Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Friday, May 29, 2015

Brief Updates

Assalamualaikum.

Nak update lelaju nanti cerita jadi basi. Tapi ni ala-ala briefing la. cerita in detail menyusul kemudian. haaa banyakla menyusul kemudian. entah2 tak update langsung. banyak story masuk draf je lebih. hahaha.

BTW, tiap-tiap minggu mesti ada plan ke sana ke mari. dah almost sebulan weekend tak duduk rumah. ada ja kaki tu melangkah ke mana-mana. rumah dah macam tongkang pecah. bencik tengok.
Minggu ni pun sama. Esok parents nak datang from Penang. Bolehla bermanja dengan mak mintak dia tolong masak. wakakakaka. bertuah punya anak.


Helena say 'Hye uols!!"

Sepanjang busy2 memanjang, dah setel few things kat rumah. Dapur ku dah ada kitchen cabinet. legaaaa. Storage wall untuk tangga pun done, beli sofa tilam lemari pun done.

For a time being, taknak keluarkan big amount of money untuk rumah lagi. bawak2 bertenanng sat dulu. tunggu hujung tahun pulak pk dining table dengan katil.

Thursday, March 12, 2015

Wednesday, June 18, 2014

Floria Putrajaya 2014

Salam,

Hari sabtu lepas, termakan godaan racunan rakan sepejabat suruh pergi Floria 2014 ni. sebab dia cakap best. apa yang best setakat tengok bunga? hahakk. dalam palotak sy ni terfikir kalau Floria ni macam taman bunga dalam cerita hindustan tu sy nak lah pergi. boleh duduk tengah2 bunga. bunga2 paras pinggang kita. kita duk tengah2 feeling-feeling cerita kuch kuch hota hai ka apa baru lah bagi sy best. tapi kalau setakat pergi lepas tu taman-taman bunga tu dorang letak signage dilarang masuk pastu sekadar nak tengok dari jauh baik tak payah buat Floria ni.

Tapi rakan sepejabat asyik cakap best. dia suruh pi tengok sendiri. dengan penuh rasa curiga (siap Google bagai nak tengok tahap best ke tak), hari Sabtu pergila kitorang tiga beranak dengan harapan nak photoshoot Helena di tengah taman bunga. wahahaha.

Monday, May 12, 2014

Cameron Highland Family Gathering - Part 1

Salam,

Labor day baru ni my in laws dah arrange percutian ke Cameron Highland. Asalnya plan dorang nak bercuti di pantai. Cari apartment di serata pulau-pulau peranginan di Malaysia tapi mostly dah fully book. So last dorang decide pergi Cameron jek sebab itu je tempat yang masih available.

This vacation was fully sponsored by my MIL. hehehe. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak.
Kalau nak harapkan sy dan suami arrange tah bila nak pergi bercuti. dari kahwin sampai sekarang tak merasa lagi pergi honeymoon.

So kalau korang nak tanya pasal harga penginapan sorry la taktau berapa price dia sebab tak tanya pun kat mak mertua. haha. MIL booked 4 bedrooms service apartment. Apartment kitorang duduk  tu nama dia Rose Apartment. Quite spacious untuk kitorang. kitorang smua total 9 Adults + 3 Babies.

Ok the beginning. haha. Perjalanan seawal 8.30am ke 9am camtu la. memula pergi ambil adik suami di Beranang. sampai dalam 9.30am kot. then proceed pergi ambil adik suami yang lagi satu di Selayang. Then lunch siap-siap kat situ baru gerak ke Cameron. Kitorang berbelah bagi nak pergi Cameron ikut Simpang Pulai or Tapah. As suggested by colleagues suruh ambil Simpang Pulai instead of Tapah. Sebab jalan Simpang Pulai wider dan tak curam. Tapi jalan jauh sikit sebab atas lagi dari Tapah. Husband mula-mula bising sebab dia nak cepat sampai tapi sebab pikir keselamatan dia ikutkan jugak. Tapi sangat lahhh frustrated bila jalan kitorang ambil tu jem teruk tahap babun. Stress sangat dengan keadaan jalan ikut laluan Simpang Pulai, dengan minyak dah menyala tetiba, husband terus patah balik turun. padahal lagi 20km nak sampai Cameron kot.tapi walaupun dah dekat tapi 2 jam lebih stuck dekat jalan naik cameron tuh. Memang mencabar gila dengan nak terkencing lagi, dengan hujan lebat lagi. tu yang suami patah balik. Turun sampai R&R Tapah, isi minyak, pastu baru start perjalanan balik ikut Tapah. Husband tak mau dah ikut Simpang Pulai. ikut Simpang Pulai jalan tak jem. tapi ni satu hal pulak, jalan sempit, berbelit-belit, curam dan banyak lori. serius scary. Kalau orang macam aku ni drive mau masuk gaung dah kot.

