Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, March 12, 2015

Wednesday, June 18, 2014

Floria Putrajaya 2014

Salam,

Hari sabtu lepas, termakan godaan racunan rakan sepejabat suruh pergi Floria 2014 ni. sebab dia cakap best. apa yang best setakat tengok bunga? hahakk. dalam palotak sy ni terfikir kalau Floria ni macam taman bunga dalam cerita hindustan tu sy nak lah pergi. boleh duduk tengah2 bunga. bunga2 paras pinggang kita. kita duk tengah2 feeling-feeling cerita kuch kuch hota hai ka apa baru lah bagi sy best. tapi kalau setakat pergi lepas tu taman-taman bunga tu dorang letak signage dilarang masuk pastu sekadar nak tengok dari jauh baik tak payah buat Floria ni.

Tapi rakan sepejabat asyik cakap best. dia suruh pi tengok sendiri. dengan penuh rasa curiga (siap Google bagai nak tengok tahap best ke tak), hari Sabtu pergila kitorang tiga beranak dengan harapan nak photoshoot Helena di tengah taman bunga. wahahaha.

Thursday, May 22, 2014

Cameron Highland Family Gathering - Part 2

Salam,

Susulan selepas entry Cameron Highland Family Gathering - Part 1.

Baru hari ni mampu nak sambung part 2. Biasa lah busy kan. Lepas tu every weekend mesti ada aktiviti macam-macam. Dah berapa minggu tak dapat rehat secukupnya. Hishh penat-penat. Sampai pernah terfikir nak apply cuti sehari, lepas tu hantar Helena kat pengasuh dan balik rumah tidur untuk seharian. Tapi bila nak buat camtu, tak sampai hati nak tinggalkan Helena kat bs. nak tengok dia sendiri. hihi.

Okela bersambung entry yang lepas, 2nd day bangun dan terus siap. Plan nak pergi awal ke Strawberry Farm. tapi masing-masing bangun lewat. dahla nak tunggu sorang-sorang siap. Last-last pukul 10am jugak la keluar. Keluar je terus jem. arghhh stress betul pagi-pagi dah jem. potong mood.
Since Cameron banyak sangat Strawberry farm, kitorang decide nak cari paling dekat jek. sebab tak mau buang masa atas kereta.

 ni je satu2nya gambar full family yg ada. Terpaksa buat black n white sebab gambar ni over exposure. geram kat orang yang tolong ambil gambar tu sebab lepas ambil takde pun nak tanya oke ke x gambar. terus blah je. sekali tengok muka semua cerah melampau. edit camni baru ok sikit.

Monday, May 12, 2014

Cameron Highland Family Gathering - Part 1

Salam,

Labor day baru ni my in laws dah arrange percutian ke Cameron Highland. Asalnya plan dorang nak bercuti di pantai. Cari apartment di serata pulau-pulau peranginan di Malaysia tapi mostly dah fully book. So last dorang decide pergi Cameron jek sebab itu je tempat yang masih available.

This vacation was fully sponsored by my MIL. hehehe. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak.
Kalau nak harapkan sy dan suami arrange tah bila nak pergi bercuti. dari kahwin sampai sekarang tak merasa lagi pergi honeymoon.

So kalau korang nak tanya pasal harga penginapan sorry la taktau berapa price dia sebab tak tanya pun kat mak mertua. haha. MIL booked 4 bedrooms service apartment. Apartment kitorang duduk  tu nama dia Rose Apartment. Quite spacious untuk kitorang. kitorang smua total 9 Adults + 3 Babies.

Ok the beginning. haha. Perjalanan seawal 8.30am ke 9am camtu la. memula pergi ambil adik suami di Beranang. sampai dalam 9.30am kot. then proceed pergi ambil adik suami yang lagi satu di Selayang. Then lunch siap-siap kat situ baru gerak ke Cameron. Kitorang berbelah bagi nak pergi Cameron ikut Simpang Pulai or Tapah. As suggested by colleagues suruh ambil Simpang Pulai instead of Tapah. Sebab jalan Simpang Pulai wider dan tak curam. Tapi jalan jauh sikit sebab atas lagi dari Tapah. Husband mula-mula bising sebab dia nak cepat sampai tapi sebab pikir keselamatan dia ikutkan jugak. Tapi sangat lahhh frustrated bila jalan kitorang ambil tu jem teruk tahap babun. Stress sangat dengan keadaan jalan ikut laluan Simpang Pulai, dengan minyak dah menyala tetiba, husband terus patah balik turun. padahal lagi 20km nak sampai Cameron kot.tapi walaupun dah dekat tapi 2 jam lebih stuck dekat jalan naik cameron tuh. Memang mencabar gila dengan nak terkencing lagi, dengan hujan lebat lagi. tu yang suami patah balik. Turun sampai R&R Tapah, isi minyak, pastu baru start perjalanan balik ikut Tapah. Husband tak mau dah ikut Simpang Pulai. ikut Simpang Pulai jalan tak jem. tapi ni satu hal pulak, jalan sempit, berbelit-belit, curam dan banyak lori. serius scary. Kalau orang macam aku ni drive mau masuk gaung dah kot.

