Nak update on latest check up. Semalam pergi SDMC dapat no pertama. perghh bangga gila. sebab pergi tak pernah tak ramai orang. pergi awal pagi pun selalu dapat no 3 or 4. semalam sampai-sampai sorang pun tak dak. Time tu cakap dalam hati yelah 24 Oct birthday aku so rasa bertuah la kot masa hari jadi. haha.
Sekali lepas registration, nurse inform Dr. Tang ada dalam operation theatre. Terpaksa lah menunggu lama. Pukul 11.00am baru dapat jumpa ok. Mujur la sy nombor 1st, kalau tak mau tertidur depan bilik Dr. Tang. Tapi sebelum jumpa Dr. Tang tu pergi buat CTG test selama 30 minit. At least tak la rasa lama menunggu.
CTG Test ni kena buat nak tengok heartbeat baby, baby movement and contraction semua ok ke tak.
Lepas dah dapat jumpa Dr. Tang, scan macam biasa. Semuanya normal. So Alhamdulillah anak mama sihat. Cumanya baby masih underweight. Tapi Dr. Tang cakap as long baby aktif dan lain-lain dia check semua ok then tak dak apa yang perlu dirisau. Cuma dia cakap sekarang maybe sy bukan di minggu yang sepatutnya. Meaning sebelum ni kan sy sepatutnya 35weeks tapi baby sy is between 33 to 34 weeks. Kena extend pulak EDD. tu part paling tak best. dahla sy nak baby keluar cepat2. Ni terpaksa la menunggu lagi 1st or 2nd week December plak. Haih. Tapi tak apa lah as long baby sihat kan.
Sekarang ni every week dah start kena pergi untuk buat CTG test. Dr. Tang nak pantau tiap-tiap minggu sampai bersalin.
Kali ni check up sekejap je dengan Dr. Tang. Sy sendiri tak mau ambil masa lama-lama sebab kesian dengan patient lain tunggu lama.
Tengok perut sy bukan main besar. tapi baby kecik. Semua makanan dapat kat mama dia jek. hahaha
Happy birthday to me! Gambar bawah ni sambutan birthday dekat ofis Isnin baru ni. Buat sekali dengan birthday staff lain tapi sy yang lebih-lebih ambil gambar sorang-sorang. muehehhe~
P/S: Tiba-tiba rasa dah tua T_T
Love,
Rina Hamid
happy besday awk!
ReplyDeletehihi..betul la, tetiba perut besar kan?
ape2 semoga dipermudahkan semuanya..
tak sabar nak tengok ur baby. mesti comel mcm ibu dia hehe
ReplyDelete