Tuesday, September 3, 2013

Potluck Hari Raya Unit

Salam,

Nampaknya dah beberapa hari hujan di sekitar Sepang. Alhamdulillah. sangat-sangat syukur for the rain. Tidur malam sangat lena dan tiada gangguan. heee.

Semalam di ofis unit sy buat majlis potluck sempena raya. Majlis kecil-kecilan sahaja. Tapi makanan boleh tahan banyak! yela dah masing-masing bawak makanan kan. Macam-macam jenis ada.

Sy masak Macaroni Berkuah version mak punya resipi. Italian campur Melayu style. haha. Semua orang cakap ok. so taktau la depa ni ambil hati sj cakap sedap or memang betul-betul sedap. Sebabnya macaroni berkuah tu 1st attempt kot. haha
Lagi satu sy bawak jugak Choc Moist Walnut Brownies pakai pemanggang ajaib yang memang tak berapa nak jadi. Bukan rasa tak sedap ka apa. Cuma tak jadi moist. Kalau potong kecil-kecil memang hancur. Rasa macam dah ok. Mungkin tak jadi time pukul telur tu. Sebab pukul pakai tangan je kot. Nak terkehel rasa tulang-tulang tangan ni sebab mixer tak dop.

 Macaroni Daging Berkuah
(nampak macam kuah bolognese tapi sebenarnya lain sikit rasanya)


Choc Moist Walnut Brownies yang tak moist tew.

Antara makanan-makanan lain yang ada ialah Laksa, Sate, Nasi Impit, Kuah Kacang, Rendang, Nasi Carrot, Ayam Masak Merah, Dalca Daging, Murtabak, Pasemboq, Rainbow Caramel Cake, Carrot Cake, Buah-buahan tempatan, Dadih, Kuih Muih dan macam-macam lagi.

Semua pun sedap-sedap (walaupun ada yang sy tak sempat makan sebab balik half day - ada hal). Mostly makanan semua homemade so of course lah sedap kan. Cuma Murtabak / Pasemboq / Buah-buahan je beli kot.

Asyik nak posing jeww






 Si Nanad ni blogger jugak tau. Dia pandai buat kek. tengok kek kat bawah.
tempting tak? tobat sedap gilaaaa
 
Kalau minat boleh order kt dia. Dia memang buat part time bisnes jual kek.







Selepas pada kejadian semalam, ada benda tak best jadi. Tapi tak larat la pulak nak taip panjang-panjang. Mungkin next entry sy story oke! 

Love,

Rina Hamid

5 comments:

  1. Replies
    1. hehe td ms lunch malas turun makan. update sat :p

      Delete
  2. Wah.nampaknya kta pn kena bli pemanggang ajaib la nak buat kek eh :P

    ReplyDelete
  3. br tauu pemanggang ajaib boleh buat kek jugakkkk..hihi

    ReplyDelete
  4. sedapnya u. bgla resepi mac tu u mcm sedap je. ramai melayu ye kt ofis u ni. memang siap buat tema baju ke tu? tgk ramai yg kaler sama je

    ReplyDelete