Wednesday, September 11, 2013

29 weeks Check Up

Salam,

* Sebelum tu korang ada masalah tak nak komen dekat blog ni? sebab received few emails cakap tak leh komen. Kalau tak leh do emel me. nanti sy check. Thanks!

Semalam dah p check up dekat SDMC. First time pergi sorang-sorang. Sebelum ni laki bawak. Punyalah awal keluar. Seawal pukul 6am. Dengan bantuan Waze alhamdulillah sampai ke destinasi dengan selamat. Waze memang penyelamat. Sy ikut highway LDP. By the time sampai depan IOI Mall tu memang jem jugak tapi mujur jem yang bergerak. Bukan jem lekat. Pukul 7am dah sampai. Tu sebab jem. Kalau tak jem 40minit boleh sampai dah.

Ramai jugak tegur kenapa pilih hospital jauh? Bagi saya tak dak la jauh mana. Nak dibandingkan dengan panel-panel hospital lain semua pun jarak lebih kurang. Antara 35-40minit. Yang paling dekat Hospital Putrajaya / NCI Hospital / Azzahra. Tapi Hosp Putrajaya sy reject sebab selalu penuh. NCI Hospital dan Azzahra pulak tak cukup facilities. Hosp yang tak cukup facilities selalunya senang nak transfer ke hospital lain kalau ada complication. Bukan nak mintak ada complication tapi sy tak nak lah kena transfer sana sini.

Sy plan nak pergi Hospital Annur Bangi. Yang ni dekat jugak. Tapi bukan dalam panel company. Dan hospital panel lain-lain semua memang jarak sama ke SDMC. Baik pilih SDMC sebab baca review banyak orang cakap ok. Cuma harap time nak bersalin tu bukan peak hours. Doa banyak-banyak bagi sakit nak bersalin waktu tengah-tengah malam buta atau bukan peak hours. huhu


Rasa macam tak matching pulak tudiung dengan baju. haha

Ok dah pasal yang tu. Nak cer pasal check up semalam. Sampai turn pergi urine test, GDM test dengan blood test. Ambil berat dan pressure. Berat dah naik 2kg! so overall berat naik dari awal kehamilan sampai sekarang ialah 5kg. So far Dr. Tang cakap normal sebab badan sy memang besar pun kan.

Lepas tu pergi scan. Paling suka part scan. Masa baring tu memang aktif sungguh la anak ku sorang ni. Duk dung dang dung dang dalam perut. Alhamdulillah baby sangat aktif. Yang paling happy dengar uri dah naik dan baby tak songsang lagi. Last check up uri masih kat bawah dan still songsang. So Dr. Tang cakap boleh proceed dengan normal delivery. Doa-doakan semoga baby tak dak masalah sampai la bersalin. Takmo czer. huhu


Tengok gambar scan kat atas. Tangan baby duk camtu gaya posing ala model. Laki sy cakap duk melangut fikir masa depan. Kalau ikut scan baby sy kecik sikit dari tarikh sebenar. Patut 29weeks 2 days. Tapi ikut ukuran scan baru 28weeks 5 days. Beza beberapa hari. Dr. Tang cakap baby dah almost 1.1kg. Small size sikit tapi baby tinggi. Kalau ikut genetik sy dan suami memang tinggi la kot. Alhamdulillah so far semua ok semalam. Sembang dengan Dr. Tang pasal baby. Macam-macam sy tanya. Soalan bodoh pun dia layankan jugak. So far dua kali session dengan dia ambil masa 30-40minit.

Repeat supplement macam biasa - Dr. Tang biasanya akan bagi Obimin, Neurogain dengan Calsium.

Semalam ingatkan lepas check up nak la pergi klinik dekat dengan rumah untuk scan 3D/4D. tapi klinik blackout pulak dah. Klinik lain tak tau jalan nak pergi. So tunggu hari lain pulak la. Sebab doc cakap paling elok nak buat 3D scan masa 27-29weeks. Nanti baby dah besar tak nampak dah.

