Showing posts with label Diari Dapur. Show all posts
Showing posts with label Diari Dapur. Show all posts

Monday, June 6, 2016

Rainbow Marble Cake

As Salam all,

Dah lama tak bersiaran. Sebelum tu nak wish selamat menunaikan ibadah puasa ya kawan-kawan sekalian. Semoga Ramadhan kali ni lebih diberkati dan sy doakan korang semua dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna.

Ok back to the topic, sapa suka butter cake? Butter cake ni is actually my all time fav! Dahla senang nak buat pastu sedap pulak. Sy dan keluarga sy dari kecik memang suka butter cake. Bau dia je dah boleh buat orang kelaparan. Ingat masa kecik2 mak selalu buat butter cake ni makan panas2. Sekarang dah turun ke anak dan cucu2 semua pun hantu butter cake.

Lepas dah selalu sangat makan plain butter cake, then sy suka pulak buat marble cake. Marble cake sama je resipi cuma bahagikan to two portions. satu portion untuk plain color lagi satu portion letak serbuk koko. then buat la swirl untuk jadikan marble cake.

Tapi saya dan bosan jugak then saja nak buat kek mengada-ngada untuk my 4th year anniversary. Kek mengada-ngada nak paling simple dan senang buat tapi result kebabooom. hahaha. ada ke camtu? Butter cake lah jawapannya! so nak jadikan dia over2 sikit so I can upload it on social media, maka terhasil lah Rainbow Marble Cake nih.

Sorry malas nak decorate lebih2 sebab dah malas

Monday, November 2, 2015

Diari Dapur : Carrot Walnut Cake with Cream Cheese Frosting

Assalamualaikum semua.

Last update blog ni bulan Ogos. lama betul tak update. jangan kata update, nak baca blog orang lain pun tak menyempat. patutla tak dak sapa menyinggah. dah sepi sendu blog ni. kikiki.

Okelah malas nak taip sangat. nak share resipi Carrot Cake je pun. Buat untuk birthday husband 16 October lepas. Sebenarnya dia tak request pun nak Carrot Cake, bini dia ni haa yang teringin nak makan. hehehh. Sebab sy ni tersangatla cerewet dalam bab Carrot Cake ni. Kalau pergi kedai kek mana2 mesti Carrot Cake dia tak menepati tekak sy ni.
Kalau ikut tekak sy mesti nak yang kurang rasa cinnamon, nak walnut banyak2, tak nak ada kismis, nak topping cream cheese. Tu yang merajinkan diri untuk buat sendiri.

Resipi ni macam biasa lah. Google banyak2 resipi pastu combine sana sini. So ni la final resultnya.
Sedap jugakla di tekak sendiri. Hihi

Wednesday, August 19, 2015

Diari Dapur : Easy Bake Chocolate Swirl Cheese Cake

Assalamualaikum,

Wow lama betul tak berupdate. Hihi sorry. Harini baru mood datang. Sikit jela tapi. Dah alang-alang ada mood kena up jugak ler satu entry.

Since dah ada oven, husband request buat cheese cake yang dibakar. sebelum ni asyik No Bake Cheese Cake je. Dia tak suka sangat. So mintak buat cheese cake betul. So layankan jela. 

BTW, kalau nak resipi No Bake Cheese Cake sila ke link ni --->  


Ok sekarang back to Swirl Cheese Cake Recipe.


Chocolate swirl cheesecake

Crust:
Beberapa keping cookies (tak kisah cookies apa-apa) --- Crushed
Choc Chip --- Blend sampai halus
2 Tablespoon Melted Butter

** gaul melted butter dalam crushed cookies and choc chip then tekap kuat-kuat kat dalam loyang (refer pic below). masukan dalam freezer dan bekukan dalam 15-20minit.

Filling:
2 Packets Cream Cheese --- Sy pakai Tatura
1/2 cup Thick Cream --- Sy pakai Pauls
1/2 Cup Castor Sugar
1 Tablespoon Lemon
4 Eggs
Vanilla Essence
Cooking Chocolate / Choc Chip --- dicairkan untuk buat swirl 

Steps:
1. Preheat oven 160 darjah celcius selama 10 minit
2. Pukul Cream Cheese, Castor Sugar sampai kembang.
3. Masukan telur sebijik sebijik (masuk sebijik pukul, masuk sebijik pukul sampai habis empat bijik)
4. Masukan thick cream. air perahan lemon, esen vanila dan pukul sampai sebati
5. Tuang adunan dalam loyang berisi biskut tadi
5. Cairkan cooking chocolate dan tuang sikit2 pastu pakai lidi sate untuk buat swirl.
6. Masuk dalam Oven dan bakar selama 40 minit. (make sure pakai cara water bath yer)

Selamat mencuba!

