Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Monday, June 8, 2015

Projek DIY : Part 4 - Gubah Bunga

Assalamualaikum.

Hari ni mengelamun apa tatau. Terasa di awang-awangan. over tak? hehehe.

Aktiviti last weekend (bukan semalam), minggu sebelum tu. ajak mak p Nilai nak beli bunga.
Baru ni dapat pasu orang bagi. memang berkenan lama dah style camtu. nak beli mahai. hahah cheapskate betui. orang bagi ambik saje.

P nilai cari bunga-bungaan. dapat la a few yang berkenan. Sebenarnya tak pandai sangat nak pilih bunga. sebab yang nampak cantik semua mahai belaka. Nak yang murah tapi nampak cantik. boleh camtu?

Lepas dah setel beli bunga-bunga cinta, balik terus gubah.

Dari ini:~



Monday, April 13, 2015

Projek DIY : Part 3 - Revamp Lamp Shade

Assalamualaikum,

Projek DIY seterusnya. DIY lamp shade. Nak dijadikan cerita, standing lamp ni ada orang dah taknak. So apa lagi terus la grab kan. Dah tu pulak lampu nye masih lagi elok dan boleh pakai.
Cuma lamp shade tu dah kotor-kotor sikit.

Godek-godek kain2 lama dalam simpanan, jumpa balance lace masa zaman buat tudung kahwin dulu.

Kain lace ni sy cuma lekat pakai gam UHU je. actually lebih elok pakai glue gun. tapi kat rumah kot celah mana pulak nak ada glue gun kan.

So mehla layan gambar. mueheeheh



Tuesday, April 7, 2015

Projek DIY : Part 2 - Dressing Table Area

Assalamualaikum semua,

Now sambung buat DIY lg from last update:

http://rinahamid.blogspot.com/2015/03/projek-diy-part-1-spray-perabot.html

Boleh kata every weekend ada je aktiviti nak buat. Tapi problem dengan sikap aku ni suka buat kerja sekerat jalan. Aku tak suka ada gangguan bila tengah buat sesuatu. bila ada gangguan dia automatik stop pastu tak buat2 dah sampai kesudah.

Weekend baru ni duk DIY sarung tilam. dahla aku takdak mesin jahit. so kena jahit pakai tangan. yang paling geram time jahit tu la jugak si Helena nak menempek situ. Siap duduk atas kain yang betul2 tengah duk jahit. bila tak layan, dia guling-guling atas kain tu dan sikit lagi nak kena jarum-jarum. geram jugaklaaa kan. nak buat time dia tidur memang payah sebab Helena tidur siang tak lama. setakat 30 minit je ke sejam je paling lama. nak buat kerja lain lagi. so memang tak boleh. nak mintak aboh Helena jagakan, masalahnya Helena kalau tengok benda baru atau pelik skit dia jadi jakun. nak jugak sebuk mai tengok apa aku buat. so tak guna jugak if suruh aboh tengokan. nak buat malam, aku rasa aku tidoq lagi awal dari Helena kadang-kadang. So aboh dia yang akan tidurkan. So berbalik pada cerita tadi, memang tinggal seketul la sarung tilam tu kat situ. tunggu mood rajin datang semula lain kali.

Bila bosan duk rumah, nak jugak carik something yang boleh dibuat. yang tidah merbahaya pada anak. Alih-alih sambung la balik deco dressing table area ni.


Wednesday, March 25, 2015

Projek DIY : Part 1 - Spray Perabot

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Last weekend agak meriah di rumah sebab family dari Penang semua turun sini. dapat jumpa mak bapak abang dan anak-anak. rumah kecik yang sunyi sepi terus jadi macam pasaq malam.

So hari sabtu pagi tak dak benda nak buat mulala cari kerja-kerja. Dah mak ada so dia in charge dapur. wakakaak koang ajaq punya anak. so sy ni bosan-bosan terus cari spray cat tu. dah beli hari jumaat konon nak buat weekend ni tapi dah bosan terus buat sabtu lepas.

Ada 3 perabot kecik yang aku spray. kabinet kecik laki aku, kerusi makcik aku yang dia dah xmau dan dressing table.

Ok start satu-satu,

Ingat lagi tak alkisahnya aku menyampah tengok cabinet laki aku ni sampai rasa nak buang. so sementara menunggu duit jatuh dari langit untu beli tv cabinet baru, so aku pun plan spray jugakla cabinet tu sebab mata dah sakit tengok kehodohan meja tu. hahah. Kecik ati laki aku cakap macam ni.

Friday, February 27, 2015

Our Crib : Mencari Tukang Tukar Kulit Sofa

Assalamuaikum,

Selama ni ingatkan tukar kulit sofa ni murah je, sekali survey2 mau jugak dekat RM400-RM500 untuk kulit PVC.

cessss.

Bajet RM200 ke bawah jek. Hahahaha. Boleh dapat tak?

Nak tukar kepala katil ni. Sapa ada kontek sila drop number fon kat ruangan komen.

Nak plain white / cream color. tak kisah PVC or Baldu janji murah. hoohoohh

Kalau boleh nak nearby to Salak Tinggi / Nilai. Jauh dari tu tak payah bagi pun tak pa kot. hehehe


Thank you people!

