Busynyaa mak. tak jenguk dah berapa kurun blog nih. hahaha. bila ada free time, sekarang dah banyak spend time men"Google" dekorasi-dekorasi rumah. wahhhh. Tak sabar nak masuk rumah baru okeh. so blog makin lama makin ditingalkan. Sy pun tak tau la samada masih ada ke pembaca blog ni. kadang-kadang update pun lepas tu check entry view pun sikit jek. dah tak ramai masuk blog ni baca. wahaha. takpela sy pun paham. sebab kebanyakan geng-geng blogger seangkatan kebanyakan dah kahwin dan dah ada komitmen lain + ada anak akan susah sikit nak blogging. Pastu Facebook dan Instagram pun dah ada. banyak update situ je kan.
BTW, Alhamdulillah Helena dah 9 bulan masa 25 Ogos haritu. Dah besar dah dia. besar means dari segi umur. haha. badan still kecik. Sampai sekarang berat baru 6.5kg tinggi 66cm je okeh. semua orang tegur anak halushh je tak macam mak bapak dia yang gedebok2 nih.
Masa 9 bulan, kami diduga bila Helena kena ear infection untuk ke dua kalinya. kali pertama masa dia 6 bulan tapi yang tu infection telinga luar. Specialist ENT cakap yang tu tak teruk sangat. tapi bila kali kedua kena, dah sampai ke telinga tengah. which is quite bahaya dan boleh membawa ke masalah pendengaran dan masalah otak. takutnya kami dan sangat risau. nak taknak kena continue bagi antibiotik. niat di hati tak nak anak ambil ubat tapi risau pulak jadinya. Masa first time kena pun dah ambil antibiotik selama 10 hari. ni kali kedua jadi kena ambil untuk 14 hari pulak. sedih bila tengok anak kena makan ubat. Tapi sekarang dah lega bila tengok dia dah sihat. semoga dia dah tak kena lagi ear infection tu sampai ke bila2. amin. huhu
Dah ni duk membebel apa tah. Mari tengok Helena Trivia dari 8 bulan ke 9 bulan.
HELENA'S TRIVIA
1. Dua batang gigi bawah dah keluar. Geram tengok sebab gigi tu kecik sangat pastu rasa macam nak cabut sebab tak tahan tengok gigi comel. haha
Ni masa baru nak keluar manja2
Ni masa dah keluar full
2. Dah boleh berdiri tanpa pegang apa-apa. Bolehla berdiri dalam 10 - 15 saat macam tu. Suruh jalan ke depan dia nak cuba jalan tapi kepala yang kedepan bukan angkat kaki dulu. end up jatuh. huhu
3. Rambut dah boleh ikat tocang. haha. ni pun nak kena cakap daaaa.
4. Mainan terbaru - Bekas garam / bekas kunyit dan rak dapur
Pantang lepa sikit tengok-tengok dia kat sini dah. dahla rak jenis terbuka camni. tunggu pindah rumah baru cari rak lain yang tertutup.
5. Kadang-kadang datang peel takmau tidur malam sebab nak main. Mai time aktif dah tutup lampu bagi senyap sunyi dia duk main-main gelak camni
6. Suka lari laju-laju selepas mandi time nak pakaikan pampers. pastu gelak-gelak. bila kejar lari lagik.
7. Suka buku binatang. Sebab bila tunjuk gambar binatang siap bunyi-bunyi dia suka.
8. Nak tidur sendiri tapi kita kena ada sebelah. dia tak suka kita dodoikan. dia nak letak kepala atas bantal sendiri. tapi kita kena ada tepi. kalau tak dak dia datang kat kita pastu tidur sebelah.
9. Ada her own big playstation. buat cantik-cantik untuk dia tapi tak sampai 5 minit habis disepahkan Helena. biasanya tahap kekemasan tu hanya bertahan kejap je. hadoilaaa. korang tengok gambar-gambar pun rumah sy sangat semak kan. tu semua kerja budak kecik ni. hahaha salahkan anak puloppp.
10. Prefer to play with someone older than her age. Kecik dari dia, dia bolayan.
Tengok tu muka bosan duk tepi budak kecik
11. Dah boleh main tepuk-tepuk dan boleh salam cium tangan bila sua tangan kita.
12. Still tak suka makan. dah tak tau nak buat apa bagi dia suka makan. macam-macam jenis masakan dah masak kat dia. tapi tetap nak susu je T_T
13. Dah kuat bebal. Kalau rampas apa2 dia duk kusyuk main, memang mengundang raungan tangisan yang kuat. hoho
haa tu dia nangis dengan tendangan padu
Jomssss layan gambar-gambar Helena.
Rina Hamid
Nak kena gigit Helena ni. Haha. Gambar jelir lidah tu cutenya lahaiiiii.
ReplyDeletehaha meh gigit meh. dia nak kena gigit dgn aunty comel dia on jek. huhu
Deleteawwww.. :) chomel je..
ReplyDeletethx dear. lama xnmpak renee kt blog. huhu
Deletehai helena!! yeahh tak lma lg boleh brjalan dahh..fuhh penat scroll pic, hehehe
ReplyDeletehaha gmbr terover byk. sory! :p
Deletealolo tomey nyer helena..
ReplyDeleteMuahh :)
Deletecomel sgt awk..melting auntie -- kiutttttnyaaaaa..ni buat x sabar nak ade baby girl plak-eh? adoi..luka cser pon perit ada hati nak beranak lg.haha..
ReplyDeletexpe ok. tgu lps 2 taun boleh la. kejap je tu. pejam celik pejam celik dah anak lima :p
Deletecomel sgt nihhh!!! meh tawan2 ngn abe nawwar meh. hehehe... mummy die pon cun haihhh.
ReplyDeletehaha nak kwn nti kena tgu bsar skit. boleh main2. skng helena xpndai main tau baling brg jek. ahahaha
Deleteabe nawwar pon masok menan lam molot je die reti. pehtu jerit2 nak menan org pulak. ehehehe...
Deletegeramnyaaaaaa ish..
ReplyDeletetp rina bila tgk helena mcm lg big girl drpd dhafea ja..hehe
dhafea last check up bln lepas 8.6kg ja x ngam dgn umuq hihi
toto ka blanket yg patch tu rina..? cantiknyaaa
dhafea dah umur brp eh? tp suria pn badan kecik jgak. so fair la dhafea tu kecik. ni kami dua2 bdan besar gemok gedempol tp anak halushhh.
Deleteyg tu cadar patchwork yg byk 0n9 shop jual tu. murah2 ja suria. bwh ofis juai rm100 ja king size.
rajin rina ambik gambar dia...amik pakai phone ke camera. comel sangat dia, gerammm. anak shida pun haluihhh walau suka makan
ReplyDeletehha terlebeh rajin. anak sorg mmg rajin nti dah berduyun anak xsmpt nak amek gmbr. hahaha. ni pakai hp n cam.
Deleteanak shida suka jgak makan. okela. helena xsuka makan. ssh nak pujuk die makan. huhu
comey ngat aih budak ni!
ReplyDeletehuhu bila orkid nak jumpa helena lg?
Deletebila nk ambik frame!
Delete