Love,

Rina Hamid

Monday, June 29, 2015

Diari Dapur : Shepherd's Pie Mudah dan Sedap

Assalamualaikum,

Lama tak bersiaran. Time bulan puasa ni bukan sahaja penat bercakap, nak taip entry kat blog pun tak larat. over kan?



Masa sebelum puasa haritu husband baik hati dah hadiahkan oven sebijik. happy la jugak. happy sebab boleh baking. I love baking. tapi yang tak happy tu, husband dah request buat macam-macam. erkkk. terus rasa malas. wahahaha.

Thursday, March 12, 2015

Monday, June 23, 2014

Diari Dapur : Easy No Bake Yogurt Cheesecake

Salam,

Sorry for the extremely late entry. haha. siapa hantu cheese cake sini? dan pemalas macam sy nak bake? nak cepat buat cheese cake yang mudah dalam masa 20minit? hehehe. Meh sy share resipi yang gila mudah ni. resipi ni boleh dibuat mengikut creativity masing-masing yer. so sy share resipi basic then ikutla korang nak olah macam mana.


Thursday, April 17, 2014

Diari Dapur: Baked Mini Fritatta Magic Pan

Salam,

Last week berkesempatan nak buat Mini Fritatta ni. Saja bosan dengan menu harian dan nak mencuba something new. So terus Google and jumpa resepi simple nak mati ni. So lepas ni korang boleh la mencuba buat.

Resipi ni asalnya kena pakai oven. tapi since sy xdak oven, magic pan pun jadilah. janji jadi makanan dan sedap. muehehe.

 Ni gambar dari google

Fritatta ni kalau ikut orang Malaysia dia ni sejenis makanan yang lebih kurang telur dadar kot. cuma lagi banyak inti letak dan pakai cheese banyak2.

Untuk acuan ikut suka korang nak letak dalam acuan apapun. ada jugak yang pakai acuan cupcake tu. sy memula nak pakai acuan cupcake tapi tak jumpa yang 6 lubang punya. yang ada mostly 9 atau 12. besar sangat tak muat nak masuk magic pan sy pulak kang.

Resipi ni bolehla buat waktu pagi or minum petang.

Friday, September 20, 2013

Diari Dapur: Homemade Meatballs / Burger Patties

Salam,

Kelass tak resepi kali ni? Seperti dijanjikan dalam entry lepas nak bagi resepi ni kan. Lepas ni tak perlu lah nak bersusah payah ke Ikea makan meatballs (padahal diri sendiri tak pernah makan meatball Ikea) or pergi mana-mana kedai burger bakar. Sebab semuanya boleh dibuat dirumah hasil air tangan sendiri. lagi best sebab boleh ikut tekak masing-masing nak pedas ke, banyak daging ke, bawang ke. huhu

Sorry lah roti burger lupa nak beli. Sayur pun tak letak sebab lupa keluarkan dari peti ais
*penyakit nyanyok makin terok lani*

Tuesday, August 20, 2013

Diari Dapur: Kambing Bakar Pemanggang Ajaib

Salam,

Masih dalam mood beraya? atau mood bekerja? so far sy masih dua-dua. tapi apakan daya weekend saja boleh mood beraya. Weekdays feeling-feeling kerja menimbun.

Semenjak balik bercuti mood masak masih kelaut. tapi dengan adanya pemanggang ajaib, semuanya menjadi sangat mudah dan memasak tak perlu lama. heheh.

Semalam dengan semangatnya masak kambing bakar sebab kambing memang favorite suami. dari minggu lepas duk teringin kambing. so apa lagi, pergi tesco beli daging kambing.

Ni dah siap dibakar.
Nampak macam berminyak tapi sebenarnya tu madu dan olive oil tau.

Monday, July 22, 2013

Diari Dapur: Cream Caramel Accident sangat Mudah lagi Lazat

Salam,

Boleh pulak tak perasan entry ni tak publish dah seminggu lebih. Rupanya terlupa set schedule date and time. Bila tengok blog-blog lain up entry puding caramel, check blog sendiri baru perasan entry ni tak publish. Biasalah puasa ni otak jadi lembap sikit T_T

Haa nak tau tak kenapa sy namakan resipi ni cream caramel accident? memandangkan ni 1st attempt sy, rupanya baru tau yang resipi kawan sy bagi ni untuk diletak dalam loyang jek. Bukan resipi untuk tuang atas pinggan. Kalau nak makan kena cedok masuk dalam gelas. Kalau nak lebih cantik pakai la cup kecil-kecil tu. tak payah susah-susah nak cedok bagai.


