Tuesday, May 6, 2014

JKids Baby Spa One City, Subang Jaya

Salam,

This entry patut dah last week publish tapi last week memang hectic gila. Sebab kerja Isnin sampai Rabu macam orang gila dah. yela weols busy preparing for klia2 opening. hari Rabu lagila tak masuk langsung ofis terus pergi klia2. so dalam masa 2 hari nak siapkan kerja untuk seminggu. somemore month end pulak. benda lain nak kejar lagi. Khamis dah Labor Day nak pergi Cameron Highlands sampai Sabtu. Memangla stress last week.

Eh dah terlari tajuk pulak. okela last week Sabtu stay dekat hotel baru di Subang Jaya. E-City Hotel di One City Subang. Hotel ni baru buat opening. So dapat stay dengan special rate. Tapi promo dah habis sampai end of April. Hotel ni not bad. Design cantik tapi banyak jugak kekurangan sana sini. Hotel baru la katakan. Nak-nak pulak kena dengan sy yang memang kerja hotel sebelum ni memang semua rasa nak komplen. haha

 anak abohhhhh


Tapi entry ni bukan nak cerita pasal hotel. Tapi nak cerita pasal Jkids Baby Spa yang ada di One City ni. Dah alang-alang stay hotel tu memang terus la nak try bagi Helena swimming. And kebetulan Jkids Baby Spa ada buat promo jugak sampai end of April RM20 untuk each session. Each session ikut suka la nak duk berapa lama dalam bekas air tu. Lepas tu dia mandikan, sapu lotion (dorang pakai brand Buds) semua and urut-urut baby sikit. Nak komen sikit apa yang best and apa yang tak best situ.

Yang Best:
1. Boleh duduk ikut lama mana baby nak. Selagi dia tak nangis duk la sampai lebam main dengan air
2. Staff yang friendly tapi bangsa Filipina yang tak berpengalaman dalam menguruskan baby (tengok yang tak best)
3. Design spa yang menarik dengan warna-warna terang. Sesuai konsep dengan kanak-kanak / bayi
4. Pampers dorang provide. Pakai Mamy Poko okeh.
5. Lepas tu boleh main playground dia jugak. kalau budak2 dah boleh berjalan seronok la main. tapi kalau Helena nak main apa? haha
6. Pakai organic brand untuk mandian, lotion dan rambut. Brand Buds.

Yang TAK Best:
1. Staff yang tak berpengalaman dalam handle baby. Maybe sebab spa ni baru bukak so dorang macam tak berapa pandai
2. Staff tak pandai buat urutan baby. Urut cincai and nak cepat. Mujur la sy ni nak bawak Helena lebih pada untuk swimming. Tak berapa heran untuk urut. Tapi kalau orang yang concern bab ni kesian la. dah bayar tapi dapat servis urutan tak best.

Helena buat muka rilek masuk dalam bekas air tu. langsung tak menunjukan muka excited bermain air. masuk-masuk macam blur. dahla blur lepas tu tak dak pulak nak tendang-tendang air bagai. duk senyap camtu jek macam tak dak apa-apa berlaku. kitorang yang lebih excited duk tepuk-tepuk dan gerak-gerak kan supaya Helena swimming tapi nan hado nye dia nak gerak.

Masa pergi swimming tu sekali dengan cousin sy dengan anak dia miqael. Miqael ni pulak jenis tak boleh orang lain pegang kecuali mak dia sorang jek. So bila orang spa tu pegang terus keriyauuu laa. letak dalam tempat swimming tu pun keriau kaw2. duk tak sampai 10 minit kot lepas tu terus keluar sebab nangis tak henti. kawan suami pun ada jugak join sekali. anak dia dah setahun 6 bulan kot. masuk dalam tempat tu dah tak terapung pun sebab tinggi. berdiri and mandi macam biasa jek. haha. tapi mujur ada playground. lepas tu dia pergi main playground sesuai sikit dengan umur dia kot.


inilah miqael dalam bilik di E-City Hotel

Kawan suami, wife dia ni blogger jugak ye





yang dah tua bangka pun nak main jugak

Lepas settle dekat spa, kitorang pun pusing-pusing kat One City ni. tapi tak best sangat pun. sebab tak banyak kedai. banyak F&B outlet / Pub / bar kot. Malam-malam memang ramai orang. sebab dekat tingkat 10 korang boleh jalan atas kaca dan tengok tingkat2 bawah dari kaca kita berdiri tu. pastikan korang tak gayat okeh. waktu malam baru nampak clear tingkat2 bawah tu. siang tak nampak pun.
Macam gambar kitorang kat bawah ni semua berdiri atas kaca lutsinar tuh. tapi tak nampak la sebab siang.






ok sebenarnya banyak lagi gambar ada dalam handphone. tapi tak sempat transfer gambar dalam pc henfon dah jatuh bekecai di Cameron. sekarang pakai henfon lama boleh call / sms jek. sedeh plessss. gambar banyak tak transfer lagi T_T

Next update cerita pasal pergi Cameron Highlands pulak!

Rina Hamid

4 comments:

  1. alolo..comelnyaa helena!geram sgt auntie tgk awk ni!

    p/s : awk, stroller ape tu, mcm smart je stroller tu..scr ke? eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu stroller scr. kazen pny tu. tumpang pinjam jap,

      Delete
  2. Helena slumber je duk dlm besen tu...dh la x nanges pun..eusoff bising je...dia xpuas ht bekas kecik sgt kot..hehe

    ReplyDelete