Tuesday, May 6, 2014

JKids Baby Spa One City, Subang Jaya

Salam,

This entry patut dah last week publish tapi last week memang hectic gila. Sebab kerja Isnin sampai Rabu macam orang gila dah. yela weols busy preparing for klia2 opening. hari Rabu lagila tak masuk langsung ofis terus pergi klia2. so dalam masa 2 hari nak siapkan kerja untuk seminggu. somemore month end pulak. benda lain nak kejar lagi. Khamis dah Labor Day nak pergi Cameron Highlands sampai Sabtu. Memangla stress last week.

Eh dah terlari tajuk pulak. okela last week Sabtu stay dekat hotel baru di Subang Jaya. E-City Hotel di One City Subang. Hotel ni baru buat opening. So dapat stay dengan special rate. Tapi promo dah habis sampai end of April. Hotel ni not bad. Design cantik tapi banyak jugak kekurangan sana sini. Hotel baru la katakan. Nak-nak pulak kena dengan sy yang memang kerja hotel sebelum ni memang semua rasa nak komplen. haha

 anak abohhhhh

Friday, March 21, 2014

Sis in Law Wedding 15.03.14, Kuala Terengganu

Salam,

Selepas hampir seminggu pulang dari bercuti di kampung halaman husband barula sempat nak update blog. Cuti kali ni memang tersangatla penat dan tak berbaloi balik sebab sy dan suami tak dapat cuti. frust sesangat okeh. travelling dah 2 hari dan hanya sehari yang betul2 duk rumah. penat dengan tidur tak cukup. Nasib baik Helena tak meragam. malam dia tidur nyenyak. maybe sebab Terengganu sejuk dan hujan saja sepanjang kitorang di sana. Alhamdulillah.

Dan lega sangat semasa kami di sana dapat berita gembira iaitu KL / Selangor pun dah hujan lebat. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.

BTW kitorg gerak dari KL pada jumaat malam lepas kerja. Sampai Terengganu pukul 3 pagi hari Sabtu. Sampai-sampai nyusukan Helena siap-siap supaya dia tidur lama dan bagi mama n abah tidur sekejap. Pagi tu nasib baik terjaga awal. pukul 11am dah siap untuk ke wedding adik suami di Dewan. Sorry nama dewan tu dah terlupa la. hehehh.

Monday, February 3, 2014

Aqiqah Rayyan & Miqael 1.2.14

Salam uols.

i'm backkk. busy mode is on. semenjak dah jadi mak tak sempat nak belek benda lain. lifestyle 100% berubah. minta maaf kalau tak sempat nak blogwalking. bukan sombong tapi memang tak sempat. kat rumah dah busy uruskan rumah anak dan suami. kt ofis dah busy kerja. cuma time rehat sempat la curi masa nak update. muehehe.

Sabtu lepas kami anak beranak attend majlis aqiqah Rayyan dan Miqael dekat Klang. both are my cousin's sons. Sorang anak Zack Merican sorang lagi anak Meyra Merican. bukan tu saja semua babies 2013 dapat berkumpul. Last year our families dapat 6 babies. 3 boys 3 girls. tapi hanya 5 dapat jumpa sebab yang lagi sorang ada kat Egypt.

memang happening sangat walaupun agak renyah bawak baby kecik p kenduri sebab bising. bila bising helena susah nak tidur pastu meragam. tapi alhamdulillah dia ok jugak. mungkin seronok jumpa cousin lain2 (padahal kecik lagi tatau pape).

