Tuesday, November 18, 2014

Part 3: Progres Rumah Kami

Salam,

Bersiaran kembali. Patut entry up hari ahad tapi tak sempat so publish harini.

Ok just nak cerita progres rumah dah di pertengahan. Ingatkan bab renovate rumah ni senang rupanya mencabar jugakla. Tapi tak boleh cakap apa sebab sy dah pilih Indon buat. So pahamlah bila buat dengan Indon ni bayar ikut progress dan tak ada black and white. so ada benda yang dia tak tulis tapi kita harapkan dia buat dan dah cakap awal-awal tapi dia tak buat. paham? So nak pesan pada sesiapa nak ambik Indon buat make sure dia tulis dalam buku dia dan korang pun kena ada buku sendiri tulis balik apa benda dia tulis tu. Silap kitorang laki bini biar je Indon tu tulis kitorang pun percaya je kat dia. Cuma satu bagusnya Indon ni, dia seorang yang jujur dan tak larikan duit kitorang. wahahaha. lepas tu tambah duit pun takdela banyak sangat cuma kitorang tambah lebih sikit untuk buat table top di dapur sekali.


Cuma satu part agak terkilan, dorang ni nak siapkan cepat2, padahal dah pesan orang wayaring boleh datang weekend je. Dah pesan jangan pasang siling lagi. tapi bila hari orang wayaring datang, tengok-tengok siling dah bertampal. waaaaa rasa nak nages okeh! Takkan nak mintak bukak balik? nanti kos bertambah sebab siling lama kena pecahkan dan ganti baru. kalau boleh bukak je tak pe. haiyaaaa, memang frust. So nak tak nak orang wayaring kena pasang cable kat luar dinding. so akan nampak la kat dinding casing wayar tu. nak buat camne kan. terpaksa redho. so pada sesiapa yang ada cadangan camne nak buat bg casing tu tak nampak sangat bila kat dinding eh? kalau boleh dinding nak biar kosong je. tak nak ada nampak casing tuh. huhu. demand ler plak.

serius pening pikir hal rumah. kitorang ni dahla bajet ciput. setakat mana nak save nak save la. nak renovate ni pun pakai duit saving laki bini. penat kitorang dah simpan selama setahun lebih. tetiba buat luahan perasaan pulak kannn.

nahla tengok progress rumah kitorang yang tak seberapa.


 Sebelum pasang siling. Kitorang pakai siling biasa je bukan plaster siling.




OK sekarang ni masih serabut pikir nak pasang lampu dan kipas bagi tak nampak casing wayar. hmmmm. any pakar wayaring ada suggestion nak pasang lampu dan kipas supaya tak berapa nampak casing? selain dari tanam dalam dinding? tqsm!

Bye.

Rina Hamid

2 comments:

  1. wow dah cantik la.. bajet berapa?
    sy ada dlu extend rumah macam ni la. dalam 10kaki x 22kaki dalam RM20k je.
    kontraktor tu kemas hasilnya. Kalau nak contact dia call la 019-334 5398.
    nama dia arif kalau xsilap.
    tq mencelah.

    ReplyDelete
  2. Waahhh....dah nk siap nmpknya ni kan.....bestnya...mesti x sabar kan rina.....

    ReplyDelete