Showing posts with label Helena's OOTD. Show all posts
Showing posts with label Helena's OOTD. Show all posts

Friday, October 31, 2014

Happy 11 Months Old Helena!

Salam,

Fuhhh fuhhh (tiup habuk).

OK memang busy tak dapat dinafikan lagi. tp still nak update blog. nanti takut terlupa. lepas tu xnak taip panjang2 sebab banyak lagi benda lain nak buat (boleh camtu). perasaan sekrang macam nak ada lapan tangan untuk setel 1001 benda. wahhhh gittew.


Ok direct to the point please.

Tuesday, August 19, 2014

Happy 8 Months Old Helena!

Salam.

Pergh! Helena nak masuk 9 bulan next week baru harini nak post entry Helena's 8 months trivia. yela last month time Helena nak masuk 8 bulan dah hujung-hujung puasa pastu dah raya. mana nak sempat update blog bagai. Mulanya ingat nak sekali kan je dengan trivia dia masa 9 bulan, tapi dah macam tak best pulak sekalikan. wahahaha. dilema betoi.

So sekarang ni sementara rajin update jela kan. Entry yang tak mau melalut panjang2. nak straight to the point jek. wakakaka. oke cekidaut Helena's Trivia dari 7 months to 8 months.


Tuesday, August 5, 2014

Mama and Helena Raya OOTD

Salam,

SELAMAT HARI RAYA UOLS!

Dah mula berkerja baru dapat menjenguk blog ni. masa cuti memang jangan haraplah kan. apapun diharap raya tempat korang bes.

Alhamdulillah raya kami kali ni lebih meriah dengan kehadiran Helena. Best balik dua-dua kampung. tapi cerita pasal raya di lain entry ok. sekarang ni still tak dak mood nak story pasal raya sebab malas nak karang ayat-ayat. heheh. ni entry pantas dan tuntas.

Tahun ni sangat la bermatching-matching dengan anak. tapi agak frustrated sebab husband tak nak sedondon2. baju raya pun dia takmau beli. jenuh paksa. so agak merajuk dengan dia. wahahahah. lantakla kan. so hanya sy dengan Helena yang sedondon.


Thursday, June 26, 2014

Happy 7 Months Old Helena!

Salam,

Lega rasanya bila blog dah kembali sihat. dah 3 hari rasanya blogger dashboard bermasalah. tak dapat nak blogwalking. mahap yer. ingatkan blog sy je problem. rupanya ramai jugak mengalami masalah yang sama.

Lagi 3 hari kita dah nak puasa. alhamdulillah Allah masih bagi peluang untuk merasa Ramadhan tahun ni. Nampaknya puasa kali ni agak mencabar sikit bagi sy sebab nak breastfeed Helena. nak kena prepare mental and physical untuk elak dari stok berkurang. haritu puasa ganti Alhamdulillah susu tak kurang tapi memang tahap kelaparan dan kehausan melampau2. usually sy lepas pam susu mesti tahap lapar dan haus tu over sangat-sangat. siap boleh habiskan 2 liter air terus sekali teguk. so masa bulan puasa ni kena prepare betul2 dan mindset nak dapat banyak stok susu untuk Helena.
Tambah-tambah pulak sekarang ni cuaca panas melampau kan. lagila kuat minum air. Hopefully Allah akan bantu kita smua yang breastfeed baby ni.

BTW, sebelum ni sy ada share resipi No Bake Cheese Cake kan. Ni sy letak link sini in case ada orang tak tengok sebab kes problem dengan dashboard tu kan. heeee.


Ok now jom tengok Helena trivia from 6months - 7 months!

 Sorry the tutu skirt besar sangat dengan Helena. Sampai kena pakaikan brooch. ahaha

Monday, June 9, 2014

Happy 6 Months Old Helena!

Salam,

Pejam celik pejam celik dah setengah tahun rupanya Helena. another 6 months to go ke setahun. excitednyaaa. cepat sungguh masa berlalu. duk teringat lagi masa pregnant dulu. hahah

Helena sekarang dah banyak akai. sangat cheeky dan mengada-ngada. dah mula kenal orang. Penat melayan keletah budak kecik ni. tapi Alhamdulillah sy dikurniakan Helena. Walaupun penat jaga dia dengan perangai macam-macam, tapi dialah cahaya hidup sy. Tak boleh tinggal lama-lama dia. sampai sekarang hantar BS asyik rindu dekat ofis. mesti nak kena tengok gambar and video dia all the time. Mama tak tau la macam mana nak hidup tanpa Helena. bila dia tidur atas dada sambil mamai-mamai tangan dia pegang muka kita, mesti rasa sayu dan nangis. Mama love u so much Helena. Please be a good girl dan jadi anak solehah. mama tak mintak banyak, janji jadi orang berguna dan paling penting kena ada pegangan agama yang kuat. sejak akhir-akhir ini sy selalu emosi sikit. sebab kebelakangan ni asyik dengar news tak best je pasal budak-budak. haihlaa. semoga Allah lindungi Helena dari semua benda yang tak elok. Mama akan cuba jadi seorang mama yang terbaik untuk Helena.

