Friday, July 19, 2013

Diari Dapur: Butterscotch Bread and Butter Pudding with Vanilla Sauce

Salam,

Haritu tiba-tiba teringin makan bread and butter pudding macam hotel buat tu. Biasalah time bulan puasa saja selalu teringin itu ini. Resipi ni combine dari pelbagai blog lepas tu buat sendiri ikut citarasa sy. Bukan nak riak, tapi rasa puding roti ni ikut mulut ku jauh lagi sedap dari beberapa jenis puding roti di hotel-hotel yang pernah sy makan. hahaha *muka bangga padahal resipi senang gila nak mampos untuk dibuat*

Butterscotch Bread and Butter Pudding:
8 keping roti Gardenia Butterscotch
Susu Kotak ------> Kalau nak rasa lemak-lemak pakai la full cream milk. tapi sy pakai Marigold HL Low Fat Milk. Pakai setakat cukup untuk rendam roti-roti
3 Sudu Besar Gula Halus
2 Biji Telur Ayam
Esen Vanilla
Mentega
1 Cawan Coklat Cip ------> sy pakai sepeket terus sebab sy memang tamak choc chips ni.
Kismis

Vanilla Caramel Sauce:
1 tin susu Evaporated Milk
2 Sudu Besar Gula Halus ------> sy buat ikut citarasa sy sbb tak suka manis-manis. kalau budak-budak makan sy rasa boleh tambah lagi 1 sudu kot
2 Sudu Besar Tepung Kastad
Esen Vanila


Cara-cara:
1. Sapu roti dengan mentega depan dan belakang
2. Potong 4 dan rendam selama 20 - 30 minit dalam susu kotak (full cream / low fat / fresh milk up 2 u!)
3. Dalam bekas lain pukul sebati gula, telur, esen vanila dan choc chip (choc chip tinggal sikit untuk letak kat atas puding)
4. Bila roti dah soggy, tuang roti n belen-belen susu tadi dalam bekas berisi gula, telur, esen vanila dan choc chip tadi dan gaulkan sampai sebati
5. Tuang dalam loyang, lepas tu tabur belen-belen choc chip dan kismis kat atas adunan tadi dan kukus selama 30 - 40 minit (sapu mentega dekat dalam loyang jugak)
6. Keluarkan dan biarkan sejuk. Sementara tunggu kukus tadi boleh buat Vanilla Kastad Sos

Vanilla Sauce
1. Letak semua bahan susu evaporated milk, gula, tepung kastad, esen vanilla dan panaskan dalam periuk.
2. Pakai api kecil untuk elak hangus
3. Bila da rasa-rasa cair nak ke pekat-pekat skit tutup api dan biar sejuk

** Lepas dah sejuk letak vanilla sos atas puding tadi dan masukkan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk memang sedap noks!

Ni keadaan before kukus


betul-betul after kukus. puding akan naik tapi lepas sejuk akan turun balik.

See dia turun


yang ni masa potong time sebelum masuk kan dalam peti ais. masih melting lagi choc chip dengan vanilla sauce. so nampak messy sikit.

haa ni lepas keluarkan dari peti ais. sedapnya..hahahah

So kalau berminat boleh la buat untuk berbuka atau untuk hidangan open house masa raya nanti okeh!

Love,

Rina Hamid

21 comments:

  1. thank you berkongsi recipe ni. tak sabar nak cuba! selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  2. sedapnya...nak buat tapi tak terbuat pun lagi..

    ReplyDelete
  3. thanks rinaaa!!!! i love you soooooo much! saila pernah mkn dekat beberapa hotel, mmg suka giler.. now dh dpt resepi, saila wajib try..lebih kurang mcm bt puding roti feveret saila,tp yg ni lebih sedap la kann :D

    thanks again dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tula..lgpun hotel sbnrnye pakai roti murah tu je tau. roti yg keras2 tu. sy dlu keje otel pastry chef yg ckp..huhu..kalau minat rs rempah2 sket letak la cinnamon powder skit. hotel suka letak kan :p

      muah!

      Delete
  4. Makk aiii....lapo perut tgk....hahha

    ReplyDelete
  5. sedapnya! sng plak tu..nnt nk try wt kt umah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sgt senang..selama ni sy pn ingt ssh..tp senang sgt2..hehe

      Delete
  6. rajin rina masak n upload lately..nak dpt baby girl kot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..malas sbnrnye masak..tp rajin buat dessert jek..sbb bnd simple..tp hakikatnya mls nak msk..kalo msk pun msk utk stok 2 3 ari trus..hahaha

      Delete
  7. Sedapnya rina..ahhh trus ase lapa,hehe

    ReplyDelete
  8. I tak suka tapi husband i mesti suka. I akan buat utk dia la ehe

    Milk untuk sos dia tu milk apa u guna?

    ReplyDelete
  9. salam puan...mentega tu pukul sekali dengan gula ke...n berapa anggarannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. owh mentega tu just pakai utk sapu depan n belakang roti. pastu sapu kat dalam loyang. tu je.

      Delete
    2. ooo :) sbb de setengah resepi masuk kn sekali dengan mentega...
      tgk resepi2 puan yg lain membuat kan sy pun nak masak!..

      susu evaporated milk < ni susu ape...? sos vanilla tu mmg nmpk menarik sgt..adakah kerana tepung kastad(nmpk cm chess cair pulak)... teruja saya nk cube resepi ini.

      Delete
  10. Resepi ni sama cam blog DTS oleh mat gebu

    ReplyDelete