Overall sangat happy dapat jumpa semua family. finally dapat berkumpul. selalu time ada wedding or event mcm ni jek boleh kumpul ramai2. bila dah jumpa bersembang lama. macam-macam nak update. time tu paling best. tapi balik rumah flat habis. bukan buat apapun. sembang2 pun boleh penat plus ngantok. nampak sangat makin tua. haha

Jom layan pics! tapi pics mama Helena tak banyak sebab semua nampak gemok. ahahaha~

 Santekk takkk baju kitewww

Monday, November 18, 2013

A Wedding and Updates on Pregnancy

Salam,

so today am approaching 38weeks soon. tapi still no sign of labor. baby nampaknya selesa sangat dalam perut mama dia sampai tak mo keluar. but its ok. as long anak mama sihat. cuma risau overdue and kena induce. mintak dijauhkan. aamiin.

dah macam-macam buat untuk natural induce. Naik turun tangga 4 tingkat kat rumah even kat ofis pun iolss tak naik ofis pakai lif tau. sanggup naik tangga semata-mata nak cepatkan bersalin. jalan itik, pereneum massages, mop cuci rumah, cuci toilet, lap lantai dapur ala mencangkung, buat yoga exercise, ehem ehem dgn laki, makan pedas, minum air kelapa n macam-macam lagi. semua start seawal 32weeks lagi tapi macam tak berapa berjaya. huhuhu. hopefully dapatla keluar seawal mungkin please. Last week check up baby dah tak kecik okeh! dah 2.6kg! maksudnya by the time due date mau 3kg gak kot. kalau overdue lagi la kan. hahaa. cepat sungguh membesaq.

 mama loves u no matter what :p

Monday, August 26, 2013

Jamuan Raya MAB and A Birthday Party

Salam,

Sabtu lepas dapat invitation pergi Jamuan Raya Malaysia Airport Berhad di Sama-Sama Hotel, KLIA. Jamuan Raya khas untuk staf Malaysia Airport dan keluarga. So pergilah dengan suami.
Jamuan tu start pukul 2pm. Kami dah sampai 1.30pm tapi kesian dekat suami. Sampai-sampai kambing golek dah tinggal tulang. Rupanya ada staf2 yang sampai lagi awal dari tu dah bedal dulu kambing. So kami pun makan la apa yang ada. Biasalah menu raya nasi briani ayam, ketupat, rendang, nasi impit n so on. memang banyak jugak makanan. Dessert pun banyak. Tapi terlalu ramai orang. Jadi nak makan pun agak tak selesa.

 Ni dekat luar ballroom. Dalam ballroom pun penuh. Kat luar hotel pun pasang khemah jugak pun penuh manusia

Thursday, August 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Salam semua,

Finally baru balik dari bercuti panjang. Sebelum bercerita panjang masih belum terlambat nak wish kat semua Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun maaf dipinta sekiranya kata-kata sy kat blog ni mengguris hati sesiapa.

Raya kali ni bagi sy memang tersangatlah best. sebabnya dapat merasa perasaan balik kampung dan paling penting tahun ni raya kat kampung sy dulu. muehehe. tahun lepas memang masih duduk di Penang bersama keluarga lepas tu beraya di kampung suami dulu. Sebab tu rasa tahun ni sangat best. Tapi part tak best nak kena bagi duit raya. haha

So bermulalah perjalanan dari Sepang - Penang pada 6 Ogos lepas berbuka puasa. Alhamdulillah perjalanan lancar. tak jem. cuma slow sikit sebelum ipoh. dalam 4jam30 minit dah sampai Penang.

Dah sampai sehari sebelum raya dapatla bantu mak sikit sebanyak. Mak masak nasik tomato, ayam masak rose, kurma daging, nasi himpit, kuah kacang dan apple pie. sy kat dapur tolong-tolong kacau jela. biasalah time balik kampung nak merasa masakan dari air tangan mak.

Wednesday, June 5, 2013

Happy 1st Anniversary to us!

Salam everyone!

Alhamdulillah, 2 June 2013 dah genap setahun usia pernikahan sy dan suami...kejap je masa berlalu...dan kebetulan 2 June jugak adalah anniversary abang sy dengan isteri beliau...depa dah 6 tahun kahwin...so Ahad lepas since my family turun sini, mak buat makan special untuk kitorang...dah lama sangat tak makan masakan mak...finally dapat..kepuasan terasa...hehehehe..btw gambar diambil pun tak banyak...mostly ambil pic anak2 abang...depa lagi excited okeh...mesti depa ingat kek tu untuk depa...hahaha...



