Friday, January 2, 2015

Our Crib : Islamic Printables

Assalamualaikum semua.

Dah masuk tahun 2015 pun kita. Alhamdulillah. tahun 2014 banyak dugaan buat Malaysia. Tapi dalam entry ni tak nak lagi cakap pasal tahun lepas, azam dan sebagainya. itu insyaAllah di entry lain.

Ok nak cerita, minggu lepas akhirnya dah pindah ke rumah sendiri. lega sangat rasanya. penat sakit badan semua tak hilang lagi. Mujur parents datang bantu all the way from Penang. mueheheh. rasanya kalau depa tak dak mau tak habis kemas sebulan. hehehhh.

Bila dah pindah masuk rumah, angan2 mendeco dah bermula. Tapi dengan bajet minima, tak boleh nak spend money on unnecessary stuff. Benda yang sy duk cari ialah frame Allah / Muhammad / Ayat Kursi. Tapi bila survey yang berkenan di hati (white frame with nicely printed patterns) semua mahai tahap boleh beli tv cabinet sebijik. bila survey dekat Nilai3, memang ada belambak frame2 dengan harga murah. tapi tak berjaya jumpa white frame.

End up sy plan DIY. Tapi sayang bila Google, tak banyak Islamic Printable yang available. Nak beli kat Etsy mahai jugak. Last2 sy edit sendiri sajokkk. Senang dan mudah dah paling penting tak habis duit ponnnn. Habis duit dekat beli frame saja. tupun frame beli dekat kedai RM2 size A4.



So far baru dua ni je dah print. sebab baru beli dua frame je pon. nanti nak cari satu frame size A3 pulak untuk ayat kursi.

Dan DIY untuk frame lain-lain, sila tungguuuu.

Tapi dengan seikhlas hati saya nak bagi printable yang sy dah buat sendiri ni untuk korang. korang nak pakai hambiklahh. tak mintak bayaran pon. semua ni sy buat untuk memudahkan korang nak print. Sj nak tambah pahala sikit2. heheheh.

Selamat DIY ya! So far ini je dapat dihasilkan buat sementara waktu. sebab busy kan. tak sabar nak beli frame letak kat dinding rumah. hehehh.













Ada masa nanti sy buat lagi untuk lain2 pulak oke.

P/S: Kalau korang nak tambah pahala jugak boleh la share printable ni ye. benda baik buat apa nak caj kan. hehe

Rina Hamid

6 comments:

  1. Thanks for the idea Rina. Ni dok pening jugak nak masuk rumah baru. Bukan sikit-sikit duit yang nak pakai rupanya. huhu. Tapi dalam hati dok pasang angan-angan nak men-deco rumah jugak. hehe. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu. byk pakai duit. tp kite slow2 la eh. sy pn berbajet jgak. xbole spend byk sgt. target sikit2 dlu. hehehe.

      Delete
  2. Alahaiii. Baiknyaaa hati kak rina. Nanti kita nak amek eh eh. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. save siap2. nti msk rmh sndiri sng boleh trus print. hehehe

      Delete
  3. Hehe tula. excited duk rmh sndiri. tp kena start saving blk sbb fulus dah terbang.hihi

    ReplyDelete
  4. bestnyaaaaaaaaaaaaaa..cantikk..bile nk dpt beli rumah ni

    ReplyDelete