Harap-harap semua dipermudahkan. Sekarang ni duk tunggu panggilan dari SDMC untuk result darah dengan result air gula. Nervous pulak nak tunggu panggilan. huhu

Love,
Rina Hamid

21 comments:

  1. setiap kali lepas scan, mesti i menangis, MOTIF sebab rasa macam tak percaya ada baby COMEL dalam perut :), dah nampak jantina ke..? tengok perut macam girl eceh eceh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah u. i pun mst otomatik air mata mengalir. hepi sgt dpt tgk ada nyawa dalam perut. huhu. dah nmpak jantina. tp tgu keluar dlu baru bole knfem. huhu

      Delete
  2. boleh pulak wish bersalin tgh2 mlm buta eh..ehehehehe! tp btl jgk..kalau peek hour tu yg mcm2 sikit tu..huhu. comel perut rina..baju mmg meriah so nmpk happy je nk check up :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tula hrp2 cmtu la. nak kena pujuk baby keluar bukan waktu jem.

      Delete
  3. alahai bestnya scan nampak, shida 9 bukan klinik ibu dan anak akat umah tak pernah nampak baby sbb dia punya scan tu sgtlah low quality dan gambar blur. siap doc dok tunjuk tapi shida tengokla tapi sbnrnya x nampak apa-apa...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpela xnmpak pun shida. dah selamat pun keluar baby kan. heee. comey jek :)

      Delete
  4. Rina. I pon 29weeks. Bile ur due date? Mine 25th Nov. Kalo i bersalin kt SJMC macam ada potensi nk jmpe je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. i ujung nov. kite beza beberapa hari je kot. heheh. sbb period x regular so kena ikot ukuran baby nak tau EDD. u slalu appointment hari ape?

      Delete
  5. blogwalking..hehehe..
    awk..awk..comel2 baju awk pakai time preggy.
    beli kat mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. thx. beli kt gerai2 bawah ofis jek. xpun brand2 korea yg baju besar2 tu. xbeli pun pakaian ibu ngandung. hehe

      Delete
    2. tula..sy pon x reti pakai baju pregnant..pakai blouse biasa or shirt je..susah betul nk cr yg kiut miut mcm awk nye baju..

      <3

      p/s:awk nanti nak checklist brg baby tu boleh?

      Delete
    3. boleh2. bg emel awk ye. nti sy emel kan.

      Delete
    4. yeay!
      roszaril@gmail.com

      thanks awk <3

      Delete
  6. Haha tapi kadang ramai gak yang sakit tengah malam, tapi nak bersalin take time gak, bukan hantar hospital 10 minit dah nak terus kuar hee tapi selalu tertipu dengan drama tv, macam senang dan cepat je nak bersalin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul2. lgpun org ckp anak pertama selalu 12 jam kan baru nak buka bukaan. just doakan semua dipermudahkan. hehe

      Delete
  7. Rinaaa...kt pon selalu sgt problem nk komen kat blog rina...dh komen, komen hilang lah...pastu kt selalu x leh nmpk komen2 org lain kat blog rina...kira mcm xde org yg komen laa..padahal ada je komen....nape nth...kt dh tuko2 browser pon ttp x leh...huuhu...

    Masa rina wat antenatal checkup ni dia x wat scan 3d and 4d ke...? selalu dia org buat n print kan...tulaa...harap2 lah bersalin normal kan...semoga Rina jgk dipermudahkan...Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke liza? ni liza try komen byk2 kali ke? huhu. tula kt hospt nama je mahal tp xde 3d 4d scan.uhuhu. ade 2d scan jek. aamiin :)

      Delete
    2. Emm....taip n refresh byk2 kali...kdg2 boleh kdg x...ni pon x taula boleh ke idok....hehe....oo yeke...selalu private mmg dia scan terus 4d...maybe utk certain2 kes je kot kat SDMC bg scan tu...hehe..

      Delete
    3. haah boleh jadi la. tp ms tny doc tu die ckp mmg xde scan 4d. cikai betul la. hhahaa.

      Delete