Thursday, October 10, 2013

33 Weeks Check Up

Salam,

Semalam check up di SDMC. Sampai terlebih awal pulak. pukul 6.40am dah sampai. hamek kaw. gila awai keluar rumah pukul 6am. dah jenuh nak menunggu. tapi takpa la sebab nak elak jem kan. sampai-sampai breakfast dulu sandwich yang dibuat dari rumah dengan susu kotak sambil dengar radio dalam kereta.

dah elok pukul 7am, terus naik tingkat 4. tunggu nak ambil no. Lepas ambil nombor terus pergi surau nak baring-baring sat sementara tunggu pukul 8.30am.

Turn nak jumpa Dr. Tang yang kedua. Sementara tunggu orang pertama masuk macam biasa midwife check berat dan check BP. lepas tu ambil air kencing. Elok dah setel terus masuk jumpa Dr. Tang. Tapi midwife tiba-tiba suruh buka seluar buka panties. errr takut pulak time tu. ingat nak check bukaan ka apa. rupanya Dr. nak buat cotton swab test. Memang serious first time dengar benda ni. Dr. Tang explain dengan panjang lebar apa tu cotton swab test ni. tapi sy tak pandai nak explain balik dalam perkataan mudah. apakata korang refer sini kt bawah ni. Copy paste terus. Haha


"About 10-30 percent of pregnant women are carrying a bacterium called group B streptococcus (GBS). (Most have never had symptoms from it and don’t know it’s in there.) If do have the GBS bacteria floating around in your body (usually in your reproductive or digestive tracts) and aren’t aware, it can be passed on to your child during delivery, possibly leading to serious illness in baby’s first weeks of life.
Don’t get too freaked out -- most babies won’t contract any problems from the bacteria, but some do wind up with very serious disorders or disabilities. If the bacteria is found on those swabs, you’ll be treated with antibiotics to help keep baby in the clear. Every woman should get tested between weeks 35 and 37 of pregnancy, so ask your doc about the test if she hasn’t mentioned it. Newborns aren’t exposed to GBS during c-sections, meaning no antibiotics are needed for planned cesareans -- but, you should still get tested in case you go into preterm labor.
As for the testing, here’s how it goes: Your doc will swab your vagina and rectum to get samples, which will then be sent over to lab to be grown in a special substance to check for the presence of GBS. You’ll probably get your results within two days. It’s as easy as that. Not fun, per se, but simple -- and essential to protect baby."
American College of Obstetrics and Gynecologists. Your pregnancy and birth. 4th ed. Washington, DC: ACOG; 2005.  

Cotton swab test ni tak sakit pun. Result selalunya akan keluar selepas 2 hari. Kalau ada masalah baru pihak hospital akan call.

Lepas tu scan baby. Part paling ku sukak! baby active as usual. sangat happy tengok and kali ni baby face mengadap ke depan okeh! kenapalah time pergi scan 3d/4d dia mengadap belakang. huuuu. saja tak nak tunjuk muka kat mama. Doc check air ketuban ok, rahim ok, tapi sadly my baby still underweight T_T 
Baby weight patutnya 1.8kg tapi my baby baru 1.6kg. 

Dr. Tang cakap maybe sebab 3 reasons:
1) Samada EDD sy tak betul. Period sy kan tak menentu so kena based on scan untuk tau EDD. Tapi Dr. check air ketuban, tinggi rahim memang betul 33 weeks. Cuma baby memang kategori kecik.

2) Samada genetik. Dr. tanya family jenis kecik-kecik tak. Kalau ikut family sy ni semua kategori besar2. Yang kurus2 pun still rangka besar. dah mix Pakistan - Arab - India kan. mana nak ada genetik kecik2. Tapi sebelah suami ye la kot. Tengok husband sy memang besar, tapi tengok adik-adik dia semua size macam pic kat bawah. Adik dia lagi dua orang pun kecik macam gambar dibawah.

  
3) Lagi satu samada sy kurang makan, yang ni tak logik kot. sebab sy memang makan banyak gilaaa. kalau tak, tak naikla 4kg dalam masa sebulan. tapi dr. mintak sy tambahkan lagi segelas susu dalam sehari. Dia tanya sy minum susu apa. Sy cakapla susu marigold Hi-Lo tu dan susu kambing jek. Dia suruh sy beli susu khas untuk ibu mengandung. Hadoila. Payah jugak kan, baby besar masalah, baby kecik masalah T_T

Lepas tu dr. bagitau result air kencing dan darah. Glucose ok, HB pun ok. So far yang lain-lain semua alhamdulillah ok. cuma baby weight la kena pantau sekarang.

Lepas tu sembang dengan doc untuk nak submit birth plan. Buat draft conteng2 dulu discuss apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Dr. Tang cakap nak submit boleh tapi jangan cedok sebijik-sebijik dalam internet. Kena be practical dan logik. Sebab kebanyakan yang submit kt dia birth plan mintak benda bukan2 dan tak praktikal dengan apa yang hospital boleh provide. Ok pasal birth plan ni nanti sy draft dan share dengan korang dalam entry lain.

Lepas session dengan Dr. Tang, kena dengar taklimat dari midwife. Every check up akan ada taklimat dari midwife. Dah 2 session sy terlepas. So kali ni 3 topik kena dengar. dekat sejam jugakla taklimat. Patutnya taklimat kena bawak suami tapi macam biasalah suami kerja tak dapat join.
Midwife ni namanya Josephine. Dia ni dah berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang ni. Macam-macam dia cerita pengalaman sambut baby. Dan yang penting dia seorang yang sangat menyokong natural birth ni. harap-harap sy nanti dapatla melahirkan baby dengan cara natural. aamiin.

Josephine tunjuk dekat mana labor room, operation room dan ward. Next appointment dah kena buat pre-admission dekat hospital.

Lepas dah setel semua, perut dah lapar semula. Terus makan Subway dengan pelahapnya. Lepas tu bayar parking RM7. What the fishhhh betoiii!

Geram sebab punggung makin melebar ke tepi. 

Rina Hamid

7 comments:

  1. thx for the info rina! psl baby kecik tu rina jgn risau sgt lah ye..kalau xde komplikasi xpe la, just try your best utk baby je k :) ada org suka baby besar dlm perut, ada org suka baby kecik dlm perut.. tp apa2 pun yg penting SIHAT :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thx saila! i prefer kecik. konon nak sng branak. tp kwn sorg bby die lahir 2.37kg tp still kene gunting n vaccuum. neves lah!

      Delete
  2. Tapi kadang scan baby tu cam anggaran je kan tak semestinya tepatkan. Tapi biarlah kecik dari terbesar sangat risau gak hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah hrp2 anggaran jela. sy hrp baby dlm 2.5-2.7kg ckupla. xmau lebeh xmau krg. huhu

      Delete
  3. Kite mase 29weeks baby 0.955kg je. Bila masuk 35weeks baby dah 2.3kg. Not to worry, dah hujung2 ni berat baby akan naik mendadak.just kene control je.

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan... mesti nerves kan sekatang sis... congrats in advance.. jemput visit and follow me back :)
    http://wwweffafarhana.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Baby kecil InsyaAllah senang keluar.. biar kecik dlm perut tapi besar dgn jayanya kat luar..hehehe

    ReplyDelete