Tuesday, January 6, 2015

Azam 2015

Assalamualaikum.

Dah masuk hari ke-6 dari 365 hari baru nak cerita pasal azam 2015.

Sebenarnya selama hidup ni, tak pernah sgtla ikot apa yg diazamkan itu. Selalu azam tapi tak pernah jadi buat pun kot.

Contoh tahun lepas, azam paling utama nak kurangkan shopping utk diri sendiri dan Helena, tapi lepas habis pantang, masuk ofis masa awal bulan 2, aku dah shopping bagai nak rak dekat bawah ofis. Tiap2 minggu shopping. tangan ni menggigil2 kalau tak beli barang. Itu baru bawah ofis, belum lagi on9. sampai kena marah dengan kakak2 senior di ofis sebab asyik shopping je memanjang. *sighhh*

So tahun ni, dah taknak berazam untuk tidak shopping. Go with the flow orang kata. wahahaha.

Tahun ni tak banyak azam. sebab baru lepas pindah rumah. penat woooo. semua azam tahun ni lebih kepada nak setel down hal rumah.

Azam-zam alaakazammm:

1. Nak bawak bekal datang ofis. sebolehnya untuk breakfast dlu. Lepas tu ingat nak bawak lauk untuk tengahari jugak. tapi pelan-pelan kayuh.

2. Tiap-tiap bulan nak buat curtain sampai complete semua bahagian tingkap di rumah. heheheh. mujur rumah tak besar mana. so far untuk living room dah siap, bahagian lain semua pakai yang lama punya yang mak bagi. hehehe. so bulan depan nak cari untuk master bedroom pulak. dan begitulah seterusnya. paham-pahamlah nak buat curtain ikot selera sendiri ni pun boleh tahan mahai oiii.

3. Mengumpul duit untuk beli perabot. Yang ni share kami laki bini. rumah kami sekarang still tak dak tv cabinet dan sofa. Meja makan dan kabinet dapur semua yang lama punya pun nak tukar. Bajet tahun ni nak complete semua. nak cari yang betul2 berkenan. Buat masa ni pakai yang lama punya bawak dari rumah sewa.

4. Nak rajinkan diri masak untuk suami dan Helena. Nak buat macam-macam. tapi harap2 Helena maula makan. Sebab sebelum ni semua benda masak spesel2 dan sedap semua Helena tak mau. pening pikir nak bagi makan apa. asyik2 nak bubur jek. boring makkk.

5. nak solat dhuha setiap pagi. Suami dah start lama dah, aku ni tak start2 lagi. haihhh. harap tahun ni rajin nak buat. InsyaAllah.

Ermm yang lain2 tak dak lagi. just to be a better person la kot. Harap semuanya dipermudahkan. Aamiin.

Rina Hamid

1 comment:

  1. Good Luck Rina..! i kans tiap-tiap niat nak solat dhuha tapi asyik terlepas kerana hal dunia :'(

    ReplyDelete