Thursday, April 17, 2014

Lepak Lepas Bersalin

Salam,

Apa punya tajuk ni? dah takdak idea nak letak tajuk entry apa. takkan nak ulang letak tajuk yang sama pulak. Hentam je lah kan. haha

Sabtu lepas keluar lepak dengan BFF dari zaman Uitm, si Nurul Mohamed nih. asalnya Fiza Amin patut join tapi last minit dia cakap tak boleh pulak sebab ada kenduri. Plan tetap diteruskan nak jumpa Nurul sebab minggu tu anak dia si Amanda Hasya ada sekali. Nurul hantar Hasya tinggal dengan parents dia di Tanjung Malim. So memang susah la nak dapat jumpa. Sabtu lepas kebetulan Hasya memang ada di KL so terus plan nak jumpa bawak si Helena sekali. Bayangkan kitorang dah lama tak jumpa. Last jumpa tahun lepas masa tu sy pregnant 4 bulan, Nurul pregnant 5 bulan. padahal kitorang duduk dekat la jugak. bukan jauh mana pun kalau nak jumpa. Sekarang ni baru jumpa time Helena 4 bulan++ dan Hasya 5 bulan. Anak kitorang beza 3 minggu. 
 

Plan nak jumpa di Setia City Mall. Memandangkan suami sy ni tersangatlah alergik pergi mall yang sesak dan jem, dia cakap nak drop je sy kat Shah Alam lepas tu tumpang naik kereta suami Nurul. Mujurla Helena ni senang nak handle kalau pergi mana-mana. sy just bawak Patapum Baby Carrier jek pastu barang-barang lain sumbat masuk handbag.


Sesampai je dekat SCM, dah kelaparan tahap dewa. Terus pergi ke Delicious untuk lunch. Sementara menunggu makanan sampai, ofkoslahhhh posing dulu. Tapi masa dulu diri sendiri and kawan-kawan yang suka posing. Sekarang dah ada anak, gila ambil gambar anak lagi. bila tengok hp banyaknya pic Helena dengan Hasya saja. Gambar-gambar mak nih empat lima keping saja dalam tuh.
  
 Hasya lapar sangat sampai nak makan kaki Helena

 Geram gila tengok si Hasya ni. memang macam michelin lahhhh. 

 
 Sikit pun xde muka mama :(







Lepas habis makan, posing sat kat luar tu. lepas tu continue shopping! tapi tak sempat habis shopping husband dah datang ambik. sedih sebab banyak lagi barang nak beli. hahaha.

P/S: Helena sepanjang sy shopping tidur dengan nyenyak dalam Patapum Carrier. Berbaloi-baloi beli sebab dia memang sedap duk dalam tu. tak sampai 5 minit krohhhh krohhhhh dalam tu sampai la husband datang ambik.

Rina Hamid
 

Wednesday, September 18, 2013

Shopping Barang Baby

Salam,

Last weekend patutnya family dari Penang meh sini. Tapi anak sedara sy yang comel itu kena demam campak pulak. sedih ok. tak dapat jumpa my parents. huhu. Lagipun doc pesan jangan dekat dengan orang kena campak. bahaya untuk ibu mengandung dan bahaya kat baby jugak. So family sy cancel plan datang ke sini.

Kebetulan my BFF si Nuraihan Karim yang gila2 turun KL jugak. Abg si Raihan ni buat birthday party anak dia and jemput sy pergi. So apa lagi, dah hampir setahun tak jumpa. Nak lepas rindewww.
Keluar rumah awal dengan niat nak lunch sekali shopping barang baby. Kebetulan sabtu lepas ada Baby Fair dekat Sogo dan PWTC. Dua2 rembat nak pergi dalam sehari okeh!

Finally dah nampak perut kan? heheh. Time ni 30weeks! 
Amaigad lagi 10weeks nak beranak!

Monday, September 9, 2013

Baby Checklist

Salam,

Today day 29 weeks! weehoo! esok check up dekat SDMC. takot plesss sebab makan banyak gila since raya pertama. esok kali kedua nak minum air gula. neves aiii.
doakan yang baik-baik untuk sy dan baby eh. aamiin

Start hari Sabtu lepas baru lah 1st time keluar mencari barang baby bersama BFF, Nurul Mohammed. Dengan muka blur tak reti beli barang asyik duk tanya si Nurul barang ni murah ke mahal? nasib baik Nurul ni layankan saja. Siap bawak kan list yang macam makcik-makcik ni pi beli barang. padahal orang zaman sekarang boleh ja pakai notepad dekat hp tu kan.

