Monday, July 15, 2013

Diari Dapur: Strawberry Peaches Froyo

Salam,

Dah masuk 6 hari kita berpuasa. Alhamdulillah masih boleh bertahan. Baby dalam tummy pun alhamdulillah tak meragam. Cuma mengantuk tu biasalah. Kalau tak mengantuk bukan Rina Hamid namanya.

Minggu lepas adala perasan dekat blog Cik Epal yang dia buat aiskrim pelangi dengan buah-buahan. Terliur beb. Ni link resipi beliau : http://cikepal06.blogspot.com/2013/07/cara-cara-nak-buat-aiskrim-pelangi.html#.UeNhG6xvbIU

Teruslah dengan confident nak buat jugak. Semangat p cari merata tempat bekas aiskrim tu. Tapi hampa. Kat Tesco tak dak. Kedai-kedai plastik pun tak dak. Kedai runcit apatah lagi. Dahla bulan puasa. Memang mencabar betul nak cari. (plan memula nak p Daiso tapi malas nak drive jauh2)
End up sy just pakai cup plastik yang dibeli di kedai runcit. Bolehla asalkan jadi walaupun rupa tak semenarik pakai bekas aiskrim tu.


Lepas tengok blog Cik Epal, sy dengan rajin diri meng'Google' resipi-resipi aiskrim yang menyihatkan, tinggi kalsium, rendah lemak dan sugar free. Maka dah bercampur aduk resipi sana sini, terjadilah froyo (frozen yogurt) yang simple sangat-sangat nak dibuat.

Strawberry Peach Froyo (2 cups)
1 Cup Strawberry -----> beli sekotak kt Tesco adala dalam 20 bijik kot. pakai semua
3-4 half slice Peaches -----> beli dalam tin
1 Cup Plain Yogurt ------> sy pakai Dutch Lady. pilih mana paling murah.haha
1/2 Cup Low Fat Milk ------> sy pakai Marigold HL Low Fat Milk. All time fav!
1 tbsp honey ----> boleh replace dengan sugar. tapi sugar is not healthy u know :p
Vanilla Essence

Cara-caranya:

 1. Buang daun-daun


 2. Potong dadu buah-buahan tersebut
3. Madu gaul sekali dengan strawberry dan biar selama 15-20minit (dekat peach takyah letak sebab buah peach dalam tin tu dah manehhh)

4. Blend yogurt, susu dan esen vanila
5. Blend strawberry dan peach tapi blend asing-asing dan biar ketul-ketul buah tu masih ada. meaning to say tak yah blend habis sebab nanti bila makan boleh rasa buah tu seketul-seketul




 6. lepas tu ikut kreativiti korang la nak layer macam mana. Actually kan boleh pakai banyak jenis buah (kiwi, blueberry, raspberry, mango)

* bila pakai cup tu tak yah la jadi mcm sy g letak sudu kecik tu. nampak hodoh betul. konon nak buat macam kayu aiskrim tapi tak jadik

 
 7. Lepas dibekukan 6jam
 
 8. Ready to eat. Tambah-tambah dalam bulan puasa ni. memang sedappp! Serius tak tipu.
rasa masam-masam manis. me like!

Dialog laki bini:
Suami: Awak letak yogurt ke dalam aiskrim?
Me: haah laaa kan semalam sy beli yogurt utk buat aiskrim.
Suami: Mu tau kan aku tak makan yogurt?
Me: Bila masa aku tau?
Suami: Strawberry pun aku tak makan.
Me: T_T
Suami: Nah mu makan la semua.
Me: T______T

Lepas ni nak buat Oreo Froyo pulak lah.

Ok bai.

Rina Hamid

12 comments:

  1. serius lawak dialog ko n lambok hahahaha... sedap!!! nk cuba tp dgn bahan lg murah hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha annoying gila time ckp ngn dia.tp ak untung la dpt mkn dua2 aiskrim tuh.hhahaha..
      mmg murah je weh. peach dlm tin rm4 je kot. tp strwberry mmg mahai. tp sbb da tingin ak beli gak..bhn lain smua murah jek.

      Delete
    2. untong!!! hahaha... aku smlm br borong brg rmh nk masak bln puasa nie tp xbeli peach semua tu huhu... kt aku ada strawberry yogurt n also watermelon je... derhaka skit boleh dak? guna strawberry yogurt n watermelon? hahahaha... vanila essence pun xde huhu... oh sdpnya tgk!!! mencabar keimanan hahaha...

      Delete
  2. hehehehe mcm sedap.nanti nk try lah.hehehe.lah siannya suami x mkn yogurt.xpe nanti buat lain.ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah dia xmkn yogurt.pastu dia suke nk mkn aiskrim yg versi high fat ngn high sugar. yg x bagus tuk kesihatan mmg die suke sgt.huhu

      Delete
  3. hihihih.. comil dialog akak dgn suami :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..mcm budak2 skit asben akk tu..nak aiskrim yg mengemukan je..

      Delete
  4. aiskrim u nampak cantik dan comel. haha camne u bole tak tau ni husband tak mkn dua benda tu. husband i mmg giler yogurt i je tak suka >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sebab selama kenal mmg xpenah nmpak dia mkn yogurt. pstu sllu i beli pn xpenah mkn depan dia. x expect lasung dia xmkn. tp susu dia suka minum. i bajet org suka susu mstila suka yogurt. skali dia xsuka plak..hadoi.. strawbery pn sama..padahal jem strawberry dia makan dgn roti..tp buat cmni xmo plak..pelek betol..hahaha

      Delete
  5. Sedapnyaa. selalu dekat tumblr memang banyak resepi healthy gini. hehehe boleh try buat ni, =P

    ReplyDelete