Love,

Rina Hamid

Monday, February 23, 2015

Projek DIY : Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum.

Dah lama x menaip. rindu sangat kat blog. apatah lagi nak blogwalking. aktiviti harian memang tak mengizinkan nak buka blog ni selalu. haha. alasan yang sama asyik busy dengan kerja / anak / urus hal rumah.

tu baru satu anak. kalau dua? tiga? empat? alamatnya tak bukak terus dah blog kot. heee.

Curi2 masa sikit nak update. supaya masih ada orang ingat diri ni. tu pun kalau ada orang ingat la. hahah.

Long weekend yang lepas, family dari Penang semua turun sini. Memang best sangat. penat tapi best. part tak best semalam bila depa dah gerak balik. Ai is sad. huk huk.

Antara salah satu aktiviti masa cuti raya cina ialah DIY home deco. Tak banyak pun sebenarnya. benda2 kecik jer.

Rumah aku ni kecik jer. nak DIY lebeh2 pun tak boleh. pastu barang nak beli kena sikit-sikit. tak boleh terus mendadak. golongan marhaen jelah katakan.

Monday, February 2, 2015

Korang Rasa?

Assalamualaikum semua.

Di saat ramai orang cuti hari ni. terus rasa lemau sikit nak kerja. so nak buat entry laju-laju. nak mintak pendapat. Korang rasa ok tak kalau nak tambah polka dot kat tepi stripes wall ni?
Over tak korang rasa? sebab nak habiskan belen cat pink tu. tatau nak buat apa. hehehh

Pic Sebelum

Ni pic edit ok. belum cat lagi pun.

Thanks korang!

Rina Hamid

Monday, January 19, 2015

Our Crib : Cadangan Warna untuk Master Bedroom

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? mentang-mentang lagu tu menang AJL29 semalam. hehehh.

Semalam dah bertekad, nak jugak cat dinding kat bilik master. sebabnya sementara bedroom set x sampai lagi (mintah hold penghantaran sebab bajet bulan ni x cukup nak bayar so tunggu gajik). haahahahha

So bosan-bosan duk rumah, terus rasa nak cat rumah. boleh camtu? tapi bila suarakan keinginan pada suami, dia cakap dia takmau buat. cessssss. dia kata pakai cat sedia ada sudah. kalau rasa teringin nak buat, buatlah tapi dia tak mau tolong. cessss lagikkk. so takpaaaa. dia takmau buat biaq p kat dia.
Since dah betul2 bertekad ni, aku sanggup buat sendiri walaupun tanpa pertolongan suami. muehehehe.

Friday, January 2, 2015

Our Crib : Islamic Printables

Assalamualaikum semua.

Dah masuk tahun 2015 pun kita. Alhamdulillah. tahun 2014 banyak dugaan buat Malaysia. Tapi dalam entry ni tak nak lagi cakap pasal tahun lepas, azam dan sebagainya. itu insyaAllah di entry lain.

Ok nak cerita, minggu lepas akhirnya dah pindah ke rumah sendiri. lega sangat rasanya. penat sakit badan semua tak hilang lagi. Mujur parents datang bantu all the way from Penang. mueheheh. rasanya kalau depa tak dak mau tak habis kemas sebulan. hehehhh.

Bila dah pindah masuk rumah, angan2 mendeco dah bermula. Tapi dengan bajet minima, tak boleh nak spend money on unnecessary stuff. Benda yang sy duk cari ialah frame Allah / Muhammad / Ayat Kursi. Tapi bila survey yang berkenan di hati (white frame with nicely printed patterns) semua mahai tahap boleh beli tv cabinet sebijik. bila survey dekat Nilai3, memang ada belambak frame2 dengan harga murah. tapi tak berjaya jumpa white frame.

End up sy plan DIY. Tapi sayang bila Google, tak banyak Islamic Printable yang available. Nak beli kat Etsy mahai jugak. Last2 sy edit sendiri sajokkk. Senang dan mudah dah paling penting tak habis duit ponnnn. Habis duit dekat beli frame saja. tupun frame beli dekat kedai RM2 size A4.


Thursday, December 18, 2014

Our Crib : Perihal Dapur

Assalamualaikum,

Bila nak masuk rumah baru, orang perempuan ni selalu over excited bab dapur. ini kes aku lah. rumah ruang tamu kecik tak pa, bilik kecik boleh terima lagi. tapi kalau boleh dapur nak sebesar-besar alam.pastu nak pulak dry and wet kitchen bagai. mujur la dapur ku kecik. takdakla excited mana. tapi bab nak deco dapur biar nampak kemas, bersih dan yang penting bebas lipas. muehehehe

memandangkan rumah nanti tak dak kitchen cabinet (KC), so terpikir camna nak lindung bawah table top tu. kalau tengok tertogel jek. Malu oi kalau orang mai rumah masuk dapur boleh nampak periok belanga kat bawah tu. so bila tengok orang-orang duk post kat group Deko Rumah ku Syurgaku tu, kita pun macam nak buat. macam laa. berangan tu selalu. nak buat tu pikir pulak seratus kali dulu. hmmm.

*Sorry rumah sy buroks*
*Rumah bukan plaster siling*
*pakai lampu kalimantang jer*

*ceh tetibaaaa*

Wednesday, September 17, 2014