Friday, October 31, 2014

Part 1: Progres Rumah Kami

Salam,

Sempat pulak nak update masa lunch sebab malas nak keluar makan (padahal bajet xdop).

Ok just nak cakap kunci rumah finally dah dapat. actually dah dekat 3 minggu dapat tapi tak sempat nak habaq (perlu ka nak habaq?). Kisah pasal rumah ni boleh baca entry sy yang terdahulu pasal kemarahan kitorang penduduk kepada pihak developer ni.


Bila dah dapat kunci ni mula la itu ini and segala macam nafsu serakah duk mai nak hias macam ada duit sejuta dalam akaun. ni gara-gara dah terjebak dengan group dekorasi dekat facebook. Tapi bila tengok balik slip gaji, mampu berangan jelahhh.

berbalik pada cerita dah dpt kunci, lepas dapat sekarang ni dalam proses nak setel kan defect. boleh tahan jugak banyak defect. nampak sangat developer nak kerja senang just touch up sikit2 saja lepas ambik alih dari developer lama. siling bocor, paip xdak, simen kat tangga retak dan macam-macam lagi. esok barula plan nak hantar borang defect.


bab grill satu hal dah setel. patut setel defect baru buat grill, tapi sebab takmau buang masa, kitorang nak cepat2 pindah sebolehnya so terus buat grill dulu. bab grill story kat entry lain la kot.

Lagi satu bab dah hampir nak setel ialah dapatkan kelulusan MPS untuk extend belakang rumah. sekarang baru setel sign so rasanya insyaAllah next week dah dapat lesen. bolehla nak mula kerja-kerja pembinaan. tapi still kena hold bagi orang repair defect dulu.

Dapur kitorang yang sekarang ni memang tersangatlah kecik. so nak tak nak kena extend belakang.

inilah rupa dapur ku yang secoet.

Ini pulak gambar tanah 11 kaki yang available di belakang untuk extend.
(sorry awin p letak gmbar awin dalam ni)

Ni original plan dalam SNP

Ni yang aku hentam pakai paint. tak ikot spec pun.

 Ni gambaran lepas nak renov. tapi kalau ikot bajet extend belakang dulu. depan lain kali la pulak.

Okela semoga Allah permudahkan kami nak pindah rumah nanti. nak pilih contractor bukan senang. semua bagi quotation RM35-RM38k. Paling murah dapat RM30k. tapi still over bajet. Pastu ada la kawan ofis rekemen sorang contractor ni. so far yang tu dalam bajet kitorang. Harap-harap dia dapat la memenuhi impian kami laki bini. huhu.

Next entry akan story pulak progress seterusnya.

P/S: Rasa macam nak p Homedec. sapa p? berbaloi2 x?

Rina Hamid

15 comments:

  1. Bg i, pegi homedec klcc tu mmg berbaloi. Sbb kita leh compare harga pakej dr bnyk vendor, and leh belek2 terus kualiti kt sana. Kalo renovation, patut pegi minggu lps. Mggu ni utk furnish/decorate. Pegi la! Mmg berbaloi. List down dulu nk cari ape. Kat sana terus survey and buat pilihan! Gudluck! Kt my blog bley click keyword homedec. Kami x penah miss homedec kt klcc tu, ada saje brg nk cari, tp ikut keperluan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo camtu. i x pegi pun aritu. sebab busy sgt. tp xpela sbb i nak cri tiles sinki kipas n lampu jek. nti i try cri kt jualan gudang je la. thx tau nti i tgk blog u.

      Delete
  2. besar gak belakang tu nak extend..seronokkkk pasni deco2 rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok jgak tp bila pk duit trus jd xseronok haaa. hahaha

      Delete
  3. Puan, berapa ek harga kos untuk nak renoved dapur tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta emel pd sy ye. nti sy gtau riena1986@gmail.com

      Delete
  4. wah kak rina update pls pasal rumah ai laike! nak bacaaaaaa!
    moga2 dipermudahkan akak nak renovate rumah
    mahal gak tu 30k phewww
    pengsan nak cari duit


    T___T


    eh jap kecik gila dapoqqqq haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pengsan bab duit. dah habis kikis segala duit ni. lepas renov mmg ckup hidup sja. no more shopping. sobsss :(

      dapoq memang kecik gila sbb tu terpaksa renov T_T

      Delete
  5. Rina kt ngn husbnd mmg suka pi expo2 rmh ni....yg kat klcc pwtc sume kami pi...mmg seronok cuci2 mata n klu pi homedec yg seronok sbb mmg ada promo price....byk gk brg kami book dari expo termasuk contractor renovation....pergila kalau ada masa, berbaloi2....!! tp mmg seriusly rambang mata la tgk house nye equipment kan....aduuuhhh...hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. besya dpt pegi expo. laki kite x suka pegi la tmpt ramai2 org cmtu. ssh skit. huhu. pstu nak sevey2 pun dia xsuka. kalo pegi tu trus kena beli. hahaha. tp mmg rambang mata kan. kite ni tgk online je la. hahaha

      Delete
  6. mahal gak ek rm30k?

    sy ada dlu extend rumah macam ni la. dalam 10kaki x 22kaki dalam RM20k je.

    kontraktor tu kemas hasilnya. Kalau nak contact dia call la 019-334 5398.
    nama dia arif kalau xsilap.
    tq mencelah.

    ReplyDelete
  7. Salam, sy murni. Tgh tggu loan bank lulus, rmh kt slk prdna fasa 5a gk. blh share x kos renovate blkng umh tu? stress dpor kcik sgt. huhu. jmurni.88@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh jiran baru la ni. heheh. boleh tau duduk lorong n no brp? kos lebeh krg rm20k+. tp price basic rm15k. biasela tambah itu ini jadi terlebeh plak. hehe

      Delete
    2. lorong 6/4 no 18. rina lk? Rina, pelan rumah yg nk extend tu lks sendri ke? sy ada knalan pndai tukang2 ni,tp xde lesen lk. blh ke eh?

      Delete
    3. owh sy lorong 6/2. haah lukis sndiri je. murni sy pun ambik indon je xde lesen. sbb yg ade lesen sume nak caj RM35k++. hehehe dah lari bajet tu. Murni bila plan pindah?

      Delete