Ok stop tamo sedih-sedih dah. So far ni milestone Helena dari 5 months ke 6 months.

Thursday, April 24, 2014

Helena's OOTD

Salam,

Sebut pasal baju baby ni memang takkan habis sampai bila-bila. sebab sy ni seorang yang gila membeli baju Helena. almaklumla dapat baby girl. konon azam tahun ni taknak bazirkan duit beli baju Helena. sekali dah masuk kerja tiap2 bulan mesti shopping baju Helena sampai 20-30 helai. apa punya azam daaa tak menjadi langsung. bisikan syaitonnnn betoi. tapi lepas tu sy fikir balik tak pa beli pastu boleh jual balik jadi preloved.

Tapi jangan tertipu. walaupun sy beli sampai 30 helai, tapi baju-baju Helena ni semuanya murah-murah tahap cipan. mostly berharga dari RM5 sahaja. dan baju-baju special sikit paling mahal pun RM20 kot. yes sy dah terhadkan harga baju Helena sy takkan beli lebih dari RM20 sehelai. sebab tu sy boleh beli banyak-banyak. Lagi satu budak kan cepat besar. pakai 3/4 kali dah tak muat.

Jualan bawah ofis sy lah penyumbang sy membazirkan duit membeli baju Helena. Seriously murah nak mampos tahap dewa. nak pergi cafe wajib lalu area lobby. asal lalu mesti mata teertumpu kat baju budak. lepas ni nak kena ikat mata dengan kain macam orang buta supaya tak beli baju lagi.

 Romper: FOS
Headband: Instagram - fizza1387

Thursday, April 17, 2014

Lepak Lepas Bersalin

Salam,

Apa punya tajuk ni? dah takdak idea nak letak tajuk entry apa. takkan nak ulang letak tajuk yang sama pulak. Hentam je lah kan. haha

Sabtu lepas keluar lepak dengan BFF dari zaman Uitm, si Nurul Mohamed nih. asalnya Fiza Amin patut join tapi last minit dia cakap tak boleh pulak sebab ada kenduri. Plan tetap diteruskan nak jumpa Nurul sebab minggu tu anak dia si Amanda Hasya ada sekali. Nurul hantar Hasya tinggal dengan parents dia di Tanjung Malim. So memang susah la nak dapat jumpa. Sabtu lepas kebetulan Hasya memang ada di KL so terus plan nak jumpa bawak si Helena sekali. Bayangkan kitorang dah lama tak jumpa. Last jumpa tahun lepas masa tu sy pregnant 4 bulan, Nurul pregnant 5 bulan. padahal kitorang duduk dekat la jugak. bukan jauh mana pun kalau nak jumpa. Sekarang ni baru jumpa time Helena 4 bulan++ dan Hasya 5 bulan. Anak kitorang beza 3 minggu. 
 

Plan nak jumpa di Setia City Mall. Memandangkan suami sy ni tersangatlah alergik pergi mall yang sesak dan jem, dia cakap nak drop je sy kat Shah Alam lepas tu tumpang naik kereta suami Nurul. Mujurla Helena ni senang nak handle kalau pergi mana-mana. sy just bawak Patapum Baby Carrier jek pastu barang-barang lain sumbat masuk handbag.


Sesampai je dekat SCM, dah kelaparan tahap dewa. Terus pergi ke Delicious untuk lunch. Sementara menunggu makanan sampai, ofkoslahhhh posing dulu. Tapi masa dulu diri sendiri and kawan-kawan yang suka posing. Sekarang dah ada anak, gila ambil gambar anak lagi. bila tengok hp banyaknya pic Helena dengan Hasya saja. Gambar-gambar mak nih empat lima keping saja dalam tuh.
  
 Hasya lapar sangat sampai nak makan kaki Helena

 Geram gila tengok si Hasya ni. memang macam michelin lahhhh. 

 
 Sikit pun xde muka mama :(







Lepas habis makan, posing sat kat luar tu. lepas tu continue shopping! tapi tak sempat habis shopping husband dah datang ambik. sedih sebab banyak lagi barang nak beli. hahaha.

P/S: Helena sepanjang sy shopping tidur dengan nyenyak dalam Patapum Carrier. Berbaloi-baloi beli sebab dia memang sedap duk dalam tu. tak sampai 5 minit krohhhh krohhhhh dalam tu sampai la husband datang ambik.