 List ni ada 4 pages T_T
Kalau berminat saya boleh emel. Komen dekat entry ni emel korang ye :)
Sy dapat list ni pun dari blog mana tah. sorry sangat sebab sy Google banyak sangat blog pastu ambil sana sikit sini sikit. lepas tu compile.

Tuesday, September 3, 2013

Potluck Hari Raya Unit

Salam,

Nampaknya dah beberapa hari hujan di sekitar Sepang. Alhamdulillah. sangat-sangat syukur for the rain. Tidur malam sangat lena dan tiada gangguan. heee.

Semalam di ofis unit sy buat majlis potluck sempena raya. Majlis kecil-kecilan sahaja. Tapi makanan boleh tahan banyak! yela dah masing-masing bawak makanan kan. Macam-macam jenis ada.

Sy masak Macaroni Berkuah version mak punya resipi. Italian campur Melayu style. haha. Semua orang cakap ok. so taktau la depa ni ambil hati sj cakap sedap or memang betul-betul sedap. Sebabnya macaroni berkuah tu 1st attempt kot. haha
Lagi satu sy bawak jugak Choc Moist Walnut Brownies pakai pemanggang ajaib yang memang tak berapa nak jadi. Bukan rasa tak sedap ka apa. Cuma tak jadi moist. Kalau potong kecil-kecil memang hancur. Rasa macam dah ok. Mungkin tak jadi time pukul telur tu. Sebab pukul pakai tangan je kot. Nak terkehel rasa tulang-tulang tangan ni sebab mixer tak dop.

 Macaroni Daging Berkuah
(nampak macam kuah bolognese tapi sebenarnya lain sikit rasanya)

Monday, August 26, 2013

Jamuan Raya MAB and A Birthday Party

Salam,

Sabtu lepas dapat invitation pergi Jamuan Raya Malaysia Airport Berhad di Sama-Sama Hotel, KLIA. Jamuan Raya khas untuk staf Malaysia Airport dan keluarga. So pergilah dengan suami.
Jamuan tu start pukul 2pm. Kami dah sampai 1.30pm tapi kesian dekat suami. Sampai-sampai kambing golek dah tinggal tulang. Rupanya ada staf2 yang sampai lagi awal dari tu dah bedal dulu kambing. So kami pun makan la apa yang ada. Biasalah menu raya nasi briani ayam, ketupat, rendang, nasi impit n so on. memang banyak jugak makanan. Dessert pun banyak. Tapi terlalu ramai orang. Jadi nak makan pun agak tak selesa.

 Ni dekat luar ballroom. Dalam ballroom pun penuh. Kat luar hotel pun pasang khemah jugak pun penuh manusia

Thursday, August 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Salam semua,

Finally baru balik dari bercuti panjang. Sebelum bercerita panjang masih belum terlambat nak wish kat semua Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun maaf dipinta sekiranya kata-kata sy kat blog ni mengguris hati sesiapa.

Raya kali ni bagi sy memang tersangatlah best. sebabnya dapat merasa perasaan balik kampung dan paling penting tahun ni raya kat kampung sy dulu. muehehe. tahun lepas memang masih duduk di Penang bersama keluarga lepas tu beraya di kampung suami dulu. Sebab tu rasa tahun ni sangat best. Tapi part tak best nak kena bagi duit raya. haha

So bermulalah perjalanan dari Sepang - Penang pada 6 Ogos lepas berbuka puasa. Alhamdulillah perjalanan lancar. tak jem. cuma slow sikit sebelum ipoh. dalam 4jam30 minit dah sampai Penang.

Dah sampai sehari sebelum raya dapatla bantu mak sikit sebanyak. Mak masak nasik tomato, ayam masak rose, kurma daging, nasi himpit, kuah kacang dan apple pie. sy kat dapur tolong-tolong kacau jela. biasalah time balik kampung nak merasa masakan dari air tangan mak.

Monday, July 29, 2013

Baking Cookies

Salam,

Nak dijadikan cerita la, minggu lepas hari selasa tiba-tiba laki sy tanya, boleh apply cuti last minit tak. Sy pun tanya kenapa. Rupanya Rabu dia kena attend meeting di Kuala Ketil. dah alang-alang nak turun sana, dia suruh apply cuti dua hari balik Penang sekali. Yelah Jumaat dah PH kan. Laju je apply cuti.

Dalam kepala otak dah pikir nak mintak mak masakkan sedap-sedap. haha. Selasa malam, lepas berbuka terus gerak balik Penang. Sepanjang duk rumah belajar dengan mak masak gulai ketam, buat karipap, capati. Since bulan puasa tak dapat la nak keluar berjalan sangat. Mostly duk rumah jek. Kalau tak puasa boleh jugak keluar cari makan kat Penang. Malam memang tak keluar la sebab semua nak p teraweh. Cuma lepas teraweh keluar sekali pergi Uptown Perda.

