Showing posts with label Master Bedroom. Show all posts
Showing posts with label Master Bedroom. Show all posts

Tuesday, April 7, 2015

Projek DIY : Part 2 - Dressing Table Area

Assalamualaikum semua,

Now sambung buat DIY lg from last update:

http://rinahamid.blogspot.com/2015/03/projek-diy-part-1-spray-perabot.html

Boleh kata every weekend ada je aktiviti nak buat. Tapi problem dengan sikap aku ni suka buat kerja sekerat jalan. Aku tak suka ada gangguan bila tengah buat sesuatu. bila ada gangguan dia automatik stop pastu tak buat2 dah sampai kesudah.

Weekend baru ni duk DIY sarung tilam. dahla aku takdak mesin jahit. so kena jahit pakai tangan. yang paling geram time jahit tu la jugak si Helena nak menempek situ. Siap duduk atas kain yang betul2 tengah duk jahit. bila tak layan, dia guling-guling atas kain tu dan sikit lagi nak kena jarum-jarum. geram jugaklaaa kan. nak buat time dia tidur memang payah sebab Helena tidur siang tak lama. setakat 30 minit je ke sejam je paling lama. nak buat kerja lain lagi. so memang tak boleh. nak mintak aboh Helena jagakan, masalahnya Helena kalau tengok benda baru atau pelik skit dia jadi jakun. nak jugak sebuk mai tengok apa aku buat. so tak guna jugak if suruh aboh tengokan. nak buat malam, aku rasa aku tidoq lagi awal dari Helena kadang-kadang. So aboh dia yang akan tidurkan. So berbalik pada cerita tadi, memang tinggal seketul la sarung tilam tu kat situ. tunggu mood rajin datang semula lain kali.

Bila bosan duk rumah, nak jugak carik something yang boleh dibuat. yang tidah merbahaya pada anak. Alih-alih sambung la balik deco dressing table area ni.