Thursday, August 22, 2013

25 weeks Check Up

Salam,

Sebenarnya nak buat entry ni minggu lepas tapi malas la pulak kan. On the way balik dari Terengganu, ada appointment dekat SDMC (dulu SJMC) pagi Selasa minggu lepas. So sy dan suami dah gerak dari pukul 12 tengah malam dengan harapan akan sampai KL by subuh. Alhamdulillah elok-elok pukul 6.15am sampai Gombak dan stop solat subuh dulu. Lepas tu terus pergi SDMC.

Nasib baik haritu sampai-sampai dapat no 1st. Tunggu registration sekejap lepas tu terus doktor dah panggil. BTW last appointment dengan Dr. Delaila. Tapi memandangkan Dr. Delaila tak available buat sementara waktu (rasanya ramai dah tau apa jadi dengan beliau). Sy terpaksa bertukar gynea. Mulanya nak Dr. Siti Zaleha, tapi sebab tak nak tunggu lama sangat, sy ambil Dr. Tang Boon Nee. Dr. Tang ni pun susah nak dapat tau and kena buat appointment sebulan sebelum untuk 1st timer nak jumpa dia. Lepas tu follow up terus midwife akan set next appointment.


Set dengan Dr. Tang, pukul 8.30am terus boleh jumpa dia sebab dah no 1 kan. Ambil berat dah naik 3kg. yeehooo! seronok berat naik sebab dari awal preggy sampai sekarang dah 26 minggu naik 3kg tu je tau. Berat asyik turun je. Tapi alhamdulillah masa Dr. Tang scan, baby growth semua normal and memang mengikut usia bayi. Baby kelihatan sihat dan yang paling geram pipi sangat bam bam (padahal tengok 2D je tu). Masa tu baby duk aktif main-main dalam perut. duk tendang-tendang gerak sana-sini.

Bila tanya Dr. Tang pasal gender, still unclear. tapi so far dah jumpa 3 doktor, Dr. Masya (Klinik Panel), Dr. Delaila (SDMC) dan Dr. Tang, tiga-tiga pun conclude that most probably barbie doll dalam perut. sebab bebird tak dapat dikesan. Actually ciri-ciri girl pun masih tak clear sebab setiap kali scan baby aktif bergerak. So tunggu sajalah keluar nanti. asalkan sihat walafiat. betul tak?

Tapi yang sedihnya uri sy masih di bawah. Tak naik lagi. Doktor cakap tak dak apa-apa as long tak dak bleeding should be ok. Tapi dia suruh jangan buat kerja berat. Bab kerja berat memang tak buat, tapi rumah sy 5 tingkat tak dak lif. Tiap-tiap hari panjat tangga 5 tingkat okeh. Agak risau di situ. Harap-harap uri dah naik by the time pergi next check up. and lagi satu baby sy still songsang. hopefully next appointment semuanya ok. Doakan sy ye.


Lepas scan Dr Tang panggil masuk bilik dia untuk brief pasal last appointment dengan Dr. Delaila. Result darah dia explain betul-betul dan complete. Kalau kita tak faham dia explain satu-satu. So far alhamdulillah HB naik 13.4. Sebelum ni 12.8. BP pun normal. GDM ok. Darah ok. Dan down syndrome test pun alhamdulillah baby very low risk dari dapat down syndrome.

Dr. Tang sambung bagi supplement Obimin, Calcium dan Neurogain. Lepas keluar dari bilik Dr. Tang, midwife akan bagi taklimat untuk ibu mengandung. Tapi midwife tu asyik tanya mana suami. Err tak tau nak jawab apa (sebab time tu suami tengah tidur dalam kereta sebab dah semalaman drive dari Terengganu. Kesian pulak dia penat), so sy cakap je suami tak datang sekali time tu. Huhu.
So dia kata kalau macam tu next appointment baru akan bagi taklimat sebab dia insist nak suami dengar sekali. Hadoila susah jugak tu sebab suami kerja next appointment. Nak apply cuti bukan banyak pun cuti dia. Setahun dapat 8 hari je. Dia boleh ambil unpaid leave tapi rasa rugi sebab setakat nak temankan appointment je kot. Dahla company dia potong gaji banyak untuk unpaid. Baik dia kerja  So next time tak tau nak kelentong apa. Haha