Friday, July 19, 2013

Diari Dapur: Butterscotch Bread and Butter Pudding with Vanilla Sauce

Salam,

Haritu tiba-tiba teringin makan bread and butter pudding macam hotel buat tu. Biasalah time bulan puasa saja selalu teringin itu ini. Resipi ni combine dari pelbagai blog lepas tu buat sendiri ikut citarasa sy. Bukan nak riak, tapi rasa puding roti ni ikut mulut ku jauh lagi sedap dari beberapa jenis puding roti di hotel-hotel yang pernah sy makan. hahaha *muka bangga padahal resipi senang gila nak mampos untuk dibuat*

Butterscotch Bread and Butter Pudding:
8 keping roti Gardenia Butterscotch
Susu Kotak ------> Kalau nak rasa lemak-lemak pakai la full cream milk. tapi sy pakai Marigold HL Low Fat Milk. Pakai setakat cukup untuk rendam roti-roti
3 Sudu Besar Gula Halus
2 Biji Telur Ayam
Esen Vanilla
Mentega
1 Cawan Coklat Cip ------> sy pakai sepeket terus sebab sy memang tamak choc chips ni.
Kismis

Vanilla Caramel Sauce:
1 tin susu Evaporated Milk
2 Sudu Besar Gula Halus ------> sy buat ikut citarasa sy sbb tak suka manis-manis. kalau budak-budak makan sy rasa boleh tambah lagi 1 sudu kot
2 Sudu Besar Tepung Kastad
Esen Vanila

Monday, July 15, 2013

Diari Dapur: Strawberry Peaches Froyo

Salam,

Dah masuk 6 hari kita berpuasa. Alhamdulillah masih boleh bertahan. Baby dalam tummy pun alhamdulillah tak meragam. Cuma mengantuk tu biasalah. Kalau tak mengantuk bukan Rina Hamid namanya.

Minggu lepas adala perasan dekat blog Cik Epal yang dia buat aiskrim pelangi dengan buah-buahan. Terliur beb. Ni link resipi beliau : http://cikepal06.blogspot.com/2013/07/cara-cara-nak-buat-aiskrim-pelangi.html#.UeNhG6xvbIU

Teruslah dengan confident nak buat jugak. Semangat p cari merata tempat bekas aiskrim tu. Tapi hampa. Kat Tesco tak dak. Kedai-kedai plastik pun tak dak. Kedai runcit apatah lagi. Dahla bulan puasa. Memang mencabar betul nak cari. (plan memula nak p Daiso tapi malas nak drive jauh2)
End up sy just pakai cup plastik yang dibeli di kedai runcit. Bolehla asalkan jadi walaupun rupa tak semenarik pakai bekas aiskrim tu.

Tuesday, July 9, 2013

Diari Dapur: Ayam Panggang Nandos

Salam,

Sedar tak sedar esok nak puasa dah. so di kesempatan ini sy ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan marilah kita sama-sama memperbanyakan amalan-amalan ibadah. bukan setakat tahan lapar dan dahaga sahaja tau.


Okeh untuk bulan puasa ni salah satu dilema terbesar ialah nak makan apa semasa berbuka. betul tak?
paling senang beli sahaja. tapi untuk sy yang berkahwin ni takkan tiap-tiap hari nak beli kat bazaar.

baru-baru ni belajar la masak ayam panggang. Nanti boleh la masa bulan puasa buat lagi. Sebenarnya resipi ni belambak-lambak blogger dah buat entry. In fact sy pun ambil dari depa pastu olah-olah sikit.

Wednesday, March 13, 2013

Diari Dapur: Simple Tortilla Pizza Recipe

Salam,

Pomeriggio tutti bene! Come stai? haha tiba2 lidah tergeliat tukar bahasa Italy pulak...almaklum lah dah makan pizza sedap dari Italy...

Isnin lepas sy cuti EL menjaga suami, semangat lah nak masak malam...tapi tak mau makan nasik...nak makan pizza...dari minggu lepas nak makan tapi hajat tak kesampaian...lepas tu pulak duk rumah malas nak keluar...apa lagi korek2 lah bahan2 apa yang ada dalam dapur...tengok ada tortilla bread...tortilla bread ni sy memang simpan stok kat rumah sebab macam2 boleh buat dengan roti ni...sama macam kulit popiah...tapi tortilla bread ni nipis...bagi yang suka pizza thin crust mungkin boleh cuba...



Tuesday, January 15, 2013

Diari Dapur: Popiah Fusion Homemade

Salam,

Phewww! 2nd post untuk tahun ni..nampak sangat lemaunya untuk blogging...plus my super hectic day in the office...Kerja baru agak mencabar but now going on smoothly...

So last Saturday, memandangkan tak ada apa-apa aktiviti di rumah, sy plan with my BFFs nak buat mini potluck...sy tak hidangkan banyak makanan pun...cuma spaghetti carbonara and popiah fusion. Sebab itu saja benda paling senang nak dimasak..haha...