Selain masakkan mak, paling tak sabar nak balik Penang sebab nak bake cookies! memang all time favorite la kan. Kat rumah sewa sini tak dak oven. Mujur balik Penang dapat buat 2 jenis cookies iaitu M&M Walnut Cookies dengan Chewy Hershey Choc Chip Cookies.

Wednesday, January 30, 2013

Jalan-Jalan Cari Makan

Salam semua,

selamat hari Rabu...seronok sangat minggu ni sebab cuti lebih-lebih sampai sekejap je dah Rabu...esok Khamis then Jumaat then cuti balik...bahagia hidup noksss..

so Sabtu lepas ambil kesempatan cuti pergi jalan-jalan di Sogo / Jalan Tar dan makan kat Restoran Hyderabad Recipe (review makan sila baca sampai bawah)...

dimulakan hari dengan pagi yang hening, terima whatsapp dari si comel Rina Ellisa... Rina Ellisa ni dah lama kenal di alam maya sebagai kawan blogger...sekali masuk kerja tempat baru, rupanya sama company...tapi sampai sekarang tak sempat jumpa dengan dia sebab sy kerja kat KLIA, dia kat HQ...

so nak dijadikan cerita dia ajak sy ke Jalan Tar...tapi sebabkan sy memang dah awal-awal lagi plan nak ke Sogo dengan suami, so terpaksa menghampakan Rina...takpela next time okeh!

Semangat nak posing dalam kereta..huhu

Monday, December 31, 2012

2012 in Review

Salam semua,

pejam celik pejam celik dah nak masuk 2013 dah esok...Alhamdulillah masih lagi bernafas di bumi Allah ni...

apa pencapaian yang korang dah berjaya capai untuk tahun ni? so far untuk sy tak banyak sangat pun...benda2 biasa saja....so far belum lagila tersepak batu jumpa wang sejuta...mungkin pada 2013 kot...hhahah..amin :p

inilah beberapa trilogy (takleh blah pekataan) yang telah melanda sepanjang 2013 ni untuk diri sy...

1) Berjaya buka online bisnes sendiri iaitu The Hijabi Doll...baru ditubuhkan pada bulan puasa tahun ni...so far ada 734 Like...walaupun tak banyak, tapi alhamdulillah sebab ada kawan2, ahli keluarga dan juga rakan2 blogger banyak support sy...ucapan terima kasih tak terhingga pada yang membeli dari The Hijabi Doll...insya Allah sy akan kembangkan lagi bisnes sy ni pada tahun 2013...doakan sy okeh!



Thursday, November 29, 2012

Last Day Working

Salam semua,

Since today betul-betul tak dak kerja nak buat...so nak update blog...heee..yelah esok will be my last day working...mestilah kerja pun dah tak dak...huhu...

Today just nak update about kenangan-kenangan manis di Sunway Hotel Georgetown yang bakal kurindui walaupun banyak pahit manis selama hampir 4 tahun di sini...

Sebelum tu nak ucap terima kasih banyak2 kat rakan-rakan blogger mahupun silent reader dan rakan Facebook yang sudi bantu saya selesaikan masalah isu storage Picasa Web Album dan mencari rumah sewa di sekitar KLIA...alhamdulillah dua2 masalah tersebut dah pun selesai dengan bantuan korang...sayang korang :)

Okeh back to entry ni, selama hampir 4 tahun bekerja di Sunway Hotel, macam-macam kisah suka duka berlaku...tapi tak mau cerita yang duka-duka, nak yang happy je...apa yang seronoknya kerja di sini ialah environment bekerja yang best dengan rakan-rakan sekerja yang boleh ngam dan gila-gila...and paling penting suka posing..macam sy jugak :p

The view from my office..Bukit Bendera okeh :)

Kebetulan menang ni...padahal setahun sekali je main boling..haha


cakes!

My table yang berserabut...

Makan ni je kalau tak sempat lunch :(

Pernah dapat nota ni kat cermin kereta...suwittttt :p

Buli amoi ni suruh pakai shawl...cute kan? she's Chinese..

Staff party (Male colleagues)

Enny Jasmine :p

Staff Party (Female colleagues)



Bed Decoration Contest


Sales & Marketing Dept. menang...happy sebab pakai strips curtain yang sy pakai untuk kahwin..hehe



Room before renovation

Room after renovation

My Sales Team..pengantin tu tak termasuk ye :p

Actually banyak lagi gambar...tapi pilih sikit2 sudah...huuu

Will be missing all of them...hopefully semua akan saling berhubungan...walaupun berjauhan :)

Rina Hamid