Tuesday, July 9, 2013

Diari Dapur: Ayam Panggang Nandos

Salam,

Sedar tak sedar esok nak puasa dah. so di kesempatan ini sy ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan marilah kita sama-sama memperbanyakan amalan-amalan ibadah. bukan setakat tahan lapar dan dahaga sahaja tau.


Okeh untuk bulan puasa ni salah satu dilema terbesar ialah nak makan apa semasa berbuka. betul tak?
paling senang beli sahaja. tapi untuk sy yang berkahwin ni takkan tiap-tiap hari nak beli kat bazaar.

baru-baru ni belajar la masak ayam panggang. Nanti boleh la masa bulan puasa buat lagi. Sebenarnya resipi ni belambak-lambak blogger dah buat entry. In fact sy pun ambil dari depa pastu olah-olah sikit.


Bahan perapan:
1/2 ekor ayam ----> buang kulit, basuh bersih-bersih lepas tu biarkan kering
3 ulas Bawang Putih ----> boleh tumbuk atau blend
Blackpepper / Chilli Powder ------> kalau gila pedas macam sy letak la ikut citarasa
1/2 inci halia -----> tumbuk atau blend sekali dengan bawang putih  
2 sudu besar Olive Oil ------> tak letak pun xpa
2 sudu besar Madu ------> kalau tak dak pun xpa
3 sudu besar Sos Nandos Extra Hot -----> ikut apa jenis sos nandos yang korang suka
Garam secukup rasa
1/2 biji Lemon -------> terus perah atas ayam

Semua bahan-bahan tu masukkan sekali dan gaul pakai tangan sambil urut-urut ayam tersebut. Oh lupa nak cakap jangan lupa cucuk ayam tu dengan garfu supaya bahan perapan tu akan masuk sampai ke tulang.
Lepas tu biar dalam satu jam, masukkan dalam peti ais dan biar semalaman. bagi semua bahan tu masuk sampai ke tulang. Siapa suka bahagian tulang mesti boleh gigit dan jilat tulang tu puas-puas. haha  
 




Lepas dah keluarkan dari peti ais, biar hilang sejuk sat, lepas tu letak dalam aluminium foil dan boleh bakar dalam oven ataupun macam sy ni tak dak oven boleh la pakai frying pan biasa tu.

Nak buat macam mana tak dak pemanggang ajaib. Wishlist lepas raya nanti ialah pemanggang ajaib. huhu


Ni hasilnya selepas dah siap.



Boleh tuang sikit sos Nandos Extra Hot kat atas ayam tu bagi penggemar pedas macam sy. Sambil makan meleleh-leleh hidung. haha.

Tak sabaq nak puasa esok. Harap my baby in tummy boleh tahan sebulan berpuasa. Aamiin :)

Love,

Rina Hamid

15 comments:

  1. Rina Ellisa tak bukak gak blog awak....huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa dear..baby pun selamat berpuasa tau..;)

    ReplyDelete
  3. weh sedapnya!!! nk buat la!!! bak mai resipi mediterranean rice dia lak hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. resipi mediterranean rice tu actually butter rice jek..cuma tmbah mixed vege.hahaha..

      Delete
    2. yeke?! cehhhh,mati2 ingt kne buat mcm2 nk bg sdp mcm nandos hahaha... xpe la,nnti kasi la resipi ko k hehehe :D

      Delete
  4. selamat berpuasa dear...dengan baby2 skali ;)

    ReplyDelete
  5. waahhh...ayam Nandos tu. my favorite.
    nanti boleh la try.
    btw, selamat berpuasa, rina. :)

    http://ninimohd.blogspot.comb

    ReplyDelete
  6. menarik..nasib baik da buka posa..klu x jenuh teliuq..haha

    ReplyDelete
  7. senang kan. kalau teringin sangat buat je sendiri. tapi of course la nando's punya gak sedap haha

    ReplyDelete