Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri (Sebelum Balik Kampung)

Salam semua,

Finally dah Friday. sy masih di ofis. Malam ni baru gerak balik kampung. Raya pertama kali ni balik ke Terengganu dulu. Raya ketiga baru balik Penang. Ofis dah lenggang. Tinggal berapa kerat je. Mood kat ofis dah kelaut. what to expect? mana ada mood nak kerja dah. hahaha.

Di kesempatan ini sebelum balik kampung nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua rakan-rakan blog sy. Minta ampun maaf sekiranya penulisan sy ada menguris hati sesiapa. Tak ada niat pun sebenarnya. harap semua dapat manfaatkan Ramadhan kali ini. Di samping kita bersedih dengan Gaza dan kejadian yang dah menimpa Malaysia, jangan lupa sentiasa dan terus menerus mendoakan agar peperangan di sana dapat dihentikan segera. Semoga tiada lagi kekejaman dan penindasan berlaku. rasa sedih sangat dengan saudara-saudara Islam kita di sana. melihat kanak-kanak dan wanita dibunuh dengan kejam. hmmm

Tak cukup dengan itu, Malaysia pun menerima dugaan dengan kejadian Flight MH17 ditembak jatuh. sama-sama kita sedekahkan al fatihah kepada mangsa dan keluarga mangsa. Rasa Ramadhan kali ni sedih sangat. kita tak tahu bila ajal kita akan sampai.




Sy mendoakan semua rakan-rakan blogger sy selamat sampai ke destinasi masing-masing. pandu berhati-hati. ingatlah orang yang tersayang. Malam ni sy dah nak balik Terengganu. doakan kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi. Ikutkan tahun ni 1st time nak beraya bertiga. Alhamdulillah tak sabar rasanya. Tapi kami bertiga baju raya tak sedondon. hahaha. nak buat camna husband tak nak langsung beli baju raya. hahahaha.

Okelah sebelum sy pulang, nah kad raya ikhlas dari kami sekeluarga. muehehehe



Hihi sory terlebeh gambar kad raya. sebab tak tau nak plh hat mana satu. so letak semuaaaa. muaahahahahaha.

Ok bai.

Rina Hamid

5 comments:

  1. Alololo comil nye helena..
    Selamat Hari Raya kak Rina.. Semoga selamat sampai kg =D

    ReplyDelete
  2. Helena ni nak duit raya ke nak kene gigit pipi ni ? Hahaha.
    Selamat hari raya kak ! ^^

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya rina & family..

    helena comel, meh kissss sikit!!

    ReplyDelete