Monday, July 29, 2013

Baking Cookies

Salam,

Nak dijadikan cerita la, minggu lepas hari selasa tiba-tiba laki sy tanya, boleh apply cuti last minit tak. Sy pun tanya kenapa. Rupanya Rabu dia kena attend meeting di Kuala Ketil. dah alang-alang nak turun sana, dia suruh apply cuti dua hari balik Penang sekali. Yelah Jumaat dah PH kan. Laju je apply cuti.

Dalam kepala otak dah pikir nak mintak mak masakkan sedap-sedap. haha. Selasa malam, lepas berbuka terus gerak balik Penang. Sepanjang duk rumah belajar dengan mak masak gulai ketam, buat karipap, capati. Since bulan puasa tak dapat la nak keluar berjalan sangat. Mostly duk rumah jek. Kalau tak puasa boleh jugak keluar cari makan kat Penang. Malam memang tak keluar la sebab semua nak p teraweh. Cuma lepas teraweh keluar sekali pergi Uptown Perda.

Selain masakkan mak, paling tak sabar nak balik Penang sebab nak bake cookies! memang all time favorite la kan. Kat rumah sewa sini tak dak oven. Mujur balik Penang dapat buat 2 jenis cookies iaitu M&M Walnut Cookies dengan Chewy Hershey Choc Chip Cookies.

 Mak sy cakap kalau sy berniaga M&M cookies ni boleh bankrap sebab sebijik cookies ada 4-5 ketul M&M. selalu orang jual ada 2-3 bijik M&M je pun dah RM40++ untuk 50 pieces



 Chewy Hershey Choc Chip Cookies. Ni pun mak komplen kenapa banyak sangat letak choc chips.
Nak buat macam mana dah ikut resipi omputih memang depa sungguh-sungguh letak choc chip.
Kalau ikut resipi orang melayu boleh buat 3 adunan ni.


  Budak-budak ni paling excited tunggu cookies siap sebab nak makan M&M tu jek. haha


Ni pulak untuk Chewy Hershey Choc Chip Cookies ---> http://rinahamid.blogspot.com/2011/08/chocolate-chip-cookies-recipe.html

Lepas tu main-main dengan budak cinonet dua orang nih.



Dapat Pemanggang Ajaib! thanks to my makcik, Mami Rohila belikan. macam tahu-tahu je memang idam-idamkan benda ni. Alhamdulillah rezeki baby kot :p


Hari Sabtu malam dah gerak balik ke Salak Tinggi. Cepat sungguh masa berlalu. Haishhhh~

Okela Penang jumpa lagi minggu depan!

Love,
Rina Hamid

4 comments:

  1. aaa baru nak mintak resepi dh siap siap dh yeay thanks rina. alaa jelesnya i pun nak beli magic pan jugaklaaa tgh semangat nak masak mcm2 ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe welkam..tula magic pan tu dlm milkadeal kalo x silap promo rm74 kot skng..sama brand happycall tu..jadila sbb org bagi kan..hehe

      Delete
  2. nak cuba la ikut resepi you buat cookies. bubuh byk2 coklat baru puas makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg puas makan..lg sedap dari famos amos tu..hehehe..tp bskut ni rasa chewy..dia x rangup tau..kang makan rasa lemau2 sket plak sebenarnye mmg resipi dia cmtu..kalau suka rangup2 tambah baking soda lebeh sket oke :)

      Delete