Sedar tak sedar esok nak puasa dah. so di kesempatan ini sy ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan marilah kita sama-sama memperbanyakan amalan-amalan ibadah. bukan setakat tahan lapar dan dahaga sahaja tau.
Okeh untuk bulan puasa ni salah satu dilema terbesar ialah nak makan apa semasa berbuka. betul tak?
paling senang beli sahaja. tapi untuk sy yang berkahwin ni takkan tiap-tiap hari nak beli kat bazaar.
baru-baru ni belajar la masak ayam panggang. Nanti boleh la masa bulan puasa buat lagi. Sebenarnya resipi ni belambak-lambak blogger dah buat entry. In fact sy pun ambil dari depa pastu olah-olah sikit.
Bahan perapan:
1/2 ekor ayam ----> buang kulit, basuh bersih-bersih lepas tu biarkan kering
3 ulas Bawang Putih ----> boleh tumbuk atau blend
Blackpepper / Chilli Powder ------> kalau gila pedas macam sy letak la ikut citarasa
1/2 inci halia -----> tumbuk atau blend sekali dengan bawang putih
2 sudu besar Olive Oil ------> tak letak pun xpa
2 sudu besar Madu ------> kalau tak dak pun xpa
3 sudu besar Sos Nandos Extra Hot -----> ikut apa jenis sos nandos yang korang suka
Garam secukup rasa
1/2 biji Lemon -------> terus perah atas ayam
Semua bahan-bahan tu masukkan sekali dan gaul pakai tangan sambil urut-urut ayam tersebut. Oh lupa nak cakap jangan lupa cucuk ayam tu dengan garfu supaya bahan perapan tu akan masuk sampai ke tulang.
Lepas tu biar dalam satu jam, masukkan dalam peti ais dan biar semalaman. bagi semua bahan tu masuk sampai ke tulang. Siapa suka bahagian tulang mesti boleh gigit dan jilat tulang tu puas-puas. haha
Nak buat macam mana tak dak pemanggang ajaib. Wishlist lepas raya nanti ialah pemanggang ajaib. huhu
Ni hasilnya selepas dah siap.
Boleh tuang sikit sos Nandos Extra Hot kat atas ayam tu bagi penggemar pedas macam sy. Sambil makan meleleh-leleh hidung. haha.
Tak sabaq nak puasa esok. Harap my baby in tummy boleh tahan sebulan berpuasa. Aamiin :)
Love,
Rina Hamid
selamat berpuasa kak rina :)
ReplyDeleteslmt berpuasa rina!
Deletesalam ramadhan =)
ReplyDeletesalam ramadhan rara :)
DeleteRina Ellisa tak bukak gak blog awak....huhuhuhuhuhu
ReplyDeleteselamat berpuasa dear..baby pun selamat berpuasa tau..;)
ReplyDeletetq dear..slmt berpuasa utk awk juga ya :)
Deleteweh sedapnya!!! nk buat la!!! bak mai resipi mediterranean rice dia lak hahahaha....
ReplyDeleteresipi mediterranean rice tu actually butter rice jek..cuma tmbah mixed vege.hahaha..
Deleteyeke?! cehhhh,mati2 ingt kne buat mcm2 nk bg sdp mcm nandos hahaha... xpe la,nnti kasi la resipi ko k hehehe :D
Deleteselamat berpuasa dear...dengan baby2 skali ;)
ReplyDeleteslmt berpuasa juga ya! :p
Deletewaahhh...ayam Nandos tu. my favorite.
ReplyDeletenanti boleh la try.
btw, selamat berpuasa, rina. :)
http://ninimohd.blogspot.comb
menarik..nasib baik da buka posa..klu x jenuh teliuq..haha
ReplyDeletesenang kan. kalau teringin sangat buat je sendiri. tapi of course la nando's punya gak sedap haha
ReplyDelete