Tuesday, April 2, 2013

Cousin's Wedding Reception

Salam all,

penatnyaa last weekend sebab hari Jumaat balik Penang...gerak from 8pm tapi sampai kul 4am! stress mak jemahhhh..jem teruk dari KL ke Tapah...ada accident...pukul 1am baru sampai Tapah okeh! lepas tu baru ok sikit tp still banyak kereta...then hari Ahad, gerak awal kononnya nak sampai awal la kat rumah....gerak pukul 2pm tapi pukul 12tengah malam baru sampai...waaaa!! kenapalah asal cuti sekolah mesti jem...menyampah betul...kerajaan tolong laaa besarkan lane2 highway kat Malaysia ni...bagi jadi 6 lane ke...tol bayar hari2...untung juta-juta..tapi takmau besarkan jalan...haiyaaaa...

************************************Iklan Jap**************************************

 Jangan lupa datang minggu ni okeh!

************************************Iklan Jap************************************

Monday, March 11, 2013

Jubah Sudah Sampai!

Salam hari Isnin,

Harini husband tak sihat...kesian dia...pagi2 tadi dah rush kitorang pergi hospital Putrajaya...mujur tak kena admitted...tapi dia dapat MC and sy ambil EL sebab nak jaga dia...now tengah tidur jap and sy terus sambung bekerja dari rumah..patutnya hari ni ada Monthly Meeting..tapi apakan daya terpaksa cancel sebab benda nak jadi kan...hopefully my husband cepat2 sembuh...sambil2 buat kerja tu menyimpang la kejap nak update blog nih...

Hari Sabtu lepas, sy dan suami plan nak pergi jalan2 sampai putus urat kaki...tetapi, dah ditakdirkan, kami dapat satu berita kematian ayahanda cousin ku di Shah Alam...so kitorang yang dah sampai ke Gombak, terus patah balik ke Shah Alam...sebab arwah akan ditanam di Penang...Lepas Maghrib semua ahli keluarga arwah nak bergegas pulang ke Penang...dah la sy hari tu pakai seluar jeans / baju t-shirt...pergi melawat rumah orang meninggal pakai mcm tu sangat tak sesuai lah kann...tapi nak buat mcm mana...dah la jalan dari Sepang ke Gombak jem gilossss...then dari Gombak ke Shah Alam pun sama jugak jem...memang tak menyempat lah kan nak tukar baju bagai...

Thursday, December 6, 2012

Meyra Merican & Que Wedding Reception

Salam all,

aiyak sy hutang satu entry pasal my cousin wedding...al maklum lah baru pindah...sabtu lepas sy dah officially move to Sepang...woot2...penat pindah2 ni...tapi sangat menyeronokan..okelah bab pindah akan story dalam entry lain...now kita layan my cousin wedding reception okeh...huhu...

Entry yang malas nak taip panjang2 sebab internet tak laju..jap2 terputus talian..hahaha

Monday, November 19, 2012

Meyra Merican & Ahmad Nur Qamari Akad Nikah Day

Salam ladies (and gentleman perhaps),

Sooo looonggg never update...haha..sebabnya banyak sangat wedding...plus my cousin kahwin so the whole families turun padang untuk tolong menolong...congratulation to Meyra Merican yang dah selamat di ijab kabul dengan Ahmad Nur Qamari...

So happy for them! so let me share with all of u the pics...the theme untuk akad ialah pink (all my close cousins memang prefer pink..haha)

But sebelum kita melayan gambar, jangan lah lupa untuk mendoakan keselamatan saudara2 kita di Palestin sekarang...di saat kita tengah bergembira, saudara kita hidup dalam ketakutan dalam peperangan...semoga Allah SWT makbulkan doa kita semua...amin

*** Pengantin ***


Sunday, October 28, 2012

Hari Raya Aidiladha 2012

Salam pada semua...dah kenyang makan daging korban? hehe..jangan makan banyak-banyak nanti darah tinggi pulak...my husband lepas makan check la pakai mesin yang boleh check pressure tuh...memang naik nokks..

kali ni sy beraya dekat Penang...sebab tak dapat cuti...tak boleh balik sebelah kampung husband di Terengganu...nanti kena plan lain nak balik sana :)

by the way kali ni Raya Aidiladha tak ada baju baru...hanya ada tudung baru...itupun tudung dari The Hijabi Doll...hahaha..memang belum dijual lagi...