Nak dijadikan cerita la, minggu lepas hari selasa tiba-tiba laki sy tanya, boleh apply cuti last minit tak. Sy pun tanya kenapa. Rupanya Rabu dia kena attend meeting di Kuala Ketil. dah alang-alang nak turun sana, dia suruh apply cuti dua hari balik Penang sekali. Yelah Jumaat dah PH kan. Laju je apply cuti.
Dalam kepala otak dah pikir nak mintak mak masakkan sedap-sedap. haha. Selasa malam, lepas berbuka terus gerak balik Penang. Sepanjang duk rumah belajar dengan mak masak gulai ketam, buat karipap, capati. Since bulan puasa tak dapat la nak keluar berjalan sangat. Mostly duk rumah jek. Kalau tak puasa boleh jugak keluar cari makan kat Penang. Malam memang tak keluar la sebab semua nak p teraweh. Cuma lepas teraweh keluar sekali pergi Uptown Perda.
Selain masakkan mak, paling tak sabar nak balik Penang sebab nak bake cookies! memang all time favorite la kan. Kat rumah sewa sini tak dak oven. Mujur balik Penang dapat buat 2 jenis cookies iaitu M&M Walnut Cookies dengan Chewy Hershey Choc Chip Cookies.