So untuk entry kali ni nak tunjuk macam mana nak buat popiah fusion ni...kenapa nama popiah fusion? Sebabnya selalu inti popiah ni kita letak sayur-sayur / inti karipap / inti kentang dan sebagainya...

saya pulak pakai inti tuna dan cheese...so dah westernized sikit popiah ni sebab tu jadi popiah fusion...hahaha

Tak susah pun buat popiah ni...so lepas ni tak dak la korang asyik minum petang makan cucur saja kan...sekali sekala tu tukar la selera...

Monday, October 29, 2012

Diari Dapur: Red Velvet Cupcakes

Salam...

its Monday and i'm still on leave..heheheh..rasa bahagia bila cuti..eventhough tomorrow dah nak start kerja dah pun...haizzz..

korang suka Red Velvet tak? I loooovvveeeee Red Velvet..hahah...tapi selalunya sy just beli dekat kedai kek...tapi agak susah nak cari Red Velvet di Penang ni sebenarnya...yang high class seperti di Coffee Bean ada, di Gurney Plaza ada satu kedai kek (tak tau apa nama dia) pun ada...ataupun yang kurang sikit high class dekat kiosk Jusco Perda pun ada...

Since this month is my birthday and my husband's birthday, sy dengan gigih plan nak buat Red Velvet untuk kami berdua...pagi2 lepas solat raya Aidiladha i buat uolssss...dengan baju kurung masuk dapur...

TETAPI! sedih sebab my 1st attempt nak buat Red Velvet tak jadi...nak tau kenapa tak jadi..baca sampai habis...

nampak sedap kan? luaran je santek =((


Monday, August 6, 2012

Diari Dapur: M&M Cookies for Hari Raya

Salam,

yeehooo semua...apa khabar? Alhamdulillah my new business, The Hijabi Doll is doing well on its first day...few colors dah sold out...tq semua...

btw, sepanjang cuti 3 hari ni...i've managed to bake few cookies...salah satu is my favorite, Choc Chip Cookies... refer the recipe here : http://rinahamid.blogspot.com/2011/08/chocolate-chip-cookies-recipe.html

dan resipi baru tahun ni sy cuba ialah M&M Walnut Cookies..sy cari resipi dalam Google...dah terjumpa link ni:
http://www.squidoo.com/m-m-cookies

Sila lihat akhir entry blog ini untuk full resipi :)

yang ni sy buat tau...bukan amek dalam google...hehehe :p

Wednesday, April 11, 2012

Diari Dapur: Chocolate Chip Muffin Recipe

Salam,

harini dengan mood yang ceria bersemangat nak buat muffin...ditambah pulak dengan keinginan nak makan sesuatu yang ada choc chip...sy ni seorang yang gila makan makanan ada choc chip..haha..

so terus Google resipi Choc Chip Muffin...terlalu banyak resipi sampai tak tau nak pilih...tapi bila buka satu website ni, terus nampak pic ni (link resipi di hujung entri) :

Saturday, February 18, 2012

Diari Dapur: Choc Chip Cookies....again!

Salam...

baru2 ni ada B2B yang duk cakap2 pasal cookies...lepas tu kuar la pasal Choc Chip Cookies yang saya penah buat satu entry dulu...

link here: http://rinahamid.blogspot.com/2011/08/chocolate-chip-cookies-recipe.html

Tiba2 jadi teringin pulak...terliur bila dorang duk komen2...haahaha...pastu terus ajak mak pergi beli choc chip...and semalam baru buat..

entri sebelum ni pakai cam fon jek...ni pakai cam dslr pulak...huhu


Monday, August 22, 2011

Diari Dapur: Chocolate Chip Cookies Recipe

Salam...baru2 ni sy ada buat chocolate chip cookies yg diambil dari website Savorysweetlife.com...mula2 duk cari la dari mcm2 website tp semua x menarik perhatian sy..tp last2 bila jumpa website Puan Alice Currah from US ni, it's like: i'm hooked!! just tgk gambar2 food dia pun dah meleleh air liur..nak dijadikan cerita, she's actually a photographer too!!

This is her link untuk choc chip dia yg sgt2 shedappp tuhh : http://savorysweetlife.com/2009/10/alices-chocolate-chip-cookie-recipe/

So sy pun memulakan la aktiviti untuk mncuba buat kuih...excited okehhh sbb 1st time buat...dulu2 pn slalu buat tp mak duk ada kt sebelah tlg2 gak...but this time mak jg cucu2 dia, so i'm all alone buat...yeay!!

Okey mula2 tgk recipe dalam website tu, sy ikut sebijik2 cuma ada a few amendments: