Kesinambungan cerita perihal nak cat master bedroom. Entry terdahulu:
Before
Before
So nak dijadikan cerita, setelah memikirkan 150juta kali, dah tolak tambah darab bahagi, dah pikir masak-masak nak pilih warna pink untuk stripes wall. ahahaha. padan muka laki aku. sapa suruh takmau tolong cat kan. dahla takmau tolong cat, pastu langsung tak ambik tau barang-barang aku beli. So pi la beli cat warna pink.
At first. sy dalam dilema nak pilih antara turquoise, pink atau gold. Tapi if ambik warna turquoise, memang cantik tapi tak masuk dengan lantai laminate kitorang. If ambik gold, sesuai sangat tapi hati ni still duk rasa "I want Pink!"
So bila p kedai hardware, tengok katalog color pallet from Nippon Paint tu, terus rasa, awat semua pink cantik nihhhh! Grrrr. Tatau nak pilih mana yg ok. Sebab baca rata-rata review, color dekat katalog tak sama dengan warna sebenar cat. Sy pulak memang takmau warna yang gelap. nak soft pink or pastel pink. ada berkenan satu warna ni, tapi takut tergelap pulak. so ambik satu tone lighter which sy rasa ok la kot. tak terlalu gelap and tak terlalu light. Color code boleh tak tak ingat dah. waahahah.
So hari Ahad, sangup bangun awal, lepas subuh terus prepare barang-barang nak mengecat. sementara Helena tidur la katakan. Kalau budak tu bangun kang terus tak jadi kerja pulak. Since mengecat sendiri, mula-mula nak buat rasa kekok ok. Boleh tak nak bukak bekas tin pun ambik masa 20 minit sebab kuat gila penutup tuhhhh! Geram tau. Susah gila nak pulas. Tapi still taknak mintak bantuan suami konon nak buat semua sendiri (kes sentap dia suruh buat semua sendiri sebab dia memang taknak cat dari awal)
Lepas dah berjaya bukak penutup, tuang atas pinggan cat tu. tah apa nama menatang tu aku pun tatau. tapi bekas leper yang orang tuang cat tu laa. Then, dah tuang, tenyeh2 roller, terus start cat, haaaaaa.
Punyala susah ok. cat tu macam tak smooth. dia lekat sikit2. rupanya baru ku tahu yang pakai roller kena tekan kuat sikit. fuhhhh gila lahh. baru satu stripes rasa macam dah nyawa-nyawa ikan.
Dalam hati berbicara "takleh jadi ni, kena buat sesuatu supaya cat ni jadi smooth". so p la campoq ayaq sikit as suggested by penjual cat tempohari. try campur sikit pun still susah nak cat. kejap-kejap campur, kejap-kejap campur. kang asyik campur nanti makin cair pulak warnanya.
Tapi bila dah dapat momentum cat tu, Alhamdulillah semuanya smooth. Memang penat wehhh. Jangan percaya la kat youtube ka blog2 orang putih tu semua cakap senang. Susah sebenarnyaaa. tapi tatau la mungkin korang yang dah biasa rasa senang, then senangla kot.heeee
So lepas dah setel satu coat, si Helena dah bangun dan keriau meminta susu. Lepas tu dia buat perangai memerap pulak, angkut dia sekali join tengok aku cat. bagi dia mainan apa-apa, dia pun main sorang-sorang dalam bilik sambil sy continue cat 2nd coat. dah setel semua, rehat jap 5 minit, terus sy cabut masking tape tu, weeeeee smooth and crisp line! suka sangat! cuma ada la comot here and there. biasalah sy kan tak pro dalam cat. nanti kena la cover apa-apa2 bagi tak nampak kecacatan tu.
ni gambar sebelum bukak masking tape
Budak ni pun sebok nak inteframe
Tadaaaa. ni lah hasilnya. nak tunjuk satu pic saja dulu. tanak tunjuk lebih2. tunggu lepas deco baru tunjuk semuanya okeh.
Perasan tak line senget pastu cat tercomot. heee
Bersambung pulak lain kali ok.
Love,
Rina Hamid
Comel pink...
ReplyDeletetq cik jelita :)
DeleteComelnyaaa ! Ala yang comot tu , standard. Senget ? Tak nampak pun kak. Huhu.
ReplyDeletehaha sebenarnya nmpak jugak. tp kena tgk betul2. sekali tgk xnampak kot. eheheh
DeleteBoleh tak nak bukak bekas tin pun ambik masa 20 minit sebab kuat gila penutup tuhhhh! Geram tau. Susah gila nak pulas. Tapi still taknak mintak bantuan suami konon nak buat semua sendiri (kes sentap dia suruh buat semua sendiri sebab dia memang taknak cat dari awal)
ReplyDeletehahahahahahaha ni ai gelak guling2 kat opis k
leh bayang macam man anak pulas tu sambil geram dan sentap
tp akhir nya jadi pun cat
habis tu
husband puji x cat tu?
sampai hati huda gelak kan akk. hahahahah. tp mmg susah gila nak bukakkk. geram rasa. husband tak puji pun. dia tny awat beli kaler pink. tu saja. hahahahah.
Deletekesian husband rina..hehehehehehehe! hadoi..pinkish habis..nasib la kannn :D tp sbg org pumpuan saila say yay! kalau taknak nmpk girlish sgt, nnt add dgn perabot kaler hitam atau dark brown..tp kalau rina x kesian kat husband rina, sila masukkan brg vintage..lovely!!!
ReplyDeletekesian la sgt sape suruh tak tolong cat kan. padan muka dia. hehehehe. rina suka perabot putih. so tengok la nanti nak jd apa plak kt blk ni. huhhu
Deletecantik la Rina.... dengan langsir pink... Ngam sangat dah tu....
ReplyDeletelangsir tu smntra waktu je nad. tu yg mak bg pny. nnti nak tukar lain yang labuh smpai ke lantai. tp tunggu fulus masyuk. hahahaha. skrg dah nyawa2 ikan.
Deleteitulaaa tazabarrrr nak masuk bedroom set. hehehh
ReplyDeleterina..hehe..lawaa...loan hani alhamdulillah dah lulus..bulan 7 dpt kunci..xsbr nk deko2 macam rina..=)
ReplyDeletealhamdulillah. pasni sama2 deco ok. jgn lupa share. hehehe
Deletesweet je pink ni..xpe da masuk perabot deco2 skit main dgn cahaya mst cantik punye kak ;)
ReplyDeletetula. hrp lepas masuk bedroom set tu ok la nanti. nebes pulak. hahaha
DeleteKt mcm husbnd rina laa....x amik tau langsung pasal rmh....n rina mcm husbnd kt, byk betul idea dlm kepala.....hahahaha.....
ReplyDelete*btw pandai rina cat....kalau kt, cat water colour pun fail...kahkah
hahaha. besnya asben liza. nanti msti cantik rumah dia deco. kita xleh lebeh2. nti asben bsg. ni pn dia bsg jgak. hehehee
Deleteamboiii. si kecik tu sibuk nk nyelit ambil gambar dia. hihi
ReplyDeletebtw best n warna yg sweet sgt