Friday, November 1, 2013

Perihal Bayi dan Penampilan Diri

Salam,

Cepatnya masa berlalu. Dah November! ya Allah nervous ok masuk bulan ni. haha. padahal tak sabar tunggu sebab nak bersalin. tak sabar nak tunggu baby keluar secepat mungkin tapi perasaan takut nak beranak tu buat iols nervous. kawan-kawan doakan sy mudah bersalin dan baby keluar dengan selamat dan tiada komplikasi ye. tolong support sikit. hehe



Tak tau lah baby ku ini akan jadi November Baby or December Baby. Sebab due date asyik berubah jek. Tapi hopefully keluar this month! at least bagi cukup 37-38weeks. Walaupun orang kata anak pertama ni selalu lambat, tapi still hoping baby nak pop out awal.

Err sebenarnya topik harini nak cakap perkembangan bayi dan penampilan diri semasa pregnant.

Baru-baru ni pergi buat CTG test lagi dekat SDMC. memang tiap-tiap minggu kena buat.

Ni lah lebih kurang report yang keluar lepas test tu.

Tengok masa awal-awal, baby tengah tidoq kot. lepas tu baru aktif bergerak sana sini. setiap kali gerakan kena picit menatang pa tah yang medical officer tu bagi. so far alhamdulillah my precious baby memberi kerjasama yang baik sepanjang test ni. Next check up next week pulak. 

Soal penampilan diri pulak, sepanjang-panjang mengandung, sy sangatlah malas menjaga penampilan semasa awal kehamilan. dah masuk 2nd trimester, rajin sikit jaga tupun lebih pada malas. now 3rd trimester pun lebih kurang la. weekdays masa kerja memang pemalas langsung nak mekap. hanya bedak blusher sikit dan lipbalm. tapi time weekend nak jalan-jalan dengan suami, kan main melawa. tapi suami pulak tak suka. dia suruh pakai macam p kerja saja. 

Penjagaan muka pun dah tak berapa jaga sangat. dulu macam-macam beli sanggup habis ratus-ratus untuk set skincare facial dan macam-macam. tapi dah mengandung ni satu hal pemalas nak jaga, satu hal lagi bab duit. bila nak ada anak ni kena lah saving betul-betul. banyak duit nak pakai wooo. walaupun banyak barang sy recycle kak ipar punya jek, tapi barang-barang basic still kena beli sendiri. dekat situ pun bodo-bodo mau dekat RM2k. tu benda basic ja tau. mujur la playpen, carseat, stroller n benda2 gaban tu kak ipar pinjamkan dia punya dulu. baju pun recycle. sebab benda paling rugi beli ialah baju. baby kan cepat besar. lagi satu lepas bersalin confirm orang ramai akan bagi hadiah baju. itu dah pasti. 

Selesai dah proses mendobi baju. tengok tak banyak pun kan. ni jela stok baju newborn yang sy ada ihsan dari kak ipar yang baik hati pinjamkan. hehe

Ehh sambung balik pasal penampilan diri. pasal penjagaan muka, sepanjang preggy sy elakkan apa-apa produk yang ada chemical. ehh tapi dari dulu pun dah pakai organic skincare. so bab tu tak kisahla. even facial pun pakai home remedies. pakai madu, gula merah, lemon, tomato, telur n so on. cuma masa preggy semua tu tak buat. sebab kemalasan. 
unedited pic. pakai moisturiser, sun cream, blusher n lipbalm jek.

ada setengah orang cakap muka sy tak berseri masa preggy, ada yang cakap berseri. hahaah. tahla. sy rasa sama je macam sebelum preggy. tak dak beza. mungkin perasaan dorang je kot. ada time tak mekap langsung ni dah rupa hantu kak limah (ni laki sy kata). tambah-tambah dekat rumah dengan rambut panjang mengerbang. hahaha

bab badan, dari 1st dan 2nd trimester berat hanya naik 3.5kg jek. sekali dah masuk 7 bulan, mendadak naik dengan jayanya. dalam masa sebulan (dari 7 bulan ke 8 bulan) naik 4kg terus! lepas 2 minggu selepas tu naik 3.5kg! so sepanjang dah 35weeks++ ni dah naik 11kg. lg almost 5weeks to go. walaupun beratku naik dengan mendadak, baby is still underweight. tapi its okela as long semua healthy. Doc pun cakap at least baby 2.5kg dah ok. sekarang at 35weeks++ berat baby dah 2.1kg.



Sy rasalah, punggung sy sekarang ni yang makin naik mendadak compare to perut. camnelahh nak bagi turun nanti. riso2. hehehe

pemakanan supplement buat sementara ni ambil ni jek - Jus Qaseh Gold (refer link sini), Olive Oil Concentrated (ganti vitamin C sebab orang cakap masuk 32weeks amalkan makan Olive Oil), Neurogain, Obimin, Calsium.


P/S: Siapa ada link untuk beli girdle yang boleh kecik kan paha dan punggung? boleh tinggalkan komen ye. huhu. Tapi pesan awal-awal takmau Premium Beautiful atau apa2 brand yang semahal PB. sekian.

Rina Hamid

5 comments:

  1. wah ekcited pulak tengok org dh nak bersalin. hope smuanya ok saja ye :)

    ReplyDelete
  2. bersenam lepas bersalin u, hihihi

    Eh perut COMEL, rindu masa pregnant dulu

    ReplyDelete
  3. Rina,xyah payah girdle pn..nnt pakai bengkung smpai bwh punggung..insyaAllah blh kembali asal..tp kene rajin pakai ari2 la mse pantang tu..hehe

    ReplyDelete
  4. Semoga rina selamat bersalin dan baby pun sihat walafiat. teringin nak pregnant wpn br 3 bln kawin. hehe

    ReplyDelete
  5. rasanya haritu rina update,kecik je..skrg dah nmpk dahhh..hehe :)
    semoga selamat semuanya ya rina, amin :)

    ReplyDelete