Wednesday, July 9, 2014

Breastfeeding Journey: Exclusive Pumping (EP) Mom

Salam.

Hamboi tajuk kan main lagi kan. Hihi. Sebelum ke tajuk nak bagitau dah seminggu line internet problem. Slow jekkk sampai stress pulak tunggu loading. dahla slow, bila buka blog orang, nak komen kat blog dekat sejam tunggu. tapi komen tak keluar-keluar jugak. hadoi. so mintak mahap la yer korang. bukan tak blogwalking, sy terjah je blog korang tapi tak dapat nak komen.

Sedar tak sedar mau seminggu dah kita puasa. lemau jugakla rasa kadang-kadang. dengan menyusukan Helena lagi. fuhhh memang tercabar jugakla. tapi Alhamdulillah masih ok. ni nak cerita pasal penyusuan Helena sepanjang 7 bulan 2 minggu ni.

 
Anak abah sangat


Selama 7 bulan 2 minggu alhamdulillah Helena masih minum susu badan sepenuhnya tanpa campuran formula. Tapi dugaan sy hadapi ialah Helena tak nak direct breastfeed. Ni membuatkan sy terpaksa menjadi EP (Exclusive Pumping) Mom.

Tolong jangan kondem or nak bagi nasihat macam-macam kata nanti susu kurang ka apa ka pastu kata position masa nyusu tak betui ka apa memang nak kena dengan aku. sy dah cuba sehabis baik untuk bagi direct. yang mana duk kondem tu korang tak duk tempat sy so jangan suka-suka nak bising-bising okeh. Sebenarnya sy geram dekat dalam breastfeed group kat FB yang suka nak kondem EP mom ni. Ni pilihan masing-masing la kan. ikut mana yang memudahkan diri kita. yang lain-lain nak komen tu apahal kan.

BTW, selama sy jadi EP mom susu tak pernah berkurangan pun. Alhamdulillah. Cuma time nak period memang drop sikit. Tapi still lebih dari cukup untuk Helena.

Masa dalam pantang, awal-awal memang tiap-tiap hari cuba bagi direct. bila dia takmo jugak tu memang dah standby pam. Korang sanggup ke tengok anak korang nangis kuat-kuat lapar susu masa bagi direct pastu dia reject and nangis lagi kuat? sy TAK sanggup. so bila tengok dia dah reject direct. kena standby susu yang dah di pam. sy dah bagi Helena minum susu badan dalam botol seawal dia seminggu lagi. Memang masa dalam pantang semua pun nak marah suruh paksa bagi direct, budak tu dah terjerit-jerit lapar, so itula masanya sy dah nekad dan redha nak bagi dia susu badan dalam botol.
Tapi tu tak bermakna sy bagi botol je. Sy still usaha bg direct tiap-tiap hari. Tapi sampai dah lepas habis pantang dan sy dah start kerja, memang sy fully jadi EP mom. dah tak bagi langsung direct.
Ada kes fobia sikit masa Helena gigit puting sampai berdarah dan keluar isi. wuuuuu scary okehhh.


Sy pam memang ikut waktu mulanya. Sehari akan pam dalam 6 kali masa dalam pantang. maksudnya dalam 4 jam sekali. sekali pam akan dapat dalam 6oz / 7oz. so dalam sehari boleh dapat dalam 36oz-40oz. Helena dalam pantang tak mnum banyak pun. Dalam 15oz-18oz je sehari. so balance tu memang buat stok. memang banyak sangat stok masa dalam pantang sampai penuh freezer mak. sampai husband kena datang Penang and bawak balik susu tu semua lepas tu sy buat lagi sampai penuh balik. huhu. Kesian mak tak dapat beli stok bahan untuk simpan dalam freezer. penuh dengan susu sy jek.

Dah lepas pantang, start kerja sy kurangkan pam ke 5 kali sehari. Kalau dalam pantang mak tolong jaga so sempat la nak pam. tapi dah start kerja memang tak sempat sangat la. tambah pulak baru-baru nak belajar jaga anak sendiri tanpa bantuan mak kan. hehehe. Dah lama lepas tu penyakit malas muncul (sapa EP Mom mohon jangan contohi). Pam sehari 4 kali jek. Tapi okela sekali pam boleh dapat 8oz-10oz. So dalam sehari boleh dapat dalam average 35oz. Susu dah berkurang sikit la compare to masa dalam pantang. tapi sebab malas pam 6 kali sehari. hehehe. kalau rajin pam confirm leh dapat banyak lagi.

Masa bulan puasa ni Alhamdulillah jugak susu masih ada banyak untuk Helena. Sy cuma amalkan ESP Shaklee, Kurma dan Milo waktu sahur dan banyakan makanan berunsurkan Cheese.Susu tak drop lagi. Lega rasanya. Cuma bila pam bulan puasa ni nampak macam susu nampak pekat sikit.

Sekarang ni Helena dah start minum banyak susu. Seronok tengok muka dia minum susu puas. hehehe.

Memandangkan Helena dah makin kuat minum susu, sy kenala berusaha lebeh untuk pam banyak2 lagi untuk Helena. semoga dapat susukan Helena selama yang boleh. Aamiin.

