Last weekend patutnya family dari Penang meh sini. Tapi anak sedara sy yang comel itu kena demam campak pulak. sedih ok. tak dapat jumpa my parents. huhu. Lagipun doc pesan jangan dekat dengan orang kena campak. bahaya untuk ibu mengandung dan bahaya kat baby jugak. So family sy cancel plan datang ke sini.
Kebetulan my BFF si Nuraihan Karim yang gila2 turun KL jugak. Abg si Raihan ni buat birthday party anak dia and jemput sy pergi. So apa lagi, dah hampir setahun tak jumpa. Nak lepas rindewww.
Keluar rumah awal dengan niat nak lunch sekali shopping barang baby. Kebetulan sabtu lepas ada Baby Fair dekat Sogo dan PWTC. Dua2 rembat nak pergi dalam sehari okeh!
Finally dah nampak perut kan? heheh. Time ni 30weeks!
Amaigad lagi 10weeks nak beranak!
My BFF
Lepas je makan, sy dengan suami terus pergi Sogo. And paling mengejutkan Sogo tak sesak pun. jalan pun tak jem. Bahagia je kitorang laki bini cari barang. Actually orang ramai tu tetap ramai, tapi tak seramai sampai berlaga-laga bahu. Boleh kata ibu-ibu ngandung boleh jalan dengan selesa laa.
Banyak jugak barang diangkut di Sogo. Lepas tu pergi PWTC pulak, rupanya PWTC lagi murah dari Sogo. Time tu memang agak frust jugak. Paling frust beli tilam baby jenis latex tu. Kalau harga kat luar RM179.00. Dekat Sogo promo RM127. Sekali pergi PWTC RM109! Tapi dah beli dekat Sogo nak buat macam mana kan. Redha2. Tapi ada jugak barang kat PWTC yang lagi mahal dari Sogo.
*Sorry takdak langsung gambar diambil dekat Sogo or PWTC sebab semangat cari barang memang tak keluarkan HP langsung*
Antara barang dibeli. Beli2 terus letak jek dalam bilik. Malas nak punggah dan susun satu2.
Time nak pakai baru nak bukak. huhu
Total kehabisan duit bodoh-bodoh pun mau RM600. Untuk barang basic tanpa beli sehelai baju pun lagi. Tupun banyak lagi tak beli! Sabun-sabun mandi, lotion, sabun basuh baju baby dan segala bagai keperluan belum beli pun. Memang mahal betul barang baby ni. Tapi tak apalah demi anak sulung. Anak kedua ketiga dan seterusnya nanti semua recycle jek balik. Ni pun banyak mak dah sponsor dan recycle barang2 kak ipar. Kalau tak mesti lagi banyak duit habis T_T
Tiba-tiba letak pic sendiri. Sebab nak tunjuk gambar edit pakai Camera 360.
Jakun sat pakai hp baru.
Tengok flolessss tak muka ai??
Dah pergi alamanda teringin pulak nak buat meatball dengan burger bakar sendiri. beli daging cincang. balik-balik ber'dinner' western kami laki bini. Tapi roti burger lupa lak nak beli. Pakai Gardenia sudehh.
Meatball yang tak berapa meatball sebab tak berapa membulat.
Nyum2. Resepi nanti saya share di post lain ok!
BTW, nak tanya korang yang dah beli barang baby, sy tengah mencari latex baby pillow macam pic di bawah:
Kalau korang ada info nak beli dekat kedai online sila inform ye. Kedai biasa tengok macam mahal. Nak try survey on9 plak. So far jumpa dekat Little Whiz tapi dah sold out pulak. Help me ya!
Thanks!
Love,
Rina Hamid
preggy pon comey la awk ni. take care ya.
ReplyDeletehehe kan pakai camera360 tu. jgn pecaya kt gmbr :p
DeleteWah banyak gak shopping sampai 600 abis, dija rasanya macam dah lengkap je, tak ade ape nak beli dah kot. Macam dah bersedia kononnya hee ce tgk kat facebook marissa shop ade tak jual bantal tu, kat situ banyak jual barang baby gak♥ dapnya beger terliur pulak
ReplyDeletetak habis lg ni. bby oil, lotion, body wash, detergent n mcm2 lg xbeli. huhu. maternity bra pun belum T_T
Deleteok2 nti sy tgk marissa shop tu. thx!
cantiknya mommy ni. berseri-seri muka. nanti share tau resepi haha
ReplyDeletecha muka beseri sbb edit pakai camera360 tu. cuba jumpa kt luar. mst u xcam nti. hahaa
Deletebaju baby x yah beli byk2 wak.nanti org dtg melawat,insyaAllah dpt baju.huhu.lgpn baby cepat besar.nk beli pn beli yg umo 6m n above..
ReplyDeletehehe mmg xbeli pun. sbb recycle anak2 kak ipar pny jek. nak beli pn xbrani sbb tkut kuar berlainan jantina dari doc scan. so tgu dlu la. hehe
Deletejap je da 30weeks ek..glowing sgt muka rina ^^
ReplyDeletehehe kn kt pic da ckp pakai camera360. muka x mekap pun sebetulnya. sng ada camera360 trus nampak glowing. hahhaa
Deletebestnya..beli brg baby..sy satu pon tak start lg..ok fine..baru 26w.
ReplyDeletesobs..
hai sis..cantiknyerr sis suka sy tgk ngeeee...mgkn sis dh bersalin agaknya harap semua baik dan sihat ye..nak share something tuk mom's to be dan jugak mummy2 kat luar tu harap sudi2 lah jenguk ye..thanks
ReplyDeleteblog : vitamingojes.blogspot.com
https://www.facebook.com/vitaminsbeauty