Wednesday, July 3, 2013

Mimpi Pelik Semasa Hamil

Salam,

Harini saja-saja nak cerita pasal mimpi. Sy ada Google kisah-kisah pasal mimpi semasa mengandung ni. Memang orang hamil sering bermimpi macam-macam sepanjang kehamilan. Ada mimpi menyusukan anak la, mimpi bersalin la dan macam-macam lagi. Ada yang mimpi ngeri dan ada mimpi kegembiraan. Ada orang cakap kadang-kadang mimpi ni ada maksud tersirat dan ada yang cakap ianya gangguan syaitan. Semuanya terpulang pada setiap individu untuk menilai. Dalam Islam sendiri pun ada tafsiran mimpi-mimpi ni cumanya janganlah percaya sangat. Semua yang terjadi dari Allah SWT dan jangan lah anggap mimpi tu sesuatu yang serius. Banyakkan berdoa dan sebelum tidur jangan lupa baca doa ya.

Pengalaman sy sendiri setelah 18weeks++ ni, memang ada satu mimpi yang duk berulang kali muncul dari sy start preggy. Tapi tiada tafsiran apa-apa. Hanya mainan tidur dan saja-saja nak share sebab rasa sangat funny mimpi ni.


Mimpiku yang pelik ialah asyik mimpi artis Hollywood yang dah tua. Sy akan jadi heroin dalam action movie bersama pelakon Hollywood tersebut dan jadi pasangan kepada pelakon tu (mintak maaf suami T_T)

Antara pelakon yang sy mimpi ialah John Travolta. Paling banyak berganding bahu berlakon dengan dia. Tapi yang paling tak leh blah mimpi dia versi dalam movie The Taking of Pelham 123.

Okeh ni John Travolta versi muda

Tapi sy mimpi dia versi ni:

Dalam movie The Taking of Pelham 123
"kenapa dapat laki ganaih ni? "

Lepas tu pelakon tua lain yang sy mimpi Alec Baldwin. Sy macam bangun pagi terpinga-pinga dan tertanya-tanya. Alec Baldwin?? Kenapa diaaaa?? Tak masuk di akal okeh!

Alec Baldwin masa sy mimpi tu badan tegap sikit dari pic di atas dan rambut pendek
T_T

Next pelakon yang masih boleh diterima akal ialah Brad Pitt dan Hugh Jackman. Tapi dalam mimpi pun sy mimpi depa versi 40an.

 Brad Pitt versi tua.

Hugh Jackman mimpi sekali ja. Sebab Pakcik John Travolta selalu potong line. Mencik!

Lagi satu pelakon yang tak leh blah Will Smith. Nak jugak masuk mamat nih.

Tapi mimpi dia sekali saja. Dia ada dalam mimpi bersama John Travolta sekali.
Kalau tak silap ingatan dia jadi polis yang baik hati selamatkan sy.

Pelik tak rasa-rasa mimpi sy ni? Tiap-tiap minggu mesti mimpi. Kadang-kadang dalam seminggu 2 kali mimpi. Nak kata tertidur depan TV sambil tengok movie depa ni tak la pulak. Sebab sy bukannya penggemar tengok movie  sangat. Kalau tengok cerita pastu terlelap pun sebab tengok drama siri tempatan. Tapi tak dak pulak mimpi pelakon-pelakon Malaysia nihhh. 
Nak kata tak baca doa sebelum tidur tak logik jugak. Sebab memang wajib baca sebelum tidur.
Pagi-pagi bila bangun mesti nak tergelak sorang-sorang.

Jangan kata baby dalam perut nak jadi pelakon sudah. Tapi kalau dapat baby muka mat salleh bermata biru memang sangat dialu-alukan. wahahahahaaa. 

Tapi sy hanya anggap mimpi-mimpi ni mainan tidur. Dan tak dak kena mengena pun dengan dunia realiti :p

P/S: Tunggu lepas ni mimpi pelakon mana pulak (-_-")

Love,
Rina Hamid

16 comments:

  1. Hehe. Tanda nak dapat baby boy yg gagah perkasa kot macam hero-hero dalam mimpi tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..aamiin..tp xmola terlebeh gagah..payah pulak nak cri bini nti :p

      Delete
  2. betol... since preggy ni slalu sgt duk mimpi... kdg2, lelap mata kejap pun boleh mimpi jugak...
    sblm2 ni susah nak mimpi masa tido...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul2..sy ni letak kepala kt mana2 pun bole tdo kalo da ngtok sgt..

      Delete
  3. hehehe..

    dapat bby mata biru pon boleh lah kak :)

    ReplyDelete
  4. lawak la... mesti dapat baby hensem nanti....

    ReplyDelete
  5. haha klakar la rina mmpi tu..kot2 nti ank kluar semua hdung trpacak gitu,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulakan..tp kalau ikut sy bole la pacak skit..kalo ikot asben mmg kecik je idung..huhu

      Delete
  6. oooohhhh!!! hugh jackman!!!! dengki,xpnh mimpi pelakon hollywood... bak mai mimpi hg kt aku weh hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aloh hugh jackman skali je ak mimpi..tu pun sat..kalau mimpi john travolta ak bagi bole? sbb xmau dia xsukak! hahahah..

      Delete
  7. ha ah..betul tu, setakat 33weeks ++ nie, sy penah mimpi bersalin baby girl, sedangkan masa scan ritu doc cakap baby boy..hehe lepas tu mimpi susukan bf baby la, pakai botol susu la..macam2..hehe

    ReplyDelete
  8. rara dulu ada mimpi bersalin.masa tu takut sgt kalau bersalin awal.eh sy ada dlm bloglist awak..heee knp xpasan ni.follow sini =)

    ReplyDelete
  9. haha amboi kemain tau mimpi. kdg2 mimpi ni tak boleh nak caya kan. kalau yang baik mungkin bolehla dijadikan pengajaaran hee comel je mimpi u

    ReplyDelete
  10. mimpi gtu skali... wah. kalau mengandung memang mimpi benda2 tak pernah terfikir pun~
    oke. tak pernah ade pengalaman mengandung lagi :)

    ReplyDelete
  11. sya mimpi mcm2.. ada bahgia ada juga yg ngeri..smpai terikut2 esok pagi..dah la sendri kat rumah kalau pagi..

    ReplyDelete