Wednesday, April 1, 2015

Marilah Menabung Dengan Bijak

Assalamualaikum,

harini 1 April, hari yang paling diingati rakyat-rakyat Malaysia sebab GST.

GST memang meyusahkan rakyat terutamanya kepada rakyat marhaen macam sy nih.
Nak buat camna komplen pun still kena hadap jugak. pongpangpongpang kat fesbuk pun barang tetap dikenakan GST.

Macamlahh golongan atasan tu nak mendengar suara kita. ye dop?

Tapi alhamdulillah rata-rata tengok orang zaman sekarang dah bijak shopping secara berhemah dan dah pandai saving. Tak kira lah saving tabung haji, ASB, masuk insurans dan sebagainya kan.

So kat sini saja nak share cara sy saving. Benda ni ramai dah orang buat pun. iaitu menabung dalam tabung. tapi sekarang ni dah femes yang saving duit note RM5 dan RM20 tu kan. tapi untuk sy lain sikitla.

Sy banyak saving duit syiling, duit note RM1 dan RM5 dan kebanyakan save di ofis. Make sure lock drawer / bilik kalau nak save kt ofis. hehehe. Sebab sy prasan la, kat ofis la paling banyak penggunaan duit. Tambah-tambah lagi kt bawah ofis ada macam-macam jualan. tu jualan bawah ofis, tak masuk lagi jualan-jualan kawan2 ofis. duit ni macam air je keluar. hahaha. tapi dah nekad tahun ni untuk kurangkan shopping and more savings!


So setiap kali beli makan ke apa, dapat duit balance terus masuk dalam botol ni.



Tu gambar google jela. Gambar betul sy saving pakai bekas bawah ni jer.

Recycle tin biskut je. ahaha

So bila duk letak-letak, hujung bulan excited kira. Start buat ni dari October tahun lepas kot. takpun November. tak ingat. Dalam sebulan bolehla dapat dalam RM250-300.

Tapi pernah sekali dapat RM350. tu pencapaian terbaik so far. Alhamdulillah. Cepat2 masukan dalam Tabung Haji.

Oh yaa tabungan ni tak masuk lagi saving sendiri ke Tabung Haji tau.
Sebab untuk Tabung Haji dah target RM500-600 sebulan.

So termasuk yang ni bolehla dapat dalam RM800 sebulan saving. bolehlaaa sikit2. semua pun untuk masa depan.

 budak kecik ni pun sebok nak kira duit syiling

So untuk korang yang nak mencuba, silakan ok. Sehari wajib masukan jugak sikit. At least sen sen pun ok. Orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit. harap semua berjaya buat saving ok.

Yela nak lawan kerajaan dah tak boleh. nak taknak hadap jugakla GST tu. tapi kita pun kena jadi pengguna bijak. nafsu nak shopping kena kurangkan. beli barang keperluan saja sekarang. hehehh

Sekian, nasihat dari sy yang semakin gigih saving. tapi ada time mengigil nak shopping jugak.

Love,

Rina Hamid

8 comments:

  1. sy pon dah start menabung dari duit lebih2 beli makanan kat cafe kak.. kalau tak buat macam tu, memang tak kan ada nak menabung punyeee.. hahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa bagus3. betul tu mmg kena smpan skit. skit pn jadila kan. brg2 sume makin mahal skrg ni. gaji pulak tak naik2.

      Delete
  2. saya simpan RM5 dengan sehari singgit.. syiling berguna kat saya sebab bayar parking.. hee~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bagusla. tahniah ye. smoga berjaya kmpul byk2 ye.

      Delete
  3. Wahhh banyak jugak hasilnya tu rina.....sampai dekat rm200-rm300.....respect2....dari duit syiling lama2 leh jadi duit kertas.....tulaa, kalau cakap pasal gst ni mmg blh sakit hati, sakit otak....aiihhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt liza. gst ni mmg stress sgt. semua bnd tetiba naik hrg. haihhh. gaji2 xde plak nak naik kan T_T

      Delete
  4. kat rumh dah penuh tin biskut pinpong tu..
    hasil duit laki. tau lah org laki kan...tak pernh guna duit syiling.. rasanya lepas ni boleh guna kot.. buat bayar gst..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba kira duit tu brp. knfem byk. hahaha. buat bayar parking pun ok.

      Delete