Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts

Tuesday, August 5, 2014

Mama and Helena Raya OOTD

Salam,

SELAMAT HARI RAYA UOLS!

Dah mula berkerja baru dapat menjenguk blog ni. masa cuti memang jangan haraplah kan. apapun diharap raya tempat korang bes.

Alhamdulillah raya kami kali ni lebih meriah dengan kehadiran Helena. Best balik dua-dua kampung. tapi cerita pasal raya di lain entry ok. sekarang ni still tak dak mood nak story pasal raya sebab malas nak karang ayat-ayat. heheh. ni entry pantas dan tuntas.

Tahun ni sangat la bermatching-matching dengan anak. tapi agak frustrated sebab husband tak nak sedondon2. baju raya pun dia takmau beli. jenuh paksa. so agak merajuk dengan dia. wahahahah. lantakla kan. so hanya sy dengan Helena yang sedondon.


Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri (Sebelum Balik Kampung)

Salam semua,

Finally dah Friday. sy masih di ofis. Malam ni baru gerak balik kampung. Raya pertama kali ni balik ke Terengganu dulu. Raya ketiga baru balik Penang. Ofis dah lenggang. Tinggal berapa kerat je. Mood kat ofis dah kelaut. what to expect? mana ada mood nak kerja dah. hahaha.

Di kesempatan ini sebelum balik kampung nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua rakan-rakan blog sy. Minta ampun maaf sekiranya penulisan sy ada menguris hati sesiapa. Tak ada niat pun sebenarnya. harap semua dapat manfaatkan Ramadhan kali ini. Di samping kita bersedih dengan Gaza dan kejadian yang dah menimpa Malaysia, jangan lupa sentiasa dan terus menerus mendoakan agar peperangan di sana dapat dihentikan segera. Semoga tiada lagi kekejaman dan penindasan berlaku. rasa sedih sangat dengan saudara-saudara Islam kita di sana. melihat kanak-kanak dan wanita dibunuh dengan kejam. hmmm

Tak cukup dengan itu, Malaysia pun menerima dugaan dengan kejadian Flight MH17 ditembak jatuh. sama-sama kita sedekahkan al fatihah kepada mangsa dan keluarga mangsa. Rasa Ramadhan kali ni sedih sangat. kita tak tahu bila ajal kita akan sampai.