Apapun bukan senang nak jadi EP mom ni, dari segi mental dan fizikal kena kuat. tak cukup tidur nak pam di malam hari. Dahla sy pakai pam manual. Letih tangan tapi sy gagahkan jua. Ada hari rasa macam malas sangat nak pam. tapi sy disiplin kan jugak diri. Ya jadi EP mom memang kena ada DISIPLIN. tak boleh skip time pam. keluar jalan-jalan WAJIB bawak pam. kalau sempat pam dekat surau / nursing room. Kalau tak sempat dalam kereta pun jadi. haha.
Berkat usaha ni sampai sekarang Helena masih minum susu badan.

Kepada semua EP mom di luar sana, jangan risau dengan mulut orang. Yakin pada Allah yang kita nak menyusukan anak selama boleh. InsyaAllah Allah banyak tolong.

Walau macam manapun, bagi direct lagi bagus sebenarnya. tapi janganlah disebabkan jadi EP mom korang yang bagi direct ni kondem pulak. itu pilihan masing-masinglah. lepas peristiwa orang kondem EP mom dalam group breastfeed dekat FB, sy dah tak masuk langsung group2 tersebut. so full of negativities!

Ok ciaooo.

p/s: pikir nak berbuka apa nanti.

Rina Hamid

17 comments:

  1. byknya susu rina...jeles aih..hihi
    mencabaq betoi jd EP mom klu suria maunya stress nk bgn mlm² pam tu insya'allah ok
    tp sampai p jalan² tu pun kena pam rasa mcm xboleh ja..tabik la rina!
    pedulik la depa tu..semua jenih tu nk kita jd mcm depa, org bkn semua sama..

    rajin rina pam..suria pam paling byk 3x ja..hahaa dh la susu segan²
    kdg² sekali ja..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish xyah jeles. lain org lain cara dia kan. rina pn kalo pkiaq2 blk mmg mls jugak. mai satu time tu rs xlrt sgt dahla pakai manual. tp bila tgk muka helena jd kesian. gigih jgakla nak bg dia mnum susu bdn. huhu

      Delete
  2. sy hr pertama lagi dah campur susu formula. tak ada rezeki nak menyusu penuh. tu lah rezeki anak berbeza. untung helena dpt menyusu smpai skrg..
    tp alhmdulillah dah dekat setahun ni..Luth masih juga menyusu tetek.
    tak boleh tidur Luth kalau tak menetek smpai tertidur.. :)

    tak sukalah org yg kondem2 ni.. untung lah dia dpt menyusu direct. tak tahu apa masalah org. sy dulu skit teruk bernak, anak lakikan kuat sikit menyusu..memng tak lart sgt.
    sapa snggup anak asyik nangis je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu. anak laki mmg org ckp kuat nyusu. tp xpela at least susu bdn masih bg wlupun da mix kan. jgn risau kita tau apa yg trbaik utk anak2 :)

      Delete
  3. wahhhhhh. xde penglmn lg utk ni. sbb blm kawen. hehehe. tp seronok bace.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah nanti akan adala pngalaman ni. hehe :)

      Delete
  4. Kita salah sorg EP Mom....sama gak ngan kes rina...terpaksa introduce botol awal dalam masa 22 hari kot usia baby sebab asyik ngamuk je bila direct feeding...salah diri sndiri pon ya, bila introduce botol awal, baby akan nipple confuse and totally tolak DF...huhu...tp kt x serajin rina sbb skrg kt pam 3x je sehari...haha...and kt bila kuar jalan2 mmg x bawak pam...balik baru pam...pernah dlm 10 jam kot x pam, masa tu dpt 4 botol, 20oz....skrg xde dh la...nsb baik stok byk....huhu...biasala rina mulut org...ada je yg x puas hati....asalkan anak kt sihat, tu dh bersyukur sgt kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu liza. kdg2 xpaham org ni asyik nak kondem je kan. hehe. liza skgn still bg direct?

      Delete
    2. Dah x bagi dah...takut plak dh bsr2 ni nk try balik...kang ttiba dia nk direct, reject botol naya plak....huhu....ya Allah tabahnya rina pakai manual...kt manual ada, single pump ada, double pump pon ada...haha

      Delete
  5. ai pun baru buat entry marah org poyo ni

    untung helena masih susu badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dah bc dah entry huda tu. sbaq2 na. xpa qaireen pn smpt jgak nysu bdn. jgn riso anak next akk doakan huda dpt fully bf.

      Delete
  6. alhamdulillah rezeki helena. teruskan usaha sis! pedulikan apa org kata, yg ptg kita tahu aa yg kita buat terbaik utk anak kita :)

    http://blurplediary.blogspot.dk/2014/07/review-top-10-bazar-ramadhan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis. mmg btul. hny ibu sndiri yg paham. xleh nak pedulikan mulut org. huhu

      Delete
  7. alololo sekali minum berapa oz budak ni?

    ReplyDelete
  8. salam

    proud to be EPM .. walaupun 3mth jadi epm.. ade yg bunyi2.. if pam je..nnt susu kering ..but saya berjaye buktikan saya berjaya bfkan smp my son 3y++ syukur alhamdulullah

    ReplyDelete
  9. salam....sy pun same..
    cume bnasib baik coz bby nk direct feeding time mlm je,...time die mngantuk je..
    problem skrg susu drop sgt2..skrg skali pump just blh dpt dlm 2oz...bby br 4bln..down sgt rase..but still cube buat yg terbaik...mcm2 mkn,,,kalo ade petua share yaaa...

    ReplyDelete