan Sedap

Assalamualaikum,

Lama tak bersiaran. Time bulan puasa ni bukan sahaja penat bercakap, nak taip entry kat blog pun tak larat. over kan?



Masa sebelum puasa haritu husband baik hati dah hadiahkan oven sebijik. happy la jugak. happy sebab boleh baking. I love baking. tapi yang tak happy tu, husband dah request buat macam-macam. erkkk. terus rasa malas. wahahaha.