Wednesday, March 26, 2014

Happy 4 Months Old Helena!

Salam,

Cepat masa berlalu. baru je rasa 25hb bulan lepas at 3 bulan and harini Helena dah 4 bulan. ok sangatlah teruja sebab time 4 bulan ni la seronok baby dah mula banyak main, gelak-gelak, golek-golek and so on.

Ok sebelum cerita lebih lanjut pasal Helena milestone, sy nak ambil peluang ni untuk mengucapkan takziah pada keluarga mangsa Flight MAS MH370 yang berakhir di Lautan Hindi. Susah sangat nak cakap pasal ni. Ramai sangat manusia cakap teori itu ini, pastu macam-macam spekulasi. Ramai nak tunjuk hebat tahu itu ini padahal search dalam internet jek. I choose to remain silence and not commenting any of this issues. Serahlah pada yang pakar sebab they know better than us. Sabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Allah maha mengetahui. Marilah sama-sama kita berdoa meminta Allah tunjukan jalan yang benar.



ok enough of that. Now nak story pasal Helena. heheh. Cer tengok header blog ai yang dah berubah. ok sebelum-sebelum ni header sebelum kahwin macam ala indie and artistic sikit, lepas tu dah kahwin pakai gambar baju akad nikah, now dah ada anak pakai la yang tu pulak. ok tak header tu? cantik tak korang rasa? bagi ahkak santek la jugak (puji diri sendiri).

HELENA'S TRIVIA:

1. Skill paling ketara ialah boleh meniarap pada usia 3 bulan 10 hari. Tapi time ni duk gagap-gagap lagi. 3 bulan 15 hari baru konfiden meniarap. asal letak je menerap, letak je menerap. sampaikan kalau terlentangkan dia balik dia bebai dan marah sebab dia nak meniarap jugak.

 Muka kan main happy sebab dapat meniarap. 
Gambar dari pengasuh

2. Dah boleh pegang menan (mainan). Time dah dapat skill meniarap tu sama hari jugak boleh pegang menan. lepas pegang terus masuk mulut.


3. Pandai buat muka sebek. Masa 3 bulan kebawah tak pernah tengok dia sebek. kalau nangis, nangis je terus. tapi sekarang dah pandai nak merajuk kalau tak angkat / layan dia.

4. Dah boleh hisap ibu jari. Sebelum ni satu penumbuk nak masuk mulut. sekarang dah ok sikit masuk ibu jari atau jari telunjuk. jadila janji jari kena mulut terus boleh lena sampai ke pagi.


Tengah melayan perasaan hisap jari

5. Seminggu sebelum 4 bulan dah boleh angkat punggung. Percubaan nak merangkak / ngesot. mentang-mentang bontot kecik. tak sabar betul nak merangkak yer.

6. Kaki dah kuat. Kalau pegang tu asyik nak berdiri. 

7. Suka tarik spek mata mama! kalau duk main dengan dia tangan tu laju jek tarik spek mata. dahla spek mata ni dah berjasa semenjak zaman uitm (9 tahun wooooo). Pastu baju kain pipi mulut semua suka tarik jugak.


With cousins


Bila pakai headband baru nampak macam perempuan. kalau tak nampak sebijik laki. huhu

Mama loves you Helena! Mmuaaaahhh!

Gelak besar nampak gusi tapi gigi takdop.

Rina Hamid

16 comments:

  1. Cantik header akak.. Sy suka :)

    Ya Allah kenapa awal comil sangat ni Helena..
    Geram nye antieeeee..
    Rasa nak kiss kiss je.. hihihihi :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh nanti jgn lupa jemput akk g wedding rina. nanti akk bwk helena okehhh! (muka xmalu mintak dijemput g kenduri T_T)

      Delete
  2. homaiiiiii..helena chomellll :) nak baby mcm helena jugaks :D
    gmbr melayan perasaan tu kita paling geram..g kat dia pastu cium kuat2..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa ok2. dah peluk cium kuat2 utk saila. nanti dlm tidur saila mimpi dia dtg. hehhhe

      Delete
  3. helena is ur husband version perempuan (T_T). but she very cute. dah 4 bulan ye, cepat kan masa berlalu...hihi. comel header blog, buatkan utk shida jugak...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. shida, memang pun! 100% kopipes muka asben T_T
      sikit pun xde muka rina :(
      tapi xpela asalkan helena sihat :)

      Delete
  4. Gambar kat meja office ye... Cantik...Kreatif.... Bila la dapat jumpa budak kecik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah nanad. hehehe. nantila insyaAllah sy bwk dia ok. bg main dgn rizqin. huhu

      Delete
  5. hi helena gebu. cantik2 la headband awak. mane mommy awak beli ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. beli dkt ig byk kedai ada. try tgk medina headband, arissa headband, little zara boutique.

      Delete
  6. tombam nye..berketul2..hehe
    happy 4 month birthday helena!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam gmbr je beketul2. tp kt luar halus jeee. kepala besar badan kecik. hahaah

      Delete
  7. boleh tak comel gila helena nie hahahaha. yang nampak gusi tu yg comel tu hahaha...

    ReplyDelete
  8. Alahai comelnyaaa.....cpt betul helena meniarap......anak kt dh 6 bln x mniarap pon lg.....kemain malaih....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. msg2 baby lain2 kan. xpe nti adela yg die cpt pape tu liza. ehehe

      Delete