Rina Hamid
 

Wednesday, March 26, 2014

Happy 4 Months Old Helena!

Salam,

Cepat masa berlalu. baru je rasa 25hb bulan lepas at 3 bulan and harini Helena dah 4 bulan. ok sangatlah teruja sebab time 4 bulan ni la seronok baby dah mula banyak main, gelak-gelak, golek-golek and so on.

Ok sebelum cerita lebih lanjut pasal Helena milestone, sy nak ambil peluang ni untuk mengucapkan takziah pada keluarga mangsa Flight MAS MH370 yang berakhir di Lautan Hindi. Susah sangat nak cakap pasal ni. Ramai sangat manusia cakap teori itu ini, pastu macam-macam spekulasi. Ramai nak tunjuk hebat tahu itu ini padahal search dalam internet jek. I choose to remain silence and not commenting any of this issues. Serahlah pada yang pakar sebab they know better than us. Sabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Allah maha mengetahui. Marilah sama-sama kita berdoa meminta Allah tunjukan jalan yang benar.


Friday, March 21, 2014

Sis in Law Wedding 15.03.14, Kuala Terengganu

Salam,

Selepas hampir seminggu pulang dari bercuti di kampung halaman husband barula sempat nak update blog. Cuti kali ni memang tersangatla penat dan tak berbaloi balik sebab sy dan suami tak dapat cuti. frust sesangat okeh. travelling dah 2 hari dan hanya sehari yang betul2 duk rumah. penat dengan tidur tak cukup. Nasib baik Helena tak meragam. malam dia tidur nyenyak. maybe sebab Terengganu sejuk dan hujan saja sepanjang kitorang di sana. Alhamdulillah.

Dan lega sangat semasa kami di sana dapat berita gembira iaitu KL / Selangor pun dah hujan lebat. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.

BTW kitorg gerak dari KL pada jumaat malam lepas kerja. Sampai Terengganu pukul 3 pagi hari Sabtu. Sampai-sampai nyusukan Helena siap-siap supaya dia tidur lama dan bagi mama n abah tidur sekejap. Pagi tu nasib baik terjaga awal. pukul 11am dah siap untuk ke wedding adik suami di Dewan. Sorry nama dewan tu dah terlupa la. hehehh.

Thursday, March 6, 2014

Happy 3 Months Old my Helena!

Salam,

Im backkk. Hamagad lama gilaaaa tak bukak blog nih. last post pun a month ago. sorry too busy with work and family. Ni pun just a quick update on Helena's milestone. 25 February yang lepas Helena dah 3 bulan. Kejap je masa berlalu. she's a big girl now. hehehh.

Masa Helena 2 bulan berat dia 4kg. Now after a month she's 5kg. yeay! Sebab masa bulan kedua tu naik sikit je dari bulan pertama. Alhamdulillah now dia banyak minum susu and tidur.

Sepanjang 3 bulan ni memang seronok tengok satu-satu benda yang dia belajar and buat. So far list ni jela yang obvious nampak dia boleh buat. lets cekidaut!


Monday, February 3, 2014

Aqiqah Rayyan & Miqael 1.2.14

Salam uols.

i'm backkk. busy mode is on. semenjak dah jadi mak tak sempat nak belek benda lain. lifestyle 100% berubah. minta maaf kalau tak sempat nak blogwalking. bukan sombong tapi memang tak sempat. kat rumah dah busy uruskan rumah anak dan suami. kt ofis dah busy kerja. cuma time rehat sempat la curi masa nak update. muehehe.

Sabtu lepas kami anak beranak attend majlis aqiqah Rayyan dan Miqael dekat Klang. both are my cousin's sons. Sorang anak Zack Merican sorang lagi anak Meyra Merican. bukan tu saja semua babies 2013 dapat berkumpul. Last year our families dapat 6 babies. 3 boys 3 girls. tapi hanya 5 dapat jumpa sebab yang lagi sorang ada kat Egypt.

memang happening sangat walaupun agak renyah bawak baby kecik p kenduri sebab bising. bila bising helena susah nak tidur pastu meragam. tapi alhamdulillah dia ok jugak. mungkin seronok jumpa cousin lain2 (padahal kecik lagi tatau pape).

Overall sangat happy dapat jumpa semua family. finally dapat berkumpul. selalu time ada wedding or event mcm ni jek boleh kumpul ramai2. bila dah jumpa bersembang lama. macam-macam nak update. time tu paling best. tapi balik rumah flat habis. bukan buat apapun. sembang2 pun boleh penat plus ngantok. nampak sangat makin tua. haha

Jom layan pics! tapi pics mama Helena tak banyak sebab semua nampak gemok. ahahaha~

 Santekk takkk baju kitewww