Friday, October 3, 2014

Happy 10 Months Old Helena!

Salam Jumaat,

Entry nak cepat sebelum pulang ke kampung halaman menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Tahun ni nak balik Penang. weeehooo! Sekali nak buat aqiqah Helena. Tapi tak dak kenduri bagai pun. Just buat ibadah korban je pastu bagi orang masjid makan. nak buat kenduri bagai duit tak cukup. wahahaha. sekarang strict saving untuk masuk rumah. lagi banyak nak pakai duit. buat yang wajib je dulu. haha



Sekarang Helena dah pun 10 bulan. Alhamdulillah dah besar anak mama. Makin membuas. kadang-kadang rasa letih melayan anak dara ni. huhu. tapi selalunya bersyukur sangat sebab always mengembirakan hati mama and abah. she is one brilliant girl.

HELENA'S TRIVIAS:

1. Dah boleh berjalan 5 ke 6 tapak. tapi jalan macam ketam. ni memang kelakar. Masa 9 bulan+ belikan Helena Vtech Push Walker ni. Lepas seminggu main dah boleh menapak 3 langkah. sekarang ni makin panjang la kaki dia. Tapi Helena ni gelojoh sikit. suka nak jalan laju-laju. tak sempat nak balance kan badan dah nak ke depan. so cepat lah jatuh. lama-lama dia jadi malas sebab asyik jatuh je keja nya.



2. Gigi sudah 4 batang. Gigi atas gigi kapak hokey. yelah mama dan abah dia pun gigi kapak. ofkos lah menurun kan. dahlah gigi kapak, pastu jarang pulak tuh.



3. Bila tanya saja "sapa sayang mama, angkat tangan?" dia laju angkat tangat. tapi bukan soalan tu je pon, asal bukak mulut cakap "sapa ......., angkat tangan?" dia akan angkat tangan jugak. hadoila. Husband tanya "sapa suka makan budu angkat tangan" pun dia angkat ok. 

4. Boleh respon dah bila kita babai, dia pun angkat tangan babai. Bila sua tangan salam, dia pun salam sambil cium tangan (sebenarnya dia nak tarik tangan nak masuk dalam mulut dia pastu gigit). Bila cakap "Good girl anak mama" terus tepuk tangan.

5. Suka sepahkan barang. Yang ni selalu buat mama marah. penat-penat kemas, tak sampai seminit semak. kalau weekdays tu lagila. waktu malam kadang-kadang dia tak tidor lg kita dah hanyut dulu. lepas tu sedar dia dah tidor, kita pun sambung la tdor. so tempat semak-semak dengan mainan dia dibiarkan sahaja camtu. 

6. At 10 months Helena dah 7kg dan 66cm. still pakai baju 3-6 bulan.

7. Kuat bersembang sambil menyemboq-nyemboq ayaq lioq. macam-macam cerita gosip-gosip terkini. layankan jela.


Layan pic Helena pulakss!














Ok peeps. itu je kot yang dapat diingat.

Selamat Hari Raya Aidil Adha! Ampun maaf dipinta ya.

Nak balik penang dah!

Ciao!

Rina Hamid

3 comments:

  1. seronoklaaaa dpt balik penang..heheh

    awk beli push walker tu berapa ye?
    nak cari jugak la..anak bujang dok berdiri tolak walker dia..bahaya kot.ishhh

    ReplyDelete
  2. CANTIKNYE BEG SWEET HOME TU, BL KATNE ye?
    aswanida_84@yahoo.com

    ReplyDelete