Thursday, May 14, 2015

Our Crib : Sesi Beli Sofa Baru

Salam,

Lama tak bersiaran rupanya. Biasalah kekangan masa. Every weekend mesti ada hal dan aktiviti. weekdays toksah cerita la. lagila busy.

Last weekend, finally husband tetiba ajak pergi carik sofa. wahh seronot please. sebab kitorang tak pernah beli sofa. yang ada kat rumah kerusi panjang yang orang bagi. tapi kerusi tu macam tak berapa kena dengan tema rumah. kekeke.

Dah alang-alang cari sofa, husband suruh beli sekali almari dan tilam. tapi rangka katil tak beli pun lagi. tunggu next time pulak. Since dressing table pun dah ada. kitorang memang tak cari yang set. Almari pun ambik yang lebar 5 kaki X tinggi 6 kaki sahaja. dan yang penting aku nak lemari sliding door anti jump color mesti putih dan pintunya full dari atas ke bawah cermin. wakakaka. ai kan memang suka cermin banyak2 kat rumah. tapi gambar takdak sebab tengok dalam katalog jek.

Cerita pasal sofa balik, kitorang pergi survey di kedai-kedai perabot dari Salak Tinggi ke Dengkil ke Bangi ke Cheras ke Puchong dan akhirnya beli di Bangi. Proses nak survey makan masa dua hari ye anak2. Bermula dari Sabtu tengahari sampai lewat petang, pastu Ahad sambung lagi dan decide beli di kedai perabot kat Bangi. Tapi tatau la kedai tu Bangi di area mana. biasala laki yang drive ai mengikot jek. Tapi kawasan tu memang sederet la ada kedai perabot. kalau tak silap sebelah kedai kitorang beli ada kedai Cavenzi jugak.

1st day survey



2nd day survey

Bila dah masuk berpuluh kedai, mesti la rambang mata. itu nak ini nak. tapi bajet rendah je. hahaha. gambar memang sampai beratus jenis sofa sy ambik. tapi malas nak upload pulak sebab banyak sangat. sampai kitorang dah jadi confuse nak yang mana.

Bab pemilihan sofa kitorang antara fabric or material PU je. Kalau jenis kategori material PU, dia bawah sikit dari Casa Leather dan atas sikit dari PVC. Kalau nak beli PU dah decide mesti putih or krim. hahah. tapi memandangkan sy ni sedikit pemalas, terpaksa tolak pilihan material PU warna putih sebab nanti cepat kotor dan warna mesti jadi kuning cepat. Kalau orang rajin takpa la nak ngelap hari-hari.

So kitorang dah decide pilih sofa jenis fabric. boleh bukak cuci dan basuh. Color idaman is fuschia or purple terung. kakakaka.

Color pallet nak ikut tema rumah yang banyak fuschia and turquoise

Lepas dah jumpa yang berkenan since kitorang pilih jenis fabric kena pulak pilih color yang berkenan. Bab color ni ikut suka kita nak campor mcm mana. Since tema color rumah banyak krim, turquoise and fushcia, kitorang try main seangkatan dengan turquoise fuschia dan krim. Tapi corak kat kedai tak berapa menarik. Warna banyak cuma nak la bantal tu corak modern sikit kan.

Ni gambar lama. Masa Helena 10 bulan kot. heeee. Saja-saja g survey perabot berkenan kat sofa ni.
Abaikan husband yang buat kedai perabot macam rumah sendiri.

 Kebetulan kat Bangi ada pulak sofa sama macam kitorang berkenan dlu. Memang terus book tanpa berfikir panjang cuma warna bukan yang ni.

 Tengok time ni Helena dah belengaih habis. sebab kitorang ambik masa sikit duk kat kedai ni so dia pun apa lagi, berlarian ke sana ke mari. baju pun sampai terangkat.

 Pemilihan fabric. Body fuschia, piping cream, bantal sandar combination cream and corak bunga tu. corak bunga tu ada both fushia and turquoise.

Ok tak sabar nak tengok end result. risau jugak kalau warna macam kellllliiii**. hahahah.

BTW, husband mulanya takmau body fuschia. dia asyik cakap warna fuschia tu pink. pastu dia takmau pink. Mujur pekerja pakistan tu back up aku. dia siap cakap laki aku tak pandai main warna dan tak pandai pilih color. hahahhaa.

Yeahoo sebab menang.

Now, tak sabar tunggu sofa baru nak sampai. weeeee!

Rina Hamid

10 comments:

  1. Wahhhh......rina beli L shape ea.....mesti lawa combination kaler tuu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dapat. weee. tp asben xsuka sbb dia asyik cakap kaler pink. hahha

      Delete
  2. kalau xkeberatan blh tau hrga sofa mcm ni brp sis rina? sy pun tgh survey sofa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm 2k lps tawar menawar. klo hrg dia display rm2399.00. slmt mncari sofa ye.

      Delete
  3. rina cantik jugak combination tu..
    eh purple tu cantik lah, mcm purple manggis. nak carik jugak sofa tp tahun depan je la hahhahahahahah

    ReplyDelete
  4. ingatkan saila je cari L shape..hehehe! cantik cutting sofa tu rina..xrugi beli. wish me luck jugak mencari sofa area KL pleaseeeee..love you in advance haha!

    ReplyDelete
  5. cantik sofa purple manggis tue.. ape name kedai perabot tue...berapa harga

    ReplyDelete