Awal bulan 3 dapat private message dari kawan blogger / Facebook si Puan Huda Luna. Dia nak ajak join buat surprise baby shower salah sorang rakan ex bride to be kitorang, Beto Rahman. Ni semua asalnya plan dari suami Beto sendiri iaitu Chip. Chip dah kontek Huda, lepas tu Huda kontek sy. So kitorang pun discuss date nak buat bila. Mula-mula nak buat 15 March 14, tapi sy tak boleh sebab balik Terengganu wedding adik ipar. Huda tanya pulak minggu lepas tu 22 March 14, pun sy tak boleh sebab parents sy pulak turun KL. Lepas tu discuss lagi, plan nak buat weekdays tapi sy ni susah sikit nak buat on weekdays sebab kerja. Dahla jauh pulak rumah si Beto ni. dalam sejam perjalanan dari Salak Tinggi. Kalau jam payah pulak kan. mau pukul 1 pagi sampai rumah kang. Then finally dapat kata sepakat nak buat on 29 March 2014. So bermulalah plan nak deco bagai. Tapi deco part semua Huda yang setelkan. Bab makan Chip dah setelkan. Sy just datang makan jek. hahahah.
bangun awal untuk siapkan si kecik nih
Awal pagi 29hb tu kebetulan ayaq takdop. stress makkkk! air ada pukul 9.30am. bila air ada tu jangan nak expect air tu bersih ya adik2. memang kotoq tahap gaban. ayaq keluar macam ayaq kopi. dekat sejam jugakla nak kena tunggu sampai air clear. sampaikan Helena sy bagi mandi air mineral yang beli 5liter tu. sebab takut lambat. actual plan nak sampai rumah Beto by 12noon. Tapi 10.30am tak mandi lagi. wth! pukul 10.30am tu air masih belum jernih sepenuhnya. tapi hentam jugakla mandi sebab dah lambat. patut keluar rumah 11am tapi air punya pasal pukul 12.15 baru keluar rumah. mana tak kena marah dengan Huda. hahaha. lepas tu jem teruk pulak. sampai rumah beto pukul 2pm. amekaw. mujurla chip telah mengunakan skill menipunya supaya beto tak hidu pasal baby shower nih. dia bawak beto p makan dulu pusing-pusing dulu. Kitorang sampai je rumah beto terus deco apa2 yang patut.
hadiah last minit buat untuk anak beto
Kiranya by 2.30pm tu sampai lah beto kat rumah. Chip bukak pintu lepas tu beto terkejut. yang sy geram sebab tak dapat tengok muka Beto tekejut. sebab dia terkejut di luar rumah. tak sempat nak ambil moment dia terkejut tu. Chip pun tak text kitorang kata nak sampai. hahaha. tapi ok la sebab Beto langsung tak dapat hidu baby shower nih.
Helena main kejap dengan mummy to be nih
Kawan-kawan ex bride to be sampai la dah jadi mak pun still kontek
Qaireen main dengan Helena.
Alhamdulillah lepas makan, macam biasa sembang-sembang sat, pastu apa lagi posing sakan. Tapi dalam henfon satu pic pun tak hamek. tu yang lambat gila upload. ampun ya Huda n Beto. Lama depa dua tunggu nak upload pic nih. jangan mareeee. sorylaa pic tak berapa elokkk. salahkan chip tangan teketaq ambil gambar sampai blur. haha
Seronok sangat dapat santai-santai walaupun sat sangat jumpa. Patutnya lagi sorang kawan ex bride to be, Suria join jugak tapi dia malu-malu kucing nak mai. kalau lagi ramai mesti lagi meriah dan havoc.
apapun harap-harap lepas ni akan ada lagi gathering-gathering seperti ini. Insya Allah kalau boleh join iols akan join untuk memeriahkan lagi suasana.
Kepada Beto dan Chip, selamat menempuhi dunia baru sebagai ibu bapa tak lama lagi. hehehehhh.
Lepas habis Baby Shower Beto singgah di rumah pakcik suami makan pau goreng
Hugs,
Rina Hamid
as usual, helena cute alll the time..hehehe :D
ReplyDeleteheader rina ni lah bt saila tenungggg lammmaaaaa..sbb cantik sangat! jeles n tiru..tp x mampu..haha
haha header saila pun santek okeh. xpa lepas ni saila dah beranak pakai pic anak plak buat jd header. mesti lagi cunnnn :p
Deletehaaa asalnya huda lah yg mengajak. heheh. dia la taiko duk plan semua ni. iols folo jek. haha
ReplyDeleteaduhai makin comel helena..cubit cubit cubit pipi diaa..heheh
ReplyDeletehaaa mama helena dah tolong cubit on behalf. heheh
DeleteBestnye ade baby shower macam ni. Besar dah helena. Cute je ♡
ReplyDeletehehe. ni semua idea laki beto sndiri :)
Deleteyay thank you for coming n kezutkan!
ReplyDeletememang terkejut pun, and happy tengok muka hampa semua. hihi.
nnt boleh jumpa lagi. :)
*rupanya pernah buat blog baru tapi terlupa update 2 tahun so pinjam profile ni sat untuk komen haha*
hahaha tula nanti insyaAllah jumpa time junior beto ngn chip keluaq. hehehhhh
Deletegambar helena hat bawah sekali tu comey gilaaaaaaa!!!! hahahaha...
ReplyDelete