Supplement2 yang diberi oleh SDMC


Dah setel ambil supplement, beli Subway jap dekat SDMC. Setel semua dalam pukul 9.30am. Cepat jugakla kan. Dulu time dengan Dr. Delaila dia akan datang pukul 10am. So nak setel semua pun dalam 11.30am jugak. Dr. Tang senang sebab seawal pukul 8.30am dia dah ada. Total masa dia check haritu dalam 40minit. Rasanya sebab sy no 1st kot sebab tu dia ambil masa lama untuk check. Cuba pergi time dia lapar nak lunch. huhu

Next appointment untuk 29 weeks check up, Dr. Tang suruh puasa untuk 2nd time minum air gula dan ambil darah. Minum air gula tak heran sangat tapi nak ambil darah tu yang scary T_T


by the way ni lah satu-satunya barang yang dah dibeli sebagai persediaan. Yang lain-lain tak start beli lagi. tak tau nak start bila.
Beli ni tumpang kawan yang pergi US belikan. Serius murah.
Pergi warehouse or beli on9 pun tak murah macam ni.
sy beli Avent Natural Infant/Newborn Starter Set Feeding Bottles dan Avent SCF330/20 Comfort Manual Breastpump.
Breastpump manual jelah. Tak mampu beli Avent or Medela electric pump.
Thanks to Mimin sebab tolong beli ni. Siap tolong hantar sekali *hugsss*

Start bulan depan nak start cari dah barang-barang basic. Baju-baju tak nak beli sebab tak confirm gender lagi. hehehh

P/S: korang rasa sy dapat baby doll ke baby prince? :p

Daaa~

Rina Hamid

13 comments:

  1. Replies
    1. hehe..suka2..tp sian pulak asben..dia nak boy :p

      Delete
  2. even u preggy but still stylista.. cantek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. stylista la sgt kan. haha. kdg2 pakai baju n tdg x sama kaler pstu kena gelak dgn budak ofis T_T

      Delete
  3. rasa mcm baby girl..kihkih
    rina, suria dlu pn uri kt bwh dr 20w smpai 34w baru naik. rumah tingkat 2, opis tingkat 2. drive sendiri p keja dgn jln jam..so far alhamdulillah..
    keja berat jgn buat, brg lebih 3kg jgn diangkat..

    suria ikut petua org time solat tu sujud lama², buat senaman angkat kaki ke dinding jadi bentul L.haha

    cer try..heee gudluck

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..suka2..nti bole geng ngn dhafea kan? :p
      wah bgusnya petua suria tu. ok balik ni nak trus angkat kaki ke dinding tu.
      Thanx suria :)

      Delete
  4. seronoknya baca entry awk ni..baby dh gerak2..dah beli botol susu.. :) insyaallah uri akan naik tu..sbb bru 25w kann..ada ms lg dia nk naik atas :) apa2 pun saila doakan semuanya selamat..baby apa saila xpandai teka..huhuhu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq saila! muah3! saila jaga diri tau. pasni preggy cpt2 :)

      Delete
  5. Alahai sikitnya naik. Dija dah 32 minggu ni naik dah 10 ke 12 kg jugak la. Dah la xde alahan awal2 naik memang cepat la. Sekarang la naik terkawal sikit tu pun sbb puasa turun aritu. 7month nnt dia mesti scan lagi nak check uri normal ke tak, dija doakan rina dah naik masa tu ya amin :) perot cam bulat kalau bulat orang kate baby girl, dija sejak pregnant ni baru pandai teka teka hee nak selamat beli yg dua2 boleh pakai la♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dija! dija mkn byk x? rina mkn byk jugak tp xtaula nape berat xnak naik. cuma rina mmg xlalu nasik. byk mkn roti jek. mybe sbb tu kot. heee hrp2 bby girl jugak. wlupun asben nak boy :P

      Delete
  6. Girl kot.. Haha.. Pandai jelah pulak jd tukang tilik..

    ReplyDelete
  7. dr tengok perut tu macam baby girl je.. hee pasal uri tu jangan risau yer baru 25w kan.. t lama2 akan naik.. sama gak baby sonsang dia akan berpusing lagi tu...

    take care yer dear! moga di permudahkan..

    ReplyDelete
  8. alaa, bgtau je hal sebenar hubby susah nak cuti, org keje swasta yg cuti sikit, shida mmg paham sebab yelah shida pun sama.
    kalau boleh kita mmg la nak everytime app hubby ikut tapi yelah big girl dont cry *gitteww*...haha.
    6 bulan dah, cepat je masa berlalu..